Belajar Tanpa Sanad
- Yukio Haruaki
- May 7, 2017
- 3 min read
Ibn as-Solah :
ثم إن الرواية بالأسانيد المتصلة ليس المقصود بها في عصرنا وكثير من الأعصار قبله إثبات ما يروى بها إذ لا يخلو إسناد منها عن شيخ لا يدري ما يرويه ولا يضبط ما في كتابه ضبطا يصلح لأن يعتمد في ثبوته
“Sesungguhnya riwayat dengan sanad yang bersambung pada zaman kita ini dan beberapa zaman sebelum ini bukanlah bertujuan untuk membuktikan kesabitan apa yang diriwayatkan. Ini kerana tidak terlepas sanad-sanad tersebut (zaman beliau dan beberapa zaman sebelum itu) dari perawi yang tidak tahu apa dia diriwayatkan atau tidak dabit (memelihara tulisan dan ingatan) apa yang dia catatkan dengan satu dhabit yang layak untuk dipegang kesabitannya”.(Siyanah Sahih Muslim, Ibn as-Solah, m/s 115, Dar al-Gharb al-Islami, Beirut).
Sebenarnya yang dimaksudkan qaul-qaul mutaqaddimin tentang kepentingan sanad ialah pada pendakwaan keasilan objek yang dikhabarkan itu, bukan pada fiqh khabar itu sendiri. Inilah yang menjadikan kekeliruan sebahagian orang kerana tidak mampu membezakannya. Boleh jadi sesuatu perkhabaran datang bersama dengan fiqhnya dan boleh jadi khabar tidak datang bersama fiqhnya. Jika perkhabaran itu bersama fiqhnya, maka inilah dalil qat'i. Jika tidak, maka itulah dalil dzanni. Sesiapa yang mengingkari perbezaan ini, maka dia mengingkari realiti kewujudan ijtihad itu sendiri yang telah nyata seperti mentari di muka bumi ini.
Kalau semua khabar datang bersama fiqhnya, maka tidak wujud lagi ijtihad. Malang sekali, tidak semua khabar adalah sedemikian rupa. Kadangkala suatu khabar yang disandarkan kepada Rasulullah SAW tentang sedemikian sedemikian tetapi mempunyai fiqh yang berbeza terhadapnya. Jika dapat memahami hakikat ini, maka yang dijaga oleh ulama' pada pewarisan sanad adalah keasilan pendakwaan perkhabaran itu, bukan fiqh pada perkhabaran itu. Itulah sanad riwayat.Untuk lebih jelas memahami perkara ini, semak qaul Ahmad bin Hanbal seperti berikut :
أخبرنا الحسين بن الحسن بن المنذر القاضي والحسن بن أبي بكر البزاز، قالا: أخبرنا محمد بن عبد الله الشافعي، قال: سمعت إبراهيم بن إسحاق الحربي يقول: سمعت أحمد بن حنبل وسئل عن مالك، فقال: حديث صحيح ورأي ضعيف. وسئل عن الأوزاعي، فقال: حديث ضعيف ورأي ضعيف. وسئل أبي حنيفة، فقال: لا رأي ولا حديث. وسئل عن الشافعي، فقال: حديث صحيح ورأي صحيح.
Telah mengkhabarkan kepada kami al-Husain bin al-Hasan bin al-Mundzir al-Qadhi dan al-Hasan bin Abu Bakr al-Bazzaz, mereka berdua berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin 'Abdullah asy-Syafi'i, dia berkata; Aku mendengar Ibrahim bin Ishaq al-Harbi, mereka berdua berkata; Aku mendengar Ahmad bin Hanbal ketika ditanya tentang Malik, maka dia berkata, "Hadisnya sahih, tetapi pendapatnya dha'if". Ditanya tentang al-Auza'i, maka dia berkata, "Hadisnya dha'if dan pendapatnya dha'if". Ditanya tentang Abu Hanifah, maka dia berkata, "Tidak pada pendapatnya dan tidak juga pada hadisnya". Ditanya tentang asy-Syafi'i, mmaka dia berkata, "Hadis sahihnya dan pendapatnya sahih". (Tarikh Baghdad, Al-Khatib al-Baghdadi, jilid 15, m/s 573, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf).
أخبرنا عبد الله بن أحمد بن محمد بن حنبل، قال: قال أبي: ابن أبي ليلى كان سيء الحفظ مضطرب الحديث وكان في فقه ابن أبي ليلى أحب إلينا من حديثه، حديثه فيه اضطراب.
Telah mengkhabarkan kepadaku 'Abdullah ibn Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, dia berkata; Ayahku berkata, "Ibn Abu Laila seorang yang buruk hafalannya lagi bergoncang hadisnya. Aku lebih sukai fiqh Ibn Abu Laila berbanding hadisnya. Hadisnya mempunyai kegoncangan". (Al-Jarh wa at-Ta'dil, Ibn Abu Hatim ar-Razi, jilid 7, m/s 322).
Daripada qaul ini, sangatlah jelas bahawa terdapat berbeza seseorang yang membawa hadis dan seseorang yang mentafsirkan hadis. Walaupun kadangkala hadis datang bersama dengan fiqhnya, tetapi bukan semua keadaan sebegitu. Jika faham prinsip Ahmad bin Hanbal ini, maka fahamlah prinsip yang diutarakan ini.
Comments