Cara Mengenali Kebenaran
- Yukio Haruaki
- May 10, 2017
- 1 min read
Oleh : Ahmad Dailami Fauzi
Kebenaran itu boleh dikenali dengan cara melakukan tafakkur (berfikir) dan tadabbur (merenung) ke dalam isi kandungan sesuatu khabar atau maklumat, lalu membandingkan kandungannya dengan hakikat kenyataan, lalu dilihat wujudnya kesesuaian antara khabar itu dengan kebenaran realiti. Melalui cara inilah Allah menyingkapkan kebenaran kepada jiwa seseorang hamba dan membimbingnya di atas petunjuk-Nya yang lurus.
Ia bukan ditentukan oleh siapa nama penyampainya atau apa gelarannya (ustaz, syeikh, doktor, maulana, hafiz, 'allamah atau imam) atau dari mazhab atau kelompok manakah dia atau melalui wasilah apa dia menyampaikannya (buku-buku, bahan bacaan, radio, TV) dan sebagainya. Mempersoalkan semua ini tidak mendatangkan kesan untuk menentukan sama ada sesuatu khabar itu benar atau tidak.
Maka seharusnya setiap insan itu berusaha untuk memikirkan persoalan utama dalam perjuangan mencari kebenaran: "Apakah sesuatu kenyataan itu benar atau tidak?" daripada sibuk mencari-cari cara untuk menafikan kebenaran hanya kerana kebenaran itu tidak disukai oleh jiwanya.
Comments