Kekeliruan Dalam Menyatakan Kekeliruan Orang Lain
- Yukio Haruaki
- May 12, 2017
- 1 min read
Oleh : Ahmad Dailami Fauzi
Apabila kita mendakwa seseorang itu keliru, kita mesti buktikan bagaimana dia keliru, sebab dan dari sudut mana dia keliru. Kita mengata orang salah, kita mesti buktikan bagaimana kesalahan itu, apa jenisnya, apa hakikatnya. apa-apa dalil yang menunjukkan kepada kesalahan itu dan bagaimana solusi pembetulannya.
Tidak salah mengatakan seseorang itu keliru atau salah, tetapi hendaklah diiringi dakwaan tersebut dengan penjelasan dan bukti. Siapa yang sanggup mengatakan orang yang tidak bersalah sebagai salah dan orang yang benar pegangannya sebagai keliru? Ini akan menjadi fitnah sedang memfitnah itu termasuk perbuatan dosa besar dalam Islam.
Sesiapa yang mendakwa dengan dakwaan-dakwaan kosong yang tidak diiringi dengan bukti, terserlah kejahilannya. Sesiapa sahaja boleh berkata dan mendakwa apa sahaja yang disukainya tapi tidak semua orang mampu membuktikan dakwaan tersebut dengan ilmu dan kefahaman.
Dan zaman kita sekarang telah lahirnya ramai anak-anak kecil yang faqih dalam bab dakwa mendakwa dan tuduh menuduh, tetapi tidak pernah memahami apa yang didakwanya kerana jahil dalam aspek kefahaman dan kaedah tafsiran serta lemahnya disiplin ilmu.
Comments