top of page

Kerah Segala Daya Untuk Urusan Dunia, Tetapi Cukup Sekadar Bertaqlid Buta Untuk Akhirat?

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 15, 2017
  • 1 min read

Dalam urusan dunia, semua orang berebut untuk menjadi yang terbaik dan bersungguh-sungguh dalam menekuni dan berdedikasi terhadap matlamat duniawi. Namun, dalam urusan akhirat hanya sekadar bertaqlid, mengajak orang lain supaya cukup dengannya dan tidak perlu bersibuk lagi? Inilah kerancuan yang berlaku pada sebahagian umat yang menjadi pentaqlid yang tegar. Mereka begitu marah jika seseorang cuba melangkaui aliran taqlid dan mulai menganalisis dalil, tetapi mereka tidak pernah peduli jikalau orang yang bermatlamatkan duniawi mendorong dirinya untuk mencurahkan segala pengorbanannya.

Jika permintaan dalam urusan akhirat adalah untuk yang terbaik, mengapa menjadi kefaqihan ini hanya sekadar cukup menjadi biasa-biasa sahaja? Sedangkan menjadi kritis dalam pengetahuan dan beramal yang didasari dengan kefaqihan adalah tuntutan Allah dan Rasul-Nya yang mana puncaknya adalah mendapat kebaikan daripada Allah Ta'ala. Disebabkan terlalu lama dalam dunia rigid mereka, maka menjadi orang yang faqih kadangkala dia ingin menjadi penapis siapa yang dia rasa boleh dan yang tidak boleh. Itulah akibat mereka yang menjauhi pedoman al-Quran dan as-Sunnah.

Bahkan kita hairan apabila dengan sesama bukan Islam, mereka menggunakan kaedah kritis bagi memahamkan tentang hakikat agama ini dengan penganalisisan dalil, istidlal nas dan istinbat fiqh tetapi hanya sekadar menyuruh cukup untuk bertaqlid apabila sesama Muslim. Tentu sahaja ada yang tidak kena dalam perkara ini.


Comments


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page