Hal Yang Perlu Ada Pada Ulama'
- Yukio Haruaki
- May 12, 2017
- 1 min read
Oleh : Wan Ji Wan Husain
Ulama, mesti ada kemahiran pada tiga perkara dasar :
1. Kekuatan Hissi, iaitu interaksi inderawi.
2. Kekuatan 'Aqli, iaitu interaksi akal.
3. Kekuatan Zouqi, iaitu interaksi intuisi.
Gabungan tiga perkara ini dalam melihat teks (Bayani), melahirkan maksud Islam sebagai rahmat. Tengok ayat al-Quran ini :
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّـهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ ﴿٢٧﴾ وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّـهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ﴿٢٨
"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah menurunkan air daripada langit, lalu Kami mengeluarkan buah-buahan yang beraneka warnanya? Dan dari gunung terdapat tanah datar yang berwarna putih, merah dan beraneka warnanaya batu hitam yang pekat? Dan di antara manusia, binatang melata dan haiwan ternak yang beraneka warnanya seperti hal itu. Sesungguhnya yang takut kepada Allah dalam kalangan hamba-Nya adalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Luhur lagi Maha Pengampun". (Surah al-Fathir ayat 27-28).
Ayat 27 Allah menyebutkan "Tidakkah engkau melihat ciptaan alam?". Interaksi hissi manusia yang terdapat dari ilmu kedoktoran, sosiologi, astronomi dan pelbagai lagi. Kemudian, Tuhan bertanya dalam ayat 28 tentang kepelbagain ciptaan untuk manusia berfikir. Interaksi akal manusia yang metodnya terdapat dalam ilmu usul fiqh. Kemudian, akhir ayat 28, Allah nyatakan konsep ketakutan. Interaksi intuisi manusia yang metodeya terdapat dalam ilmu tasawwuf (Tazkiyah an-Nafs).
Kesan dari ketiga elemen ini, barulah Allah nyatakan orang itu adalah ulama. Gabungan tiga perkara ini memberi kesan dalam berijtihad dan istinbat hukum yang bersifat benar.
Rujuk : https://www.facebook.com/wanji.attaaduddi/posts/1786655044693998 (Dengan sedikit penyelerasan teknikal)
Comments