top of page

Jangan Mudah Memperlekehkan Sesiapapun

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 12, 2017
  • 1 min read

Oleh : Ahmad Dailami Fauzi

Kadang-kadang, Allah memberi sesuatu kelebihan kepada seseorang daripada jalan yang tidak disangka-sangkanya. Kelebihan itu ialah rezeki dan kurniaan dari sisi Allah kepada dirinya hingga dia sendiri terkejut bagaimana sebelum ini dia tidak memperolehi kebolehan itu, tetapi sekarang tiba-tiba ia ada pada dirinya. Dia tidak berusaha banyak untuk memperolehinya, tetapi ia datang tanpa diminta-minta.

Kerana itulah jangan sekali-kali kita memperlekehkan sesiapa pun kerana kita tidak tahu kelebihan apa yang Allah kurniakan pada dirinya untuk memuliakannya. Kita tidak tahu apa yang berada di dalam hati manusia dan bagaimana cara Allah memperlakukan manusia. Itu semua ialah rahsia pada perbuatan Allah yang tersembunyi dari pengetahuan kita.

Maka kita harus menjaga tingkah laku dan perbuatan kita, jangan sampai kita memandang para hamba Allah dengan cara yang bersalahan dengan cara Allah memandang mereka. Jika Allah memandang mereka dengan pandangan ihsan dan kasih sayang dan kita pula memandang mereka dengan pandangan yang mengasari dan membenci, maka beristighfarlah dan muhasabah balik kedudukan diri kita.

Rujuk : https://www.facebook.com/ahmad.dailami.5249/posts/370712819788279


Comments


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page