top of page

Mana Dalil?

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 12, 2017
  • 2 min read

Oleh : Kamilin Jamilin

Tuntutan mengetahui dalil itu berbeza antara ulama, penuntut ilmu, dan masyarakat awam. Bagaimana boleh dianggap sebagai ulama' jika tidak mahir selok belok dalil-dalil dalam syarak dan perbahasannya? Bagaimana pula bergelar penuntut ilmu jika tidak berusaha mencari dalil-dalil di sebalik isu dan permasalahan yang dipelajari? Jika tidak mahu mencari dalil mahupun mahir perihal dalil, maka kita sekadar bergelar orang awam yang tiada asas ilmu sama ada dalam ilmu agama secara keseluruhannya ataupun pada sebahagian cabang ilmu tertentu dan sudah pasti berhajat kepada orang yang lebih berilmu.

Bagaimana pula dengan para ustaz? Seorang ustaz itu tidak dapat lari dari dua golongan, iaitu ulama' atau penuntut ilmu. Kedua-duanya tidak boleh lari dari tuntutan mencari atau mengambil tahu akan dalil kerana mereka sedang dan rela bergelar ustaz yang memikul tanggungjawab untuk menyampaikan agama kepada masyarakat. Kalaulah kita mengetahui betapa berat dan besarnya amanah dalam menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat, nescaya kita tidak sanggup bergelar ustaz yang mengajar kerap kali di merata-rata tempat. Betapa bebannya tugasan berdakwah itu yang menuntut kita untuk mengkaji, menghafal, serta memahami pelbagai isu yang hendak disampaikan. Bukan sekadar melepaskan batok di tangga!

Kerana agama itu tertegak berlandaskan dalil dan paksi dalil itu ialah al-Quran dan al-Sunnah :

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ

“Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah!”. (Surah al-Hasyr ayat 21).

Sedang menyampaikan suatu hadis dari Rasulullah SAW itu sangat berat urusannya sebagaimana yang disebut oleh sahabat Nabi, Zayd bin al-Arqam RA.

Jika seorang ustaz itu ditanya akan dalil, janganlah pula dia kecam atau bambu kerana yang bertanya itu hanya ingin mencari kebenaran dan menimba ilmu. Jika dia tidak tahu, jangan pula berasa malu kerana kita semua juga penuntut ilmu. Rasanya semua pun tahu. Alangkah indah beramal atas dasar ilmu.


Comments


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page