top of page

Mengapa Saya Tidak Menerima Nukilan Hadis Tanpa Teks Arab?

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 9, 2017
  • 2 min read

Saya tidak akan beriman mana-mana nukilan hadis tanpa teks arab dan sumber rujukannya. Jikalau mereka membawakan lebih sepuluh rujukan tanpa teks arab, ia tidak bernilai apa-apa di sisi saya sekalipun mereka berkeras untuk menjadikan hujah. Tanggungjawab yang digalas sepatutnya ialah mereka, bukan audien. Seolah-olah mereka mengajak untuk menaiki kapal mereka, tetapi mereka tidak boleh menjamin secara kukuh keselamatan kapal itu. Jadi, orang yang mengajak perlu membuat persiapan atau orang yang diajak?

Saya boleh mengerah usaha untuk mencari teks arab, tetapi tidakkah mereka tahu betapa sukarnya mencari padanan bahasa Melayu dengan bahasa Arab? Perkataan "datang" mempunyai pelbagai bentuk dalam bahasa Arab. Ia boleh jadi "Ja-a" (جاء), "Ata" (أتى), "Dzahaba" (ذهب), "Intholaqo" (انطلق), Dakhola (دخل), Khoroja (خرج) dan lain-lain. Itu baru satu perkataan, belum lagi perkataan yang lain yang mungkin sahaja ada padanan lebih banyak lagi daripada ini. Jika mereka faham kesukaran ini, maka pasti mereka sesekali tidak mengambil dan membawakan hadis sesuka hati.

Itu belum lagi masalah transliterasi yang belum menyeluruh sehingga masing-masing tidak sama mengeja huruf berselari dengan sebutan huruf. Ada yang mengeja "ثقة" dengan "tsiqah" dan ada yang mengeja dengan "thiqah". Ada yang mengeja "ضعيف" dengan daif, ada yang mengeja dengan "dha'if", ada yang mengeja dengan "dho'if", ada yang mengeja dengan "doif", ada yang mengeja dengan "dla'if" dan macam-macam lagi ejaannya. Sampel yang mudah ini mungkin sudah kita biasa sehingga kita boleh kenalpasti dengan pantas, tetapi semakin luas penerokaan, kita akan menemukan kesukaran menentukan beberapa perkataan yang transliterasi tepat untuk ejaan arabnya.

Jangan terlalu selesa dengan mengambil dan menukilkan hadis tanpa teks arab. Ia menghalang transparensi dalam agama sehingga akses kepada ketulenan informasi kabur. Sebab itulah dalam penulisan saya kesemuanya akan dibawakan teks arabnya jika ingin menukilkan hadis. Bahkan, hadis dha'if yang ingin saya perbahaskan pun tetap saya cuba memaparkan teks arabnya. Saya telah tunaikan tanggungjawab saya semampu yang dapat.

Mereka tidak berhak untuk mengatakan bahawa saya malas untuk mencari sumbernya kerana mereka sendiri yang malas untuk mengukuhkan hujah mereka dan memastikan sumber penukilan mereka. Patutkah mengatakan orang lain malas? Saya telah pun pamerkan kesungguhan saya sebelum saya ekspresikan hal ini. Bermaksud, saya tidak hanya cakap sahaja. Kenistaan mereka sebenarnya mempamerkan kebebalan diri mereka. Mereka sanggup berpegang sesuatu yang belum dikukuhkan hujahnya, lalu mereka ingin mengajak untuk menaiki kapalnya? Lebih baik saya melayan pornografi empat belas ribu tahun lamanya berbanding untuk melayan satu nukilan hadis tanpa teks arab.

Jangan fikirkan saya seorang sahaja, fikirkan orang lain yang banyak komitmennya yang lain sehingga mereka tidak ada masa untuk memberi perhatian pun terhadap agama. Maka, tanggungjawab kita untuk menjelaskan mereka secara transparen yang murni agar mencukupkan diri mereka dengan keperluan yang sewajarnya. Kita ingin mempersembahkan hadiah yang bermakna untuk mereka, lalu mengapa kita menghadiahkan sesuatu yang tidak ada bukti ketulusan dan penghargaan? Jangan rasa mereka yang rugi, tetapi kita yang rugi disebabkan kita memberikan kehampaan pada mereka.


Comentarios


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page