top of page

Mendahulukan Dalil Daripada Tokoh

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 12, 2017
  • 2 min read

Oleh : Ahmad Dailami Fauzi

Al-Imam asy-Syafi'e berkata:

كُلُّ مَا قُلْتُ فَكَانَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِلَافُ قَوْلِي مِمَّا يَصِحُّ ، فَحَدِيثُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْلَى، فَلَا تُقَلِّدُونِي.

"Segala sesuatu yang aku perkatakan dan ada dari Nabi SAW, sesuatu yang menyalahi perkataanku daripada apa yang sahih, maka hadis Rasulullah itu terlebih utama dan janganlah kalian bertaqlid kepadaku". (Riwayat Imam al-Baihaqi dalam Thabaqaat as-Syafi'iyyah, daripada Harmalah bin Yahya).

Satu jemaah manusia di Facebook dengan penuh taksub dan bangganya hari-hari memenuhkan status mereka dengan memaki hamun golongan yang mereka namakan "Wahabi" kerana perbuatan kelompok Wahabi itu meminta dalil mengenai masalah-masalah agama.

Lalu kelompok "Wahabi" ini dituduh sebagai berlagak pandai dan cuba menjadi "muhaddits jadi-jadian", setiap kali mereka dihadapkan dengan amalan-amalan yang diamalkan oleh masyarakat secara turun temurun tanpa sandaran nas. Mereka meminta dalil, tetapi mereka sendiri tidak faham apa itu dalil, tidak tahu ilmu sanad dan berbagai-bagai perkataan yang bersifat memperlekehkan mereka.

Hakikatnya yang menyuruh kita kembali kepada dalil ialah ulama-ulama mazhab juga hingga mereka dengan penuh rendah diri sanggup menyuruh manusia meninggalkan perkataan mazhab mereka sekiranya ditemui percanggahan dengan dalil.

Ini kerana golongan yang hanya pakar dalam bab memaki hamun itu tidak tahu mengenai hakikat agama mereka sendiri bahawa agama ini hanya ada dua sumber rujukan sahaja yang mesti dipegang, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya. Dan dalil-dalil yang membentuk dua perkara inilah yang menjadi lampu suluh kita semenjak zaman berzaman.

Para ulama juga hanya merujuk kepada dalil-dalil daripada kitab Allah dan sunnah Rasul. Sekiranya mereka perlu berhukum pada urusan yang tidak dijelaskan oleh mana-mana dalil. Mereka akan berijtihad dan mengeluarkan pendapat dan ijtihad para ulama boleh tersilap dan sekiranya ia telah dibuktikan silap, wajiblah ia ditinggalkan dan diambil pendapat lain yang betul. Dan soal pendapat mana yang betul atau salah tidak dapat ditentukan melainkan dengan meneliti pada dalil-dalil yang menyokong pendapat tersebut.


Comentarios


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page