top of page

Adakah Seseorang Tidak Boleh Bercita-Cita Dan Berusaha Untuk Mengungguli Orang Lain?

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 8, 2017
  • 3 min read

Boleh untuk seseorang bercita-cita, bertekad dan berusaha agar mengungguli orang lain dalam sebahagian perkara. Hal ini mendapat galakan di dalam Islam serta didokong oleh nas al-Quran dan as-Sunnah supaya kita tidak ketinggalan dan melangkaui jejak langkah orang lain.

Pertama : Amal Yang Terbaik.

Firman Allah Ta'ala :

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ﴿٧

"Sesungguhnya Kami menjadikan perhiasan di atas muka bumi ini padanya untuk Kami menguji kepada mereka bahawa siapa di antara mereka yang terbaik amalannya". (Surah al-Kahfi ayat 6).

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ﴿٢

"Yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu bahawa siapa di antara kamu yang terbaik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Surah al-Mulk ayat 2).

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۗ وَلَئِن قُلْتَ إِنَّكُم مَّبْعُوثُونَ مِن بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَـٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ ﴿٧

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari dan 'Arasy-Nya di atas air untuk menguji kamu semua yang siapakah di antara kalian yang terbaik amalnya. Dan jika kamu berkata sesunggguhnya kalian adalah orang-orang yang dibangkitkan selepas mati, nescaya orang-orang yang kafir akan berkata, "Ini hanyalah sihir yang nyata". (Surah Hud ayat 7).

Salah satu amal yang terbaik adalah menjadi insan yang terbaik dalam ilmu dan amal berbanding orang lain. Apabila kita menyedari kekurangan orang lain, tentu sahaja kita juga tidak membiarkan diri kita sepertimana itu. Tetapi, kita akan mengikuti dan menjadi sesuatu yang menjadi lebih baik daripada orang lain.

Kedua : Mengikuti Yang Terbaik.

Firman Allah Ta'ala :

فَبَشِّرْ عِبَادِ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٨

"...Maka sampaikanlah khabar gemibra kepada hamba-Ku. (Iaitu) orang yang mendengarkan perkataan, lalu mereka mengikuti yang paling terbaik. Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab". (Surah az-Zumar ayat 17-18).

Mengikuti yang paling terbaik kadangkala bukanlah walhasil daripada apa yang dibentangkan oleh orang lain, tetapi ia boleh juga daripada hasil yang telah kita sumbangkan. Jika kita mempunyai sesuatu yang terbaik daripada orang lain, hendaklah kita mengikuti apa yang kita pegang. Misalnya apabila kita mempunyai argumentasi yang lebih baik, lebih benar, lebih sempurna, lebih kemas dan lebih kuat daripada mana-mana argumentasi yang pernah dikeluarkan, maka pendapat kita itulah yang wajar diambil. Tidak patut seseorang meninggalkannya yang terbaik hanya kerana beralasan bertawaduk. Sesungguhnya mengatakan orang lain lebih baik sedangkan hakikatnya kita lebih baik, bukanlah tawaduk, tetapi kedustaan terhadap dirinya. Dan meninggalkan pendapatnya kerana ingin hormat orang lain, maka ini sebenarnya adalah tidak hormat kepada firman Allah Ta'ala ini.

Ketiga : Golongan Yang Dibolehkan Untuk Berhasad.

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، قَالَ : حَدَّثَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " لَا حَسَدَ إِلَّا عَلَى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ ، وَرَجُلٌ أَعْطَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ " .

Telah menceritakan kepada kami Abu al-Yaman; Telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib, daripada az-Zuhri, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Salim bin 'Abdullah, bahawasanya 'Abdullah bin 'Umar RA berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Tidak boleh hasad kecuali dua perkara. (Pertama), seorang lelaki yang dikurniakan al-Quran oleh Allah dan ia berjaga dengannya pada waktu siang dan malam. (Kedua), seorang lelaki yang diberikan harta oleh Allah, lalu ia bersedekah dengannya pada waktu siang dan malam". (Sahih al-Bukhari, no. 4662).

Hasad ini mendorong kita untuk merasai cemburu untuk setiap perkara kebaikan. Menjadi hasad bukan semata-mata untuk sekadar bersaing atau menyamai, tetapi untuk mengungguli orang lain.


Comentários


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page