top of page

Orang Terkemudian Boleh Menandingi Orang Terdahulu

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 8, 2017
  • 2 min read

Rasulullah SAW yang bersabda :

نضر الله امرأ سمع منا حديثا فحفظه حتى يبلغه فرب حامل فقه إلى من هو أفقه منه ورب حامل فقه ليس بفقيه

"Semoga Allah memperindahkan kepada mereka yang mendengar hadis daripada kami, lalu menghafalnya sehingga ia menyampaikannya. Berapa ramai yang membawa fiqh kepada orang yang lebih faqih daripadanya dan berapa ramai yang membawa fiqh tetapi tidaklah ia faqih". (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 3175).

حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنِي أَسِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ خَالِدِ بْنِ دُرَيْكٍ ، عَنْ ابْنُ مُحَيْرِيزٍ ، قَالَ : قُلْتُ لِأَبِي جُمُعَةَ رَجُلٍ مِنَ الصَّحَابَةِ : حَدِّثْنَا حَدِيثًا سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : نَعَمْ ، أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا جَيِّدًا ، تَغَدَّيْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَنَا أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَحَدٌ خَيْرٌ مِنَّا ، أَسْلَمْنَا مَعَكَ ، وَجَاهَدْنَا مَعَكَ ؟ قَالَ : " نَعَمْ ، قَوْمٌ يَكُونُونَ مِنْ بَعْدِكُمْ يُؤْمِنُونَ بِي وَلَمْ يَرَوْنِي " .

Telah menceritakan kepada kami Abu al-Mughirah, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami al-Auzai, ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Usaid bin 'Abdul Rahman, daripada Khalid bin Duraik, daripada Ibn Muhariz, ia berkata; aku berkata kepada Abu Jum'ah, lelaki daripada golongan sahabat, "Ceritakan suatu hadis yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW kepada kami". Dia berkata; Ya. Aku akan menceritakan sebuah hadis yang baik kepada kalian. Kami makan pagi bersama Rasulullah SAW dan Abu 'Ubaidah al-Jarrah bersama kami. Dia ('Ubaidah) berkata, "Wahai Rasulullah SAW adakah ada seseorang lebih baik daripada kami yang mana kami islam bersama kamu dan berjihad bersama kamu?". Baginda berkata, "Benar. Kaum yang akan datang selepas kamu semua yang beriman kepada aku tetapi tidak melihat aku". (Musnad Ahmad, no. 16633).


Comentários


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page