top of page

Antara Sumber Rujukan Ta'dil dan Tajrih Perawi

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 8, 2017
  • 23 min read

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan hikmah kepada hamba-Nya agar ia sentiasa menjadi manusia yang sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW yang menjadi teladan bagi sekalian alam agar manusia hidup di atas kesejahteraan. Begitu juga terhadap keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah sentiasa limpahkan rahmat hingga hari akhirat.

Ammba Ba'd. Penilaian hadis sangat penting bagi umat Islam agar mereka sentiasa berpijak di atas landasan yang benar lagi kukuh. Mereka yang sanggup menekuni dan menceburkan diri dalam bidang ini ialah orang-orang yang berada di barisan hadapan dalam infrantri ketenteraan ilmu bagi melindungi dan memelihara segala kerosakan dan ancaman yang menimpa di dalam kemuliaan hadis. Mereka orang yang berhadapan dengan perawi yang beragam jenis bagi memastikan ketulenan hadis itu dijaga dan mempertahankan sunnah itu dari kerapuhan bid'ah yang bertunas. Bagi memastikan metodologi dan analisis seseorang itu ampuh dan efektif, maka sumber mereka berteraskan dengan yang jernih dan murni nilai ilmunya agar kajian ilmu hadis itu sentiasa di atas manhaj yang sejahtera.

Di sini saya akan kongsikan kepada para pembaca sumber-sumber yang boleh dijadikan rujukan bagi penilaian sesuatu perawi hadis yang memberi kesan kepada kedudukan darjat hadis dan pegangan serta interaksi terhadapnya. Perkongsian ini dari sudut pengalaman saya sepanjang melibatkan diri dalam kajian hadis dan pemerhatian terhadap sumber-sumber tersebut. Sebahagiannya adalah yang masyhur ditelaah sebagai rujukan dan sebahagiannya tidak menjadi rujukan secara lazim. Namun, saya akan cuba senaraikan sumber-sumber yang mempunyai potensi sebagai rujukan meskipun rujukan itu tidak dilazimi untuk dirujuk bagi kemudahan beberapa situasi pada masa akan datang. Saya juga cuba mengulas manhaj sumber tersebut secara ringkas yang penting bagi manfaat untuk mereka yang baru. Perlu diingatkan bahawa bukan semua kitab ini mempunyai nilai reliabiliti kerana sebahagian penulisnya tidak dikenali dan diragui kredibilitinya. Tetapi, saya tetap menyatakan agar para pembaca berjaga-jaga ketika mengambil qaul nuqqad dalam al-Jarh wa at-Ta'dil.

Dengan itu, diharapkan agar perkongsian ini adalah sumber yang mencukupi bagi persediaan yang perlu ada untuk pengkaji ilmu hadis memandangkan mereka akan berinteraksi dengan sumber tersebut sama ada secara kerap atau jarang-jarang. Apa yang saya tidak nyatakan boleh jadi ia tidak begitu masyhur sehingga tidak memadai untuk saya nyatakan atau saya terlepas pandang daripadanya dan yang ini akan menyebabkan penulisan saya dikemaskini bagi memasukkan penyenaraian yang baru atau pembetulan jika ada kesilapan. Maka, mengakhiri muqaddimah ini, kita memohon kepada Allah agar kita sentiasa dinaungi rahmat-Nya dan kasih-Nya di dunia dan di akhirat.

Sumber Sekunder

Sumber sekunder ialah sumber yang menukilkan dari kitab yang lain dari sumber primer sama ada dinyatakan namanya ataupun tidak dan sebahagiannya dibuang sanadnya dari sumber primer bagi ringkasan dan kemudahan. Namun demikian, sumber ini juga kadangkala menjadi rujukan sumber primer disebabkan sebahagian nukilan itu tidak dapat ditemui asalnya yang mungkin disebabkan kitab tersebut telah hilang dan tidak diperoleh pada kita zaman ini atau belum sahaja dicetak dan masih berbentuk manuskrip atau penulisan tersebut bercampur baur dengan pendapat peribadi yang menjurus kepada kategori sumber primer. Apapun, penukilan yang dilakukan oleh para penulis merupakan orang-orang yang amanah dan jujur sehingga hilang keraguan penukilan palsu.

Sukacita untuk saya nyatakan rujukan sumber sekunder terlebih dahulu kerana ini merupakan rujukan penting bagi memperkenalkan seseorang perawi yang mengumpulkan banyak maklumat perawi yang penting tentang tajrih dan ta'dilnya sekaligus dan pembuka jalan bagi mencari sumber-sumber primer. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua sumber sekunder ini sahih jika dibuat rujukan silang dengan sumber primer terutamanya disebabkan adanya kelemahan pada sanad qaul tersebut. Oleh itu, kitab ini tidak dapat dijadikan pegangan mutlak melainkan sebagai pembuka jalan bagi mencari sumber primer dan gambaran penilaian kolektif bagi seseorang perawi. Berikut adalah sumbernya :

1. Tahzib al-Kamal Fi Asma' ar-Rijal (تهذيب الكمال في أسماء الرجال) karya Abu al-Hajjaj Yusuf bin 'Abdul Rahman bin Yusuf al-Mizzi. Ini merupakan antara kitab induk bagi rujukan tajrih dan ta'dil perawi dalam kitab sunan sittah atau sunan enam seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah. Namun, kekurangan kitab ini ialah penulis banyak tidak mengambil qaul tentang riwayat yang mursal daripada kitab al-Marasil karya Ibn Abu Hatim ar-Razi yang merupakan perkara penting dalam penilaian kesahihan dan pendha'ifan hadis serta beberapa maklumat yang lain. Oleh itu, penyilangan rujukan amat penting pentelaahan kitab ini.

2. Ikmal Tahzib al-Kamal Fi Asma' ar-Rijal (إكمال تهذيب الكمال في أسماء الرجال) karya 'Alaa' ad-Din Mughlathoy bin Qulaij bin 'Abdullah al-Hanafi. Kitab ini pelengkap bagi karya al-Mizzi dalam menambahkan beberapa maklumat perawi.

3. At-Tarajim as-Saqithoh Min Kitab Ikmal Tahzib al-Kamal Li Mughlathoy (التراجم الساقطة من كتاب إكمال تهذيب الكمال لمغلطاي). Kitab ini dicetak bagi melengkapkan biografi perawi yang tertinggal dalam kitab Ikmal Tahzib al-Kamal.

3. Tahzib at-Tahzib (تهذيب التهذيب) karya Ibn Hajar al-'Asqalani. Kitab ini pelengkap bagi karya Tahzib Kamal dan Ikmal Tahzib al-Kamal.

4. Tarikh al-Islam wa Wafiyat al-Masyahir wa al-A'lam (تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi. Ini merupakan kitab yang menyeluruh berkenaan dengan senarai perawi yang pernah wujud sepanjang sejarah Islam.

5. Siyar A'lam an-Nubula' (سير أعلام النبلاء) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi. Ini tapisan daripada kitabnya yang berjudul Tarikh al-Islam bagi memuatkan perawi-perawi yang dianggap mempunyai nilai kemuliaan baginya. Namun, perlu berhati-hati dengan sandangan pujian az-Zahabi seperti "al-Imam", "al-Muhaddits" dan lain-lain kerana bukan semua perawi yang tersenarai dalam ini adalah tsiqah. Bahkan, sebahagiannya perawi yang matruk dan sebahagiannya dituduh pendusta.

6. Mizan al-I'tidal Fi Naqd ar-Rijal (ميزان الإعتدال في نقد الرجال) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang mempunyai nilai kritikan baginya. Perlu diingatkan bahawa bukan semua di dalamnya perawi yang dha'if dan hadis yang dinukilkan padanya mempunyai nilai kesahihan.

7. Lisan al-Mizan (لسان الميزان) karya Ibn Hajar al-'Asqalani. Ini merupakan kitab pelengkap bagi karya az-Zahabi yang berjudul Mizan al-I'tidal.

8. Tahzib al-Asma' wa al-Lughot (تهذيب الأسماء واللغات) karya Abu Zakariyya Muhyiddin Yahya bin Syarf an-Nawawi.

9. Ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun (الضعفاء والمتروكون) karya Jamaluddin Abu al-Faraj 'Abdul Rahman bin 'Ali bin Muhammad al-Jauzi. Kitab ini mengumpulkan perawi yang dha'if, matruk dan pendusta.

10. Al-Muntakhob Min 'Ilal al-Khollal (المنتخب من علال الخلال). Abu Muhammad Ibn Qudamah al-Maqdisi ad-Dimasyqi al-Hanbali[1].

11. At-Ta'dil wa at-Tajrih Kin Khorroja al-Bukhari Fi al-Jami' as-Sohih (التعديل والتجريح لمن خرج البخاري في الجامع الصحيح) karya Abu al-Walid Sulaiman bin Kholf bin Sa'd bin Ayyub bin Warits al-Baji al-Qurtubi al-Andalusi al-Baji[2]. Kitab ini mengumpulkan maklumat ta'dil dan tajrih perawi-perawi yang ada di dalam Sahih al-Bukhari.

12. Is'af al-Mubattho' Bi Rijal al-Muwattho' (إسعاف المبطأ برجال الموطأ) karya Jalaluddin 'Abdul Rahman as-Suyuti. Kitab ini mengumpulkan maklumat ta'dil dan tajrih perawi-perawi yang ada di dalam Muwattho' Malik.

13. Rijal al-Hakim Fi al-Mustadrak (رجال الحاكم في المستدرك) karya Muqbil bin Hadi bin Muqbil bin Qa-idah al-Hamadani. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang ada dalam kitab al-Mustadrak 'Ala as-Sohihain karya al-Hakim an-Naisaburi.

14. Tarajim Rijal ad-Daraquthni Fi Sunanih al-Ladzin Lam Yutarajjim Lahum Fi at-Taqrib Wal Fi Rijal al-Hakim (تراجم رجال الدارقطني في سننه الذين لم يترجم لهم في التقريب ولا في رجال الحاكم) karya Muqbil bin Hadi bin Muqbil bin Qa-idah al-Hamadani. Kitab ini menyenaraikan biografi perawi yang tidak dinilai oleh Ibn Hajar al-'Asqalani dalam at-Taqrib dan senarai perawi itu tidak ada pada karyanya yang lain, iaitu Rijal al-Hakim Fi al-Mustadrak.

15. Al-Ikmal Fi Dzir Man Lahu Riwayah Fi Musnad al-Imam Ahmad Min ar-Rijal Siwa Min Dzikr Fi Tahzib al-Kamal (الإكمال في ذكر من له روايته في مسند الإمام أحمد من الرجال سوى من ذكر تهذيب الكمال) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi.

16. Al-Mu'jam as-Soghir Li Ruwah al-Imam Ibn Jarir at-Thobari (المعجم الصغير لرواة الإمام ابن جرير الطبري) karya Akram bin Muhammad Ziyadah al-Faluji al-Atsari.

17. Mukhtasor Tarikh Dimasyq Li Ibn 'Asakir (مختصر تاريخ دمشق لابن عساكر) karya Jamaluddin Ibn Manzhur al-Ifriqi. Kitab ini merupakan ringkasan kitab Tarikh Dimasyq karya Ibn 'Asakir yang memotong banyak sanad bagi kemudahan rujukan pantas bagi karya induknya.

18. Ar-Ruwah ats-Tsiqat al-Mutakallam Fihim Bima La Yujab Radduhum (الرواة الثقات المتكلم فيهم لا يوجب ردهم) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi.

19. Man Tukallam Fihi Wahuwa Mautsaq (من تكلم فيه وهو موثق) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi.

20. Al-Ightibath Bi Man Roma Min Ar-Wah Bi al-Ikhtilath (الإغتباط بمن رمى من الرواة بالإختلاط) karya Burhanuddin Abu al-Wafa Sabath Ibn al-'Ajami.

21. Ma'rifah al-Qurra' al-Kibar 'Ala at-Thobaqot wa al-A'sor (معرفة القراء الكبار على الطبقات والأعصار) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi.

22. Al-Wafi Bi al-Wafiyat (الوافي بالوفيات) karya Solahuddin Kholil bin Ubaik bin 'Abdullah as-Sofadi.

23. Thobaqot asy-Syafi'iyyah al-Kubra (طبقات الشافعية الكبرى) karya Tajuddin 'Abdul Wahab bin Taqiyuddin as-Subki.

24. Tuhfah at-Tahsil Fi Dzikr Ruwah al-Marasil (تحفة التحصيل في ذكر الرواة المراسيل) karya Waliyuddin Abu Zur'ah Ibn al-'Iraqi.

25. Al-Mudallisin (المدلسين) karya Waliyuddin Abu Zur'ah Ibn al-'Iraqi.

26. At-Ttabyin al-Asma' al-Mudallisin (التبيين الأسماء المدلسين) karya Burhanuddin Abu al-Wafa Sabath Ibn al-'Ajami.

27. Ta'rif Ahl at-Taqdis Bi Maratib al-Mausufin Bi at-Tadlis (تعريف أهل التقديس بمراتب الموصوفين بالتدليس) atau Thobaqot al-Mudallisin (طبقات المدلسين) karya Ibn Hajar al-'Asqalani.

28. Mausu'ah Aqwal Abi al-Hasan ad-Daraquthni Fi Rijal al-Hadits wa 'Ilalih (موسوعة أقوال أبي الحسن الدارقطني في رجال الحديث وعلله). Kitab ini mengumpulkan qaul ad-Daruquthni dalam penilaian seseorang perawi dari pelbagai sumber.

29. Mausu'ah Aqwal al-Imam Ahmad ibn Hanbal Fi Rijal al-Hadits wa 'Alalah (موسوعة أقوال الإمام أحمد بن حنبل في رجال الحديث وعلله). Kitab ini mengumpulkan qaul Ahmad bin Hanbal dalam penilaian seseorang perawi dari pelbagai sumber.

30. Perisian dalam talian. Perisian ini membantu seseorang mendapatkan maklumat tentang perawi secara pantas dalam talian. Namun, perlu diingatkan bahawa berjaga-jaga dalam setiap nukilan kerana sebahagiannya mempunyai konteks tersendiri dalam tajrih atau ta'dil, tetapi nukilan terjadi berbentuk umum. Antaranya ialah :

a) Hadith.Islam-db. Perisian ini membolehkan seseorang mencari berdasarkan kategori darjat bagi seseorang perawi. Perisian ini juga membantu seseorang untuk menemukan rujukan yang perawi meriwayatkan sesuatu hadis = http://hadith.islam-db.com/all-narrators

b) Hadith Portal. Perisian ini membolehkan seseorang mencari perawi berdasarkan abjad. Maklumatnya dilengkapi bersama kitab Tahzib al-Kamal, Siyar A'lam an-Nubula' dan Sifah as-Sofwah jika maklumat perawi tersebut ada di dalam kitab itu = http://hadithportal.com/index.php?show=tragem

c) Islamweb.net. Ini adalah perisian asas dalam mengumpulkan maklumat seseorang perawi yang dilengkapi bersama dengan Tahzib al-Kamal. Saya tidak menemukan Penempatan Sumber Semesta (PSS) atau Universal Resources Allocator URL baginya, namun jika seseorang mencari dengan menggunakan Enjin Pencarian atau Search Engine di Google dengan meletakkan nama perawi dan disandangkan dengan perkataan "معلومات الراوي", maka ia akan membawa ke tempatnya. Misalnya, meletakkan "الحكم بن عتيبة معلومات الراوي", kemudian Google akan memaparkan URL baginya untuk dibawakan ke tempatnya.

Sumber Primer

Sumber primer adalah sumber asal yang menyatakan sesebuah qaul sama ada melalui pendapat sendiri atau pembawaan melalui sanad yang diambil sendiri oleh penulis. Sumber inilah yang menjadi pegangan dalam analisis dan kajian bagi seseorang perawi. Berikut adalah sumbernya :

1. At-Thobaqot al-Kubra (الطبقات الكبرى) karya Abu 'Abdullah Muhammad bin Sa'd bin Mani' al-Basri al-Baghdadi[3]. Dia di antara nuqqad yang mutasyaddid dalam pendha'ifan perawi.

2. Al-Ma'rifah wa at-Tarikh (المعرفة والتاريخ) karya Ya'qub bin Sufyan al-Farisi al-Fasawi[4].

3. Tarikh (تاريخ) karya Abu Zur'ah 'Abdul Rahman bin 'Amr bin 'Abdullah bin Sofwan ad-Dimasyqi[5].

4. Ad-Dhu'afaa' Li Abi Zur'ah ar-Razi (الضعفاء لأبي زرعة الرازي). Kitab ini merupakan nukilan dan soal jawab muridnya, Abu 'Utsman Sa'id bin 'Amru bin 'Ammar al-Bardza'i[6] kepada Abu Zur'ah ar-Razi tentang perawi hadis. Perlu diingatkan bahawa bukan kesemua di dalam perawi yang terkandung di sini ialah perawi yang dha'if. Sebahagiannya juga dinilai tsiqah dan kuat olehnya.

5. Ahwal ar-Rijal (أحوال الرجال) karya Abu Ishaq Ibrahim bin Ya'qub bin Ishaq as-Sa'di al-Juzjani[7]. Kitab ini banyak menyenaraikan perawi yang dinilai dha'if olehnya.

6. Tarikh ats-Tsiqat (تاريخ الثقات) karya Abu al-Hasan Ahmad bin 'Abdullah bin Solih al-'Ijli[8]. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang dinilai tsiqah olehnya dan sebahagiannya ada yang didha'ifkannya.

7. Tarikh Ibn Ma'in[9]. Kitab ini mengumpulkan qaul Yahya bin Ma'in dalam al-Jarh wa at-Ta'dil terhadap perawi. Perlu diingatkan bahawa jangan terlalu selesa bergantung dengan satu sumber sahaja kerana banyak penilaiannya saling kontradik. Pada satu sumber dia mungkin berkata tsiqah, tetapi pada tempat yang lain dia menilai seseorang perawi sebagai dha'if. Kitab ini diriwayatkan oleh beberapa orang muridnya.

a) Riwayat 'Utsman bin Sa'id Ad-Darimi[10].

b) Riwayat 'Abbas ad-Duri[11].

c) Riwayat Ibn al-Junaid[12]. Judul cetakan ini diberikan nama sebagai Su-alat Ibn al-Junaid Li Abi Zakariyya Yahya ibn Ma'in (سؤلات ابن الجنيد لأبي زكيرا يحيى بن معين).

d) Riwayat Thohman[13]. Judul bagi cetakan ini ialah Min Kalam Abi Zakariyya Yahya ibn Ma'in Fi ar-Rijal (من كلام أبي يحيى زكريا يحيى بن معين في الرجال).

e) Riwayat Ibn Muhriz[14]. Judul cetakan ini diberikan nama Ma'rifah ar-Rijal 'An Yahya ibn Ma'in wa Fihi 'Ali ibn al-Madini wa Abi Bakr ibn Abi Syaibah wa Muhammad bin 'Abdullah ibn Numair wa Ghoirihim (معرفه الرجال عن يحيى بن معين وفيه علي بن المديني وأبي بكر بن أبي شيبة ومحمد بن عبد الله بن نمير وغيرهم). Kitab ini juga mengumpulkan pendapat nuqqad lain seperti 'Ali bin al-Madini, Abu Bakr bin Abu Syaibah, Muhammad 'Abdullah bin Numair dan lain-lain.

8. Su-alat at-Talamidz Li Ahmad bin Hanbal[15]. Kitab ini merupakan koleksi qaul Ahmad bin Hanbal dalam penilaian perawi. Antara anak muridnya yang berdiskusi dengannya tentang perawi hadis ialah :

-Abu Daud as-Sijistani[16]. Judul cetakan bagi kitab ini ialah Su-alat Abi Daud Li al-Imam Ahmad ibn Hanbal Fi Jarh ar-Ruwah wa Ta'dilihim (سؤلات أبي داود للإمام أحمد بن حنبل في جرح الرواة وتعديلهم).

-Abu Bakr al-Atsram[17]. Judul cetakan bagi kitab ini ialah Min Su-alat Abi Bakr Ahmad ibn Muhammad ibn Hani' al-Atsram Aba 'Abdillah Ahmad ibn Muhammad ibn Hanbal (من سؤلات أبي بكر أحمد بن محمد بن هانئ الأثرم أبا عبد الله أحمد بن محمد بن حنبل).

-'Abdullah bin Ahmad bin Hanbal[18]. Judul bagi kitab ini ialah al-'Ilal wa Ma'rifah ar-Rijal (العلل ومعرفة الرجال).

-Al-Marwadzi[19]. Nama judul bagi kitab ini ialah Min Kalam Ahmad ibn Hanbal Fi 'Ilal al-Hadits wa Ma'rifah ar-Rijal (من كلام أحمد بن حنبل في علل الحديث ومعرفة الرجال), tahqiq Subhi al-Badri dan al-Jami' Fi al-'Ilal wa Ma'rifah ar-Rijal Li Ahmad ibn Hanbal (الجامع في العلل ومعرفة الرجال لأحمد بن حنبل) tahqiq Wasiyullah bin Muhammad 'Abbas.

9. Su-alat Muhammad ibn 'Utsman ibn Abi Syaibah[20] Li 'Ali ibn al-Madini[21] (سؤلات محمد بن عثمان بن أبي شيبة لعلي بن المديني). Namun, penulis kitab ini diragui kredibilitinya.

10. Juz' Fi Masa-il Abi Ja'far Muhammad ibn 'Utsman ibn Abi Syaibah 'An Syuyukhih Fi Masa-il Fi al-Jarh wa at-Ta'dil (جزء فيه مسائل أبي جعفر محمد بن عثمان بن أبي شيبة عن شيوخه في مسائل في الجرح والتعديل).

11. At-Tarikh al-Ausath (التاريخ الأوسط) karya Abu 'Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhari[22]. Kitab ini juga dinamakan sebagai at-Tarikh as-Saghir (التاريخ الصغير).

12. At-Tarikh al-Kabir (التاريخ الكبير) karya Abu 'Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhari. Kitab ini tidak banyak mendiamkan penilaian perawi yang tsiqah dan mempunyai banyak penilaian dha'if pada perawi.

13. Ad-Dhu'afaa' as-Saghir (الضعفاء الصغير) karya Abu 'Abdullah Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhari. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang dinilai dha'if baginya.

14. Ad-Dhu'afaa' al-Kabir (الضعفاء الكبير) karya Abu Ja'far Muhammad bin 'Amru bin Musa bin Hammad al-'Uqaili al-Makki[23]. Perawi yang ada di dalamnya tidaklah dha'if secara mutlak kerana sebahagiannya dimasukkan atas dasar pegangan yang selain daripada Ahli Sunnah wal Jama'ah. Berhati-hati mengambil qaul di dalamnya kerana sebahagian kecilnya mempunyai perawi yang dinilai matruk. Selebihnya, banyak yang sahih.

15. Su-alat Abi 'Ubaid al-Ajurri[24] Aba Daud as-Sijistani Fi al-Jarh wa at-Ta'dil (سؤلات أبا عبيد الآجري أبا داود السجستاني في الجرح والتعديل).

16. Tarikh Wasith (تاريخ واسط) karya Abu al-Hasan Bahsyal Aslam bin Sahl bin Aslam bin Habib al-Wasithi ar-Razzaz[25].

17. Ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun (الضعفاء والمتروكون) karya Abu 'Abdul Rahman Ahmad bin Syu'aib bin 'Ali an-Nasa'i[26].

17. Tasmiyah Masyayikh Abi 'Abdil Rahman Ahmad ibn Syu'aib ibn 'Ali an-Nasa'i wa Dzakara al-Mudallisin (تسمية مشايخ أبي عبد الرحمن أحمد بن شعيب بن علي النسائي وذكر المدلسين) karya Abu 'Abdul Rahman Ahmad bin Syu'aib bin 'Ali an-Nasa'i. Kitab ini menyenaraikan guru-guru an-Nasa'i yang kesemuanya tsiqah. Cetakan buku ini juga diselitkan bersama penyebutan nama-nama orang yang melakukan tadlis.

18. At-Thobaqot (الطبقات) karya Abu 'Abdul Rahman Ahmad bin Syu'aib bin 'Ali an-Nasa'i. Kitab ini menyenaraikan peringkat bagi kedudukan murid-murid bagi seseorang perawi dengan susunan yang paling kukuh di antara mereka.

19. Al-Jarh wa at-Ta'dil (الجرح والتعديل) karya Abu Muhammad 'Abdul Rahman bin Muhammad bin Idris bin al-Mundzir ar-Razi atau Ibn Abu Hatim ar-Razi[27]. Kitab paling sahih dalam mengumpulkan qaul al-Jarh wa at-Ta'dil. Jika al-Bukhari ialah kitab hadis paling sahih, maka kitab ini ialah kitab al-Jarh wa at-Ta'dil yang paling sahih.

20. Al-Marasil (المراسيل) karya Abu Muhammad 'Abdul Rahman bin Muhammad bin Idris bin al-Mundzir ar-Razi atau Ibn Abu Hatim ar-Razi. Kitab ini mengumpulkan qaul-qaul yang menyatakan periwayatan mursal pada seseorang perawi. Ini juga kitab yang paling sahih sanadnya.

21. Tarikh (تاريخ) karya Abu Sa'id 'Abdul Rahman bin Ahmad bin Yunus[28].

22. Ats-Tsiqat karya Abu Hatim Muhammad bin Hibban bin Ahmad bin Hibban bin Mu'adz bin Ma'bad[29]. Antara nuqqad yang tasahul dalam tautsiq.

23. Al-Majruhin karya Abu Hatim Muhammad bin Hibban bin Ahmad bin Hibban bin Mu'adz bin Ma'bad. Selain disandang sebagai tasahul dalam tautsiq, dia juga tasyaddud dalam pendha'ifan perawi.

24. Al-Kamil Fi ad-Dhu'afaa' ar-Rijal (الكامل في ضعفاء الرجال) karya Abu Ahmad 'Abdullah bin 'Adi al-Jurjani[30]. Kitab ini tidaklah mengumpulkan kesemua perawi dha'if di dalamnya, bahkan sebahagiannya dinilai tsiqah olehnya. Maka, tidak boleh dikatakan bahawa ini kitab mengumpulkan hadis dan perawi yang dha'if secara mutlak. Apapun, berhati-hati mengambil penukilan qaul di dalamnya kerana sebahagian sanadnya mempunyai perawi yang dha'if, matruk dan pendusta. Juga yang perlu dijaga-jaga ialah penulis kitab ini melakukan tadlis syuyukh sehingga menjadi seolah-olah satu orang yang menjadi dua identiti berbeza akibat pengubahan penamaan berbeza-beza dari setiap tempat yang berlainan.

25. At-Tarajim as-Saqithoh Min al-Kamil Fi Ma'rifah Dhu'afaa' al-Muhaditstsin wa 'Ilal al-Hadits (التراجم الساقطة من الكامل في معرفة ضعفأ المحدثين وعلل الحديث) karya Abu Ahmad 'Abdullah bin 'Adi al-Jurjani.

26. Usami Man Rowa 'Anhum Muhammad ibn Isma'il al-Bukhari Min Masyayikhih (أسامي من روى عنهم محمد بن إسماعيل البخاري من مشايخه) karya Abu Ahmad 'Abdullah bin 'Adi al-Jurjani. Kitab ini menyenaraikan guru-guru al-Bukhari dalam kitab Sahihnya.

27. Thobaqot al-Muhaditstsin Bi Asbahan wa al-Waridin 'Alaiha (طبقات المحدثين بأصبهان والواردين عليها) karya Abu asy-Syaikh 'Abdullah bin Muhammad bin Ja'far bin Hayyan al-Ansari[31].

28. Al-Mu'jam Fi Usami Syuyukh (المعجم في أسامي شيوخ) karya Abu Bakr Ahmad bin Ibrahim bin Isma'il al-Ismai'ili al-Jurjani. Kitab ini menyenaraikan guru-guru Abu Bakr al-Ismai'ili yang dinilai tsiqah olehnya[32].

29. Tarikh Asma' ats-Tsiqat (تاريخ أسماء الثقات) karya Abu Hafs Ibn Syahin[33]. Perawi yang di dalamnya kadangkala dinilai dha'if dalam masa yang dalam kitabnya yang lain.

30. Tarikh Asma' ad-Dhu'afaa' wa al-Kadzdzabin (تاريخ أسماء الضعفاء والكذابين) karya Abu Hafs Ibn Syahin.

31. Ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun (الضعفاء والمتروكون) karya Abu al-Hasan 'Ali bin 'Umar bin Ahmad bin Mahdi ad-Daruquthni[34].

32. Su-alat at-Talamidz Li ad-Daraquthni. Kitab ini mengumpulkan soal jawab para murid ad-Daruquthni dengannya. Antara muridnya ialah :

a) Al-Hakim an-Naisaburi[35]. Judul bagi kitab ini ialah Su-alat al-Hakim an-Nasaiburi Li ad-Daraquthni (سؤلات الحاكم النيسابوري للدارقطني).

b) Abu 'Abdul Rahman as-Sulami[36]. Judul bagi kitab ini ialah Su-alat as-Sulami Li ad-Daraquthni (سؤلات السلمي للدارقطني).

c) Al-Burqani[37]. Judul bagi kitab ini ialah Su-alat al-Burqani Li ad-Daraquthni (سؤلات البرقاني للدارقطني) riwayat al-Karji[36] tahqiq 'Abdul Rahim Muhammad Ahmad al-Qashari dan Su-alat Abi Bakr al-Burqani Li ad-Daraquthni Fi al-Jarh wa at-Ta'dil (سؤلات أبي بكر البرقاني للدارقطني في الجرح والتعديل) tahqiq dan ta'liq oleh Majdi as-Sayyid Ibrahim.

d) Hamzah bin Yusuf as-Sahmi[38]. Judul bagi kitab ini ialah Su-alat Hamzah ibn Yusuf as-Sahmi (سؤلات حمزة بن يوسف السهمي).

33. Dzikr Asma' at-Tabi'in wa Man Ba'dihim Mimman Soohat Riwayatah 'An ats-Tsiqat 'Inda al-Bukhari wa Muslim (ذكر أسماء التابعين ومن بعدهم ممن صحت روايته عن الثقات عن البخاري وسلم) karya Abu al-Hasan 'Ali bin 'Umar bin Ahmad bin Mahdi ad-Daruquthni.

34. Rijal Sohih al-Bukhari (رجال صحيح البخاري) atau al-Hidayah wa al-Irsyad Fi Ma'rifah Ahl ats-Tsiqat wa as-Saddad (الهداية والإرشاد في معرفة أهل الثقة والسداد) karya Abu Nasr Ahmad bin Muhammad bin al-Husain al-Bukhari al-Kalabadzi[39].

35. Tarikh 'Ulama' al-Andalus (تاريخ علماء الأندلس) karya Abu al-Walid ibn al-Fardhi[40]. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang pernah berada di Andalus.

36. Tasmiyah Man Akhrojahum al-Bukhari wa Muslim (تسمية من أخرجهم البخاري ومسلم) karya Abu Abdullah al-Hakim Muhammad bin 'Abdullah bin Muhammad bin Hamiduyah bin Nuaim bin al-Hakam ad-Dhobbi an-Naisaburi.

37. Tarikh Jurjan (تاريخ جرجان) karya Abu al-Qasim Hamzah bin Yusuf bin Ibrahim as-Sahmi al-Qurasyi al-Jurjani. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang pernah berada di Jujran.

38. Rijal Sohih Muslim (رجال صحيح مسلم) karya Abu Bakr Ibn Manjuyah[41].

39. Ad-Dhu'afaa' (الضعفاء) karya Abu Nu'aim Ahmad bin 'Abdullah bin Ahmad bin Ishaq al-Asbahani[42].

40. Tarikh Asbahan (تاريخ أصبهان) atau Akhbar Asbahan (أخبار أصبهان) karya Abu Nu'aim Ahmad bin 'Abdullah bin Ahmad bin Ishaq al-Asbahani. Kitab ini mengumpulkan perawi yang pernah di Asbahan.

41. Al-Irsyad Fi Ma'rifah 'Ulama' al-Hadits (الإرشاد في معرفة علماء الحديث) karya Abu Ya'ala Khalil bin 'Abdullah bin Ahmad bin Ibrahim bin al-Khalil al-Khalili[43].

42. Al-Intiqa' Fi Fadho-il ats-Tsalatsah al-Fuqaha' Malik wa as-Syafi'i wa Abi Hanifah Radiyallahu 'Anhum (الإنتقاء في فضائل الثلاثة الأئمة الفقهاء مالك والشافعي وأبي حنيفة رضي الله عنهم) karya Abu 'Umar Yusuf bin 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdul Bar al-Qurtubi[44].

43. Al-Mutaffaq wa al-Mutafarriq (المتفق والمتفرق) karya al-Khatib al-Baghdadi[45].

44. Tarikh Baghdad (تاريخ بغداد) karya al-Khatib al-Baghdadi. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang pernah berada di Baghdad. Berhati-hati dalam pengambilan qaul di dalamnya kerana sebahagiannya tidak dikenali dan dha'if. Juga yang perlu diperhatikan ialah penulis melakukan tadlis syuyukh sehingga satu nama boleh menjadi dua identiti yang berbeza disebabkan pengubahan penamaan yang berbeza di tempat yang berlainan.

45. Tali Talkhis al-Mutasyabih (تالي تلخيص المتشابه) karya al-Khatib al-Baghdadi.

46. Ghunyah al-Multamis I-dhoh al-Multalbis (غنية الملتمس إيضاح الملبس) karya al-Khatib al-Baghdadi.

47. Ikmal Fi Raf' al-Irtab 'An al-Mu'talif wa al-Mukhtalif Fi al-Asma' wa al-Kunna wa al-Ansab (إكمال في رفع الإرتاب عن المؤتلف والمختلف في الأسماء والكنى والأنساب) karya Abu Nasr 'Ali bin Hibatillah bin Ja'far bin Makula[46].

48. Tarikh Dimasyq (تاريخ دمشق) karya Abu al-Qasim Ibn 'Asakir[47]. Kitab ini mengumpulkan perawi yang pernah berada di Dimasyq dan Syam. Tidak semua sanad qaul al-Jarh wa at-Ta'dil di dalamnya adalah sahih.

49. Al-Muntakhob Min Mu'jam Syuyukh (المنتخب من معجم شيوخ) karya Abu Sa'd 'Abdul Karim bin Muhammad bin Mansur at-Tamimi as-Sim'ani al-Marwazi[48].

50. Al-Muntakhob Min Kitab as-Siyaq Li Tarikh Naisabur (المنتخب من كتاب السياق لتاريخ نيسابور) karya Taqiyuddin Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad bin al-Azhar al-'Iraqi as-Sorifini al-Hanbali[49].

51. Al-Ma'in Fi Thobaqot al-Muhadditsin (المعين في طبقات المحدثين) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi.

52. Al-Mughni Fi ad-Dhu'afaa' (المغني في الضعفاء) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi.

53. Al-Muntaqa Fi Sard al-Kunna (المنتقى في سرد الكنى) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi.

54. Taqrib at-Tahzib (تقريب التهذيب) karya Ibn Hajar al-'Asqalani.

55. As-Silah Fi Tarikh A-immah al-Andalus (الصلة في تاريخ الأندلس) karya Abu al-Qasim Kholf bin 'Abdul Malik bin Bisykawwal[50].

56. Al-Muntazhom Fi Tarikh al-Umam wa al-Muluk (المنتظم في تاريخ الأمم والملوك) karya Ibn al-Jauzi.

57. Ats-Tsqait Mimman Lam Yuqo' Fi al-Kutub as-Sittah (الثقات ممن لم يقع في الكتب الستة) karya Zainuddin Abu al-Fida' Qasim bin Quthlubugho al-Jammali al-Hanafi.

58. Al-A'lam (الأعلام) karya Khoiruddin bin Mahmud bin Muhammad bin 'Ali bin Faris az-Zarkili ad-Dimasyqi.

Berikut adalah kitab-kitab yang jarang dirujuk, namun kitab ini disediakan bagi kemudahan pada masa akan datang :

1. Tahzib Mustamir al-Auham 'Ala Dzuwi al-Ma'rifah wa Uli al-Afham (تهذيم مستمر الأوهام على ذوي المعرفة وأولي الأفهام) karya Abu Nasr 'Ali bin Hibatillah bin Ja'far bin Makula.

2. Su-alat al-Hafiz as-Silafi[51] Li Khumais al-Jauzi[52] 'An Jama'ah Min Ahl Wasith (سؤلات الحافظ السلفي لخميس الجوزي عن جماعة من أهل واسط).

3. Al-Wajiz Fi Dzikr al-Majaz wa al-Majiz (الوجيز في ذكر المجاز والمجيز) karya Sodr ad-Din Abu Thohir Ahmad bin Muhammad as-Silafi al-Asbahani.

4. Mu'jam as-Safr (معجم السفر) karya Sodr ad-Din Abu Thohir Ahmad bin Muhammad as-Silafi al-Asbahani.

5. Bughyah al-Multamis Fi Tarikh Rijal Ahl al-Andalus (بغية الملتمس في تاريخ رجال أهل الأندلس) karya Abu Ja'far Ahmad bin Yahya bin Ahmad bin 'Umairah ad-Dhobbi[53].

6, Mu'jam al-Adiba' (معجم الأدباء) atau Irsyad al-Arib Ila Ma'rifah al-Adib (إرشاد الأريب إلى معرفة الأديب) karya Syihabuddin Abu 'Abdullah Yaqub bin 'Abdullah ar-Rumi[54].

7. Ikmal al-Ikmal (إكمال الإكمال) karya Ma'inuddin Muhammad bin 'Abdul Ghani bin Abu Bakr bin Syujua' Ibn Nuqthoh al-Hanbali[55]. Kitab ini pelengkap bagi kitab Ikmal karya Ibn Makula.

8. At-Taqiyd Li Ma'rifah Ruwah as-Sunan wa al-Masanid (التقييد لمعرة رواة السنن والمسانيد) karya Ma'inuddin Muhammad bin 'Abdul Ghani bin Abu Bakr bin Syujua' Ibn Nuqthoh al-Hanbali.

9. Tarikh Irbil (تاريخ إربل) karya al-Mubarak bin Ahmad bin al-Mubarak al-Irbili[56].

10. Mathla' al-Anwar wa Nazahah al-Baso-ur wa al-Absor (مطلع الأنوار ونزهة البصائر والأبصار) karya Abu 'Abdullah bin 'Asakir dan Abu Bakr bin Khumais.

11. Thobaqot al-Hanabilah (طبقات الحنابلة) karya Abu al-Husain Ibn Abu Ya'la Muhammad bin Muhammad..

12. Thobaqot al-Fuqaha' asy-Syafi'iyyah (طبقات الفقهاء الشافعية) karya Taqiyuddin Ibn as-Solah[57].

13. Al-Muhammidun Min asy-Syu'araa' wa Asy'arihim (المحمدون من الشعراء وأشعارهم) karya Jamaluddin Abu al-Hasan 'Ali bin Yusuf al-Qofathi[58].

14. Bughyah at-Tholb Fi Tarikh Halb (بغية الطلب في تاريخ حلب) karya Kamaluddin Ibn al-'Adim[59].

15. Takmilah Imkmal al-Ikmal Fi al-Ansab wa al-Asma' wa al-Alqab (تكملة إكمال الإكمال في الأنساب ولأنساب والألقاب) karya Jamaluddin Abu Hamid Ibn as-Sobuni al-Mahmudi[60].

16. As-Safr al-Khomis Min Kitab ad-Dzail wa at-Takmilah Li Kitabi al-Musul wa as-Sillah (السفر الخامس من كتاب الذيل والتكميلة لكتابي الموصول والصلة) karya Abu 'Abdullah Muhammad bin Muhammad bin 'Abdul Malik al-Ansari[61].

17. Wafiyat al-A'yan wa Anba' Abna' az-Zaman (وفيات الأعيان وأنباء أبناء الزمان) karya Abu al-'Abbas Syamsuddin Ibn Kholkan al-Irbili[62].

18. Mu'jam asy-Syuyukh al-Kabir (معجم الشيوخ الكبير) karya Syamsuddin Abu 'Abdullah az-Zahabi.

Dan banyak lagi yang lain. Salah satu sebab kitab-kitab ini jarang dirujuk disebabkan puncak penghabisan kajian sanad dalam qaul nuqqad terhadap perawi dan sanad hadis pada zaman Ibn 'Asakir sehingga penilaian semasa pada zaman seterusnya tidak lagi dipandang secara besar-besaran. Kebanyakan pada zaman ini sekadar menganalisis kitab-kitab yang telah terdahulu dan tertumpu padanya.

Sumber Sampingan

Sumber sampingan adalah sumber yang bukan penulisan secara khusus dalam membincangkan al-Jarh wa at-Ta'dil, tetapi ia disispkan bersama dan sekaligus menjadi rujukan. Sumber ini boleh jadi sumber primer atau sumber sekunder. Antaranya ialah :

1. Al-Jami' al-Kabir (الجامع الكبير) atau Sunan at-Tirmizi (سنن الترمذي). Pada asalnya adalah kitab yang mengumpulkan hadis, namun di dalamnya disisipkan sekali penilaian perawi padanya.

2. Sunan Abi Daud (سنن أبي داود). Kadangkala dia mengulas kecacatan hadis padanya.

3. Al-Bahr az-Zakhkhar (البحر الزخار) atau Musnad al-Bazzar.

4. As-Sunan al-Kubra (السنن الكبرى) karya Abu 'Abdul Rahman Ahmad bin Syu'aib bin 'Ali an-Nasa'i.

5. Al-Mujtaba Min as-Sunan (المجتبى من السنن) atau Sunan as-Sughra (السنن الصغرى) atau Sunan an-Nasa'i.

6. 'Amal al-Yaum wa al-Lailah (عمل اليوم والليلة) karya Abu 'Abdul Rahman Ahmad bin Syu'aib bin 'Ali an-Nasa'i.

7. Sohih Ibn Khuzaimah (صحيح ابن خزيمة).

8. Syarh Musykil al-Atsar (شرح مشكل الآثار) karya Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad bin Salamah bin 'Abdul Malik bin Salamah at-Thohawi[63].

9. Syarh Ma'ani al-Atsar (شرح معاني الآثار) karya Abu Ja'far Ahmad bin Muhammad bin Salamah bin 'Abdul Malik bin Salamah at-Thohawi.

10. Sunan ad-Daraquthni (سنن الدارقطني).

11. Al-Mustadrak 'Ala as-Sohihain (المستدرك على الصحيحين) karya Abu Abdullah al-Hakim Muhammad bin 'Abdullah bin Muhammad bin Hamiduyah bin Nuaim bin al-Hakam ad-Dhobbi an-Naisaburi.

12. Al-Asma' wa as-Sifat (الأسماء والصفات) karya Abu Bakr Ahmad bin al-Husain bin 'Ali bin Musa al-Baihaqi[64].

13. Ma'rifah as-Sunan wa al-Atsar karya Abu Bakr Ahmad bin al-Husain bin 'Ali bin Musa al-Baihaqi

14. As-Sunan al-Kubra (السنن الكبرى) atau Sunan al-Baihaqi (سنن البيهقي).

15. Al-Kifayah Fi 'Ilm ar-Riwayah (الكفاية في علم الرواية) karya al-Khatib al-Baghdadi dan beberapa kitab al-Khatib yang lain.

16. At-Tamyiz (المتييز) karya Abu al-Hasan Muslim bin al-Hajjaj an-Naisaburi.

17. Al-Kunna wa al-Asma' (الكنى والأسماء) karya Abu al-Hasan Muslim bin al-Hajjaj an-Naisaburi.

17. 'Ilal al-Kabir (علل الكبير) karya Abu 'Isa Muhammad bin 'Isa bin Surah bin Musa bin ad-Dhohhak at-Tirmizi[65].

18. 'Ilal al-Hadits (علل الحديث) karya Ibn Abu Hatim ar-Razi.

19. Al-'Ilal al-Waridah Fi al-Ahadits an-Nabawiyyah (العلل الواردة في الأحاديث النبوية) karya Abu al-Hasan 'Ali bin 'Umar bin Ahmad bin Mahdi ad-Daruquthni.

20. Al-Mu'talif wa al-Mukhtalif (الموءتلف والمختلف) karya Abu al-Hasan 'Ali bin 'Umar bin Ahmad bin Mahdi ad-Daruquthni.

21. Ta'liqat ad-Daraquthni 'Ala al-Majruhin Li Ibn Hiban (تعليقات الدارقطني على المجروحين لابن حبان).

22. Al-Abathil wa al-Manakir wa as-Sihhah wa al-Masyahir (الأباطيل والمناكير والصحاح والمشاهير) karya Abu 'Abdullah al-Husain bin Ibrahim bin al-Husain bin Ja'far al-Jurqani[66].

19. Al-Maudhu'at (الموضوعات) karya Ibn al-Jauzi.

20. Fath al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari (فتح الباري شرح صحيح البخاري) karya Ibn Hajar al-'Asqalani.

21. At-Tamhid Lima Fi al-Muwaththo' Min al-Ma'ani wa al-Asanid (التمهيد لما في الموطأ من المعاني والأسانيد) karya Abu 'Umar Yusuf bin 'Abdullah bin Muhmmad bin 'Abdul Bar bin 'Asim al-Qurtubi.

22. Al-Muhalla Bi al-Atsar (المحلى بالآثار) karya Abu Muhammad 'Ali bin Ahmad bin Sa'id bin Hazm al-Andalusi al-Qurtubi az-Zhohiri[67].

23. Nail al-Author (نيل الأوطار) karya Muhammad bin 'Ali bin Muhammad bin 'Abdullah asy-Syaukani al-Yamani.

24. At-Tarikh al-Kabir (التاريخ الكبير) karya Abu Bakr bin Abu Khaitsamah[68].

25. Syarh 'Ilal at-Tirmizi (شرح علل الترمذي) karya Zainuddin 'Abdullah bin Ahmad bin Rojab bin al-Hasan al-Hanbali al-Baghdadi ad-Dimasyqi.

Dan banyak lagi yang lain seperti kitab-kitab syarah hadis, 'Ulum al-Hadits, karya-karya Ibn Taimiyyah dan lain-lain.

Sumber Penyenaraian Sahabat Rasulullah SAW

Sumber ini adalah menyenaraikan perawi-perawi yang dianggap sebagai sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Bagi saya, sudah memadai pendapat al-Bukhari, Muslim, Abu Hatim ar-Razi, Abu Zur'ah ar-Razi, Yahya bin Ma'in, Ahmad bin Hanbal, Ibn 'Asakir dan lain-lain dalam penilaian. Namun, saya tetap membawakan sumber rujukan yang lain untuk maklumat tambahan bagi kajian.

1. Fadho-il as-Sohabah (فضائل الصحابة) karya Abu 'Abdul Rahman Ahmad bin Syu'aib bin 'ali an-Nasa'i.

2. Mu'jam as-Sohabah (معجم الصحبة) karya Abu al-Qasim 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdul 'Aziz bin al-Marzaban bin Sabur bin Syahansyah al-Baghawi[69].

3. Ma'rifah as-Sohabah (معرفة الصحابة) karya Abu 'Abdullah Muhammad bin Ishaq bin Muhammad bin Yahya bin Mandah al-'Abadi[70].

4. Ma'rifah as-Sohabah (معرفة الصحابة) karya Abu Nu'aim Ahmad bin 'Abdullah bin Ahmad bin Ishaq bin Musa bin Mihran al-Asbahani.

5. Alqab as-Sohabah wa at-Tabi'in Fi al-Musnidain as-Sohihain (ألقاب الصحابة والتابعين في المسندين الصحيحين) karya Abu 'Ali al-Husain bin Muhammad al-Ghossani[71].

6. Ma'rifah Usami Ardaf an-Nabi SAW karya (معرفة أسامي أرداف النبي صلى الله عليه وسلم) karya Abu Zakariyya Ibn Mandah Yahya bin 'Abdul Wahab al-Asbahani[72].

7. Asad al-Ghoyah Fi Ma'rifah as-Sohabah (أسد الغاية في معرة الصحابة) karya Abu al-Husain 'Izuddin Ibn al-Atsir asy-Syaibani[73].

8. Al-Isobah Fi Tamyiz as-Sohabah (الإصابة في تمييز الصحابة) karya Ibn Hajar al-'Asqalani.

Sumber Secara Tidak Langsung

Sumber secara tidak langsung adalah sumber yang tidak didapati secara zahir, tetapi ia diketahui melalui kajian. Sumber di sini merujuk kepada penilaian tsiqah secara tidak langsung oleh perawi-perawi yang melazimi periwayatan orang yang tsiqah tanpa diberitahu kedudukan ta'dil dan tajrihnya, tetapi dia meriwayatkannya dan secara tidak langsung menunjukkan perawi itu adalah tsiqah baginya. Sumber ini boleh berada di mana-mana kitab dan rujukan. Secara ringkasnya, perawi-perawi yang boleh dikenalpasti kedudukan tsiqahnya jika ia diriwayatkan oleh orang yang melazimi periwayatan tsiqah seperti Syu'bah bin al-Hajjaj, Yahya bin Sa'id al-Qaththan, 'Abdul Rahman bin Mahdi, Ahmad bin Hanbal dan lain-lain, maka perawi itu adalah tsiqah menurut orang tersebut.

Begitu juga hadis-hadis yang dijadikan hujah oleh sebahagian ulama', maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa perawi itu mempunyai nilai kredibiliti. Misalnya dalam Mustakhraj Abu 'Awanah, Sahih Ibn Khuzaimah, Sahih Ibn Hibban, Al-Mujtaba Min as-Sunan atau as-Sunan as-Sughra atau Sunan an-Nasa'i, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, al-Mustadrak 'Ala as-Sahihan, Muwatto' Malik, al-Ahadits al-Mukhtaroh karya ad-Dhiya' al-Maqdisi, al-Umm karya Muhammad bin Idris asy-Syafi'i dan lain-lain, maka perawi-perawi di sini adalah tsiqah di sisi mereka sekalipun tidak ada qaul yang jelas menyatakannya.

Nota Kaki

[1]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=5761&bk_no=60&flag=1

[2]Biografi : http://library.islamweb.net/NEWLIBRARY/display_book.php?ID=4563&bk_no=60&flag=1

[3]Al-Khatib al-Baghdadi berkata :

وكان من أهل الفضل والعلم

"Salah seorang ahli keutamaan dan ahli ilmu". (Tarikh Baghdad, Abu Bakr Ahmad bin 'Ali bin Tsabit, jilid 3, m/s 266, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf).

Juga dia berkata :

ومحمد بن سعد من أهل العدالة وحديثه يدل على صدقه فإنه يتحرى في كثير من روايته.

"Dan Muhammad bin Sa'd di sisi kami ialah seorang ahli yang adil. Hadisnya menunjukkan kejujurannya kerana dia banyak meneliti pada kebanyakan riwayatnya". Tarikh Baghdad, Abu Bakr Ahmad bin 'Ali bin Tsabit, jilid 3, m/s 266, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf).

Rujuk lagi di : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=1917&bk_no=60&flag=1

[4]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2504&bk_no=60&flag=1

[5]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2544&bk_no=60&flag=1

[6]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2740&idto=2740&bk_no=60&ID=2601

[7]Ad-Daruquthni berkata :

وكان من الحفاظ المصنيفين والمخرجين الثقات

"Dia salah seorang penulis huffaz dan melahirkan para tsiqah". (Su-alat as-Sulami Li ad-Daraquthni, m/s 329).

[8]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2326&bk_no=60&flag=1

[9]Biografi : http://library.islamweb.net/Newlibrary/display_book.php?ID=1961&bk_no=60&flag=1

[10]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2546&bk_no=60&flag=1

[11]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2340&bk_no=60&flag=1

[12]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2395&bk_no=60&flag=1

[13]Yazid bin al-Haitsam bin Thohman Abu Khalid dinilai tsiqah oleh ad-Daruquthni dalam Su-alat al-Hakim an-Naisaburi Li ad-Daraquthni, m/s 159, Maktabah al-Ma'arif, ar-Riyadh dan Al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, jilid 16, m/s 508, Dar a-Ghurab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf.

[14]Namanya Abu al-'Abbas Ahmad bin Muhammad bin Qasim bin Muhriz. Tiada siapa yang menilai tajrih atau ta'dil baginya. Al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, jilid 6, m/s 253, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf tidak mengulas keadaan dirinya setelah membawa biografi tentang dirinya sepertimana yang lain.

[15]Biografi : https://library.islamweb.net/NewLibrary/display_book.php?ID=2012&bk_no=60&flag=1

[16]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2515&bk_no=60&flag=1

[17]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2391&bk_no=60&flag=1

[18]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2658&bk_no=60&flag=1

[19]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2501&bk_no=60&flag=1

[20]Begitu ramai yang mentajrihkannya.

أخبرنا علي بن محمد بن الحسين الدقاق، قال: قرأنا على الحسين بن هارون الضبي، عن أبي العباس بن سعيد، قال: سمعت عبد الله بن أسامة الكلبي يقول: محمد بن عثمان كذاب أخذ كتب ابن عبدوس الرازي ما زلنا نعرفه بالكذب. وقال ابن سعيد: سمعت إبراهيم بن إسحاق الصواف يقول: محمد بن عثمان كذاب يسرق حديث الناس ويحيل على أقوام أشياء ليست من حديثهم. قال: سمعت داود بن يحيى يقول: محمد بن عثمان كذاب قد وضع أشياء كثيرة يحيل على أقوام أشياء ما حدثوا بها قط. وقال: سمعت عبد الرحمن بن يوسف بن خراش يقول: محمد بن عثمان كذاب بين الأمر يزيد في الأسنيد ويوصل ويضع الحديث. وقال: سمعت محمد بن عبد الله الحضرمي يقول: محمد بن عثمان كذاب ما زلنا نعرفه بالكذب مذ هو صبي. قال: سمعت عبد الله بن أحمد بن حنبل يقول: محمد بن عثمان كذاب بين الأمر، يقلب هذا على هذا. ويعجب ممن يكتب عنه. وقال: سمعت جعفر بن محمد بن أبي عثمان الطيالسي يقول: ابن عثمان هذا كذاب يجيء عن قوم بأحاديث ما حدثوا بها قط متى سمع. أنا عارف به جدا

Telah mengkhabarkan kepada kami 'Ali bin Muhammad bin al-Hasan ad-Daqqaq, dia berkata; aku membaca di hadapan al-Husain bin Harun ad-Dhobbi, daripada Abu al-'Abbas bin Sa'id, dia berkata; aku mendengar 'Abdullah bin Usamah al-Kalbi berkata, "Muhammad bin 'Utsman seorang pendusta yang mengambil kitab-kitab Ibn 'Abdus ar-Razi yang sentiasa kami mengenalinya pada kedustaan". Berkata Ibn Sa'id; aku mendengar Ibrahim bin Ishaq as-Sowwaf berkata, "Muhammad bin 'Utsman seorang pendusta mencuri hadis-hadis manusia dan melakukan helah ke atas orang ramai dengan sesuatu yang bukan daripada hadis-hadis mereka". Dia berkata; aku mendengar Daud bin Yahya berkata, "Muhammad bin 'Utsman seorang pendusta. Dia memalsukan sesuatu yang banyak serta melakukan helah ke atas orang ramai sesuatu yang tidak pernah mereka riwayatkan sama sekali". Dia berkata; aku mendengar 'Abdul Rahman bin Yusuf bin Khirash berkata, "Muhammad bin 'Utsman pendusta di antara urusan ini. Dia menambah sanad, menyambungkan serta memalsukan hadis". Dia berkata; aku mendengar Muhammad bin 'Abdullah al-Hadhrami berkata, "Muhammad bin 'Utmsna pendusta. Kami sentiasa mengenalnya pada kedustaan ketika dia kecil". Dia berkata; aku mendengar 'Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata, "Muhammad bin 'Utsman pendusta di antara urusan ini. Dia membolak balikkan ini atas ini". Dia merasa ajaib pada mereka yang menulis daripadanya". Dia berkata; aku mendeengar Ja'far bin Muhammad bin Abu 'Utsman at-Thoyalisi berkata, "Ibn 'Utsman ini seorang pendusta. Dia datang daripada kaum dengan hadis-hadis yang tidak pernah sama sekali mereka ceritakannya pada bila ia mendengar. Aku sangat mengenalnya". (Tarikh Baghdad, Al-Khatib al-Baghdadi, jilid 4, m/s 68, Dar al-Gharab al-Islami, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf).

Rujuk juga di sini : http://library.islamweb.net/hadith/RawyDetails.php?RawyID=29987

[21]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=1954&bk_no=60&flag=1

[22]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2300&bk_no=60&flag=1

[23]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3130&bk_no=60&flag=1

[24]Az-Zahabi menisbahkannya sebagai al-Hafiz. Perawi yang diriwayatkan oleh Abu Ahmad al-'Askari dalam kehujahan riwayat dalam kitab Tashifat al-Muhadditstsin.

Rujuk : http://sh.bib-alex.net/trajem/Web/11236/001.htm

Rujuk : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2515&idto=2515&bk_no=60&ID=2378

Rujuk : Tashifat al-Muhadditstsin, Abu Ahmad al-Hasan bin 'Abdullah al-'Askari, jilid 1, m/s 17, al-Mathba'ah al-'Arabiyyah al-Haditstsiyyah, al-Qahirah, Mahmud Ahmad Mirah.

[25]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2680&bk_no=60&flag=1

[26]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2771&bk_no=60&flag=1

[27]Biografi : http://library.islamweb.net/Newlibrary/display_book.php?ID=2527&bk_no=60&flag=1

[28]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3389&bk_no=60&flag=1

[29]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3461&bk_no=60&flag=1

[30]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3503&bk_no=60&flag=1

[31]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3591&bk_no=60&flag=1

[32]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3603&bk_no=60&flag=1

[32]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3719&bk_no=60&flag=1

[33]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3731&bk_no=60&flag=1

[34]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3918&bk_no=60&flag=1

[35]Sebahagian ikutan dalam pendha'ifan bergantung pada penilaian Muhammad bin Yusuf al-Qaththan. Sedangkan al-Qaththan tidak menilainya seorang pendusta secara mutlak kerana dia mengakui bahawa riwayat-riwayat dari al-Asom sesuatu yang boleh diikuti dan riwayat Tarikh Ibn Ma'in mempunyai banyak keserupaan. Abu 'Abdul Rahman as-Sulami dibela oleh al-Khatib al-Baghdadi, diriwayatkan oleh al-Baihaqi serta mengambil hujah soalannya kepada ad-Daruquthni dalam as-Sunan al-Kubra dan dinilai tsiqah Abu Ya'la al-Khalili. Kemungkinan dia tergelincir ketikamana bersama para sufi. Manusia yang tidak maksum akan tersilap sepertimana yang dinyatakan oleh az-Zahabi dalam Siyar A'lam an-Nubala' ketika membawa biografi tentangnya.

Rujuk : https://library.islamweb.net/hadith/RawyDetails.php?RawyID=27743

Rujuk : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3970&bk_no=60&flag=1

Rujuk : http://www.dd-sunnah.net/forum/showthread.php?t=72862

Rujuk : http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=27217

Rujuk : Al-Irsyad Fi Ma'rifah 'Ulama' al-Hadits, Abu Ya'la al-Khalili, jilid 3, m/s 860, Maktabah ar-Rusyd, ar-Riyadh, tahqiq Dr. Muhammad Sa'id 'Umar Idris.

Rujuk : Tarikh Baghdad, Al-Khatib al-Baghdadi, jilid 3, m/s 42, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf.

[36]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4126&bk_no=60&flag=1

[37]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4691&bk_no=60&flag=1

[38]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4128&bk_no=60&flag=1

[39]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=3876&idto=3876&bk_no=60&ID=3735

[40]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=3919&idto=3919&bk_no=60&ID=3778

[41]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4113&bk_no=60&flag=1

[42]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4125&bk_no=60&flag=1

[43]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4283&bk_no=60&flag=1

[44]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4369&bk_no=60&flag=1

[45]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4422&bk_no=60&flag=1

[46]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4588&bk_no=60&flag=1

[47]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=5350&bk_no=60&flag=1

[48]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=5288&bk_no=60&flag=1

[49]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=5976&idto=5976&bk_no=60&ID=5821

[50]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=5372&bk_no=60&flag=1

[51]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=5444&bk_no=60&flag=1

[52]Biografi : http://library.islamweb.net/NewLibrary/display_book.php?ID=4823&bk_no=60&flag=1

[53]Biografi : http://shamela.ws/index.php/author/1172

[54]Biografi : https://ar.wikipedia.org/wiki/%D9%8A%D8%A7%D9%82%D9%88%D8%AA_%D8%A7%D9%84%D8%AD%D9%85%D9%88%D9%8A dan http://shamela.ws/index.php/author/765

[55]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=5877&bk_no=60&flag=1

[56]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=5946&idto=5946&bk_no=60&ID=5791

[57]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=6011&bk_no=60&flag=1

[58]Biografi : https://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%AC%D9%85%D8%A7%D9%84_%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%8A%D9%86_%D8%A7%D9%84%D9%82%D9%81%D8%B7%D9%8A dan http://shamela.ws/index.php/author/684

[59]Biografi : http://shamela.ws/index.php/author/702 dan https://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A7%D8%A8%D9%86_%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%AF%D9%8A%D9%85

[60]Biografi : Mu'jam asy-Syuyukh al-Kabir, az-Zahabi, jilid 2, m/s 247, Maktabah as-Sodiq, at-Tho-if, tahqiq Dr. Muhammad al-Habib.

[61]Biografi : http://habous.gov.ma/daouat-alhaq/item/329-%D8%A7%D8%A8%D9%86-%D8%B9%D8%A8%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%84%D9%83-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B1%D8%A7%D9%83%D8%B4%D9%8A-2

[62]Biografi : https://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A7%D8%A8%D9%86_%D8%AE%D9%84%D9%83%D8%A7%D9%86

[63]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=3052&bk_no=60&flag=1

[64]Biografi : http://library.islamweb.net/NEWLIBRARY/display_book.php?ID=4370&bk_no=60&flag=1

[65]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2530&bk_no=60&flag=1

[66]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=5109&idto=5109&bk_no=60&ID=4972

[67]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4383&bk_no=60&flag=1

[68]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=2092&bk_no=60&flag=1

[69]Al-Khatib al-Baghdadi berkata :

وكان ثقة ثبتا مكثرا فهما عارفا

"Dia seorang tsiqah lagi kukuh lagi banyak riwayat lagi punyai kefahaman dan arif". (Tarikh Baghdad, Abu Bakr Ahmad bin 'Ali bin Tsabit, jilid 11, m/s 325, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf).

[70]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4454&bk_no=60&flag=1

[71]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4694&bk_no=60&flag=1

[72]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=4853&bk_no=60&flag=1

[73]Biografi : http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?ID=5881&bk_no=60&flag=1


Comentários


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page