top of page

Alternatif Bagi Perselisihan Kesampaian Bacaan al-Quran Kepada Si Mati.

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 8, 2017
  • 2 min read

Perbincangan sama ada bacaan al-Quran sampai kepada si mati ataupun tidak sangat hebat sekali dalam pertikaian dengan salafi dan golongan selain salafi. Apapun dalil-dalil daripada kaum salafi ataupun yang selain daripada mereka dalam menjustifikasikan pendapat mereka, saya harap mereka semua sama-sama melihat alternatif untuk penyelesaian masalah ini. Saya bukanlah untuk menjadi orang pertengahan yang mahu masing-masing beramal mengikut pendapat masing-masing tanpa perlu lagi bertikam lidah antara satu sama lain, tetapi saya menyeru mereka untuk tutup perbahasan-perbahasan mereka dan tinggalkan mana-mana pendapat sama ada pendapat yang mengharuskannya atau melarangnya.

Apakah itu? Ini alternatif yang saya cadangkan kepada semua agar tidak perlu lagi umat menghabiskan banyak masa untuk kajian seperti ini dan berbalah dalam isu-isu piscisan ini. Iaitulah kita mengamalkan doa yang cukup ringkas untuk si mati, iaitu :

اللهم اغفر له

"Ya Allah! Ampunkanlah dia".

Bukankah ia cukup mudah? Bukankah kalian saling bersepakat untuk hal ini? Lantas, mengapa lagi kalian perlu meneruskan pergaduhan untuk sesuatu yang meleret panjang yang tidak bermanfaat sedangkan sesuatu yang pendek ini sangat memberikan faedah kepada kita tanpa mengira mana-mana aliran pun, sama ada salafi atau yang selain daripada mereka?

Cukuplah untuk kita dengan memanjatkan doa ini kepada Allah Ta'ala agar Dia mengampuni bagi si mati yang kita tujukan. Tidak perlu lagi kita bersusah payah untuk memperbanyakkan masa dan daya untuk menggali perbahasan-perbahasan yang hanya untuk diamalkan sambil bertarung, yakni mencari pendapat yang dipegang hanya untuk saling berlawan antara satu sama lain. Ia membazirkan banyak masa dan daya untuk hal-hal yang sangat tidak penting. Doa yang serba ringkas ini mudah-mudahan memberikan manfaat kepada si mati serta dapat melegakan konflik yang berlaku di tengah-tengah umat ketika ini. Berhentilah berbalah dan bersama-samalah dalam perkara yang kalian bersepakat. Pergaduhan ini bukan sesuatu yang sihat untuk dibincangkan. Alternatif ini adalah alternatif yang terbaik untuk kalian semua.


Commenti


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page