top of page

Adakah Kita Hanya Mengikuti Kebenaran Hanya Di Tepi?

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 29, 2017
  • 2 min read

Firman Allah Ta'ala : وَإِذَا دُعُوا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ ﴿٤٨﴾ وَإِن يَكُن لَّهُمُ الْحَقُّ يَأْتُوا إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ ﴿٤٩﴾ أَفِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ ارْتَابُوا أَمْ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ اللَّـهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُ ۚ بَلْ أُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴿٥٠ "Apabila diserukan kepada Allah dan Rasul-Nya untuk mengadili antara mereka, tiba-tiba sekelompok daripada mereka berpaling. Jika ada kebenarandi sisi mereka, mereka datang kepadanya dengan rela. Adakah pada hati mereka ada penyakit atau mereka ragu-ragu atau mereka takut bahawa Allah dan Rasul-Nya menganiaya mereka? Bahkan mereka itulah orang yang zalim". (Surah an-Nur ayat 48-50). Seruan kepada al-Quran dan as-Sunnah tidak akan menzalimi mana-mana pegangan dan tokoh ikutan kita. Tetapi, kezaliman ialah keenganan untuk kebenaran setelah ditegakkan hujah ke atasnya. Al-Quran dan as-Sunnah merupakan rahmat dan keadilan. Jika kita mencari yang lain pasti akan tergelincir kepada kebatilan. Mengapa perlu bergegas untuk melarikan diri dan menjauhinya jika kita begitu mendambakan kebaikan dan kesejahteraan? Dan terus mencari-cari alasan supaya terselamat daripada pembongkaran ilusi yang telah lama sebati dalam kehidupan? Apakah kita mahu menjadi penyembah Allah di tepi yang hanya taat dan patuh pada yang menepati kemahuan kita? Lalu mencari alasan untuk tidak mendengar dan berpura-pura seolah-olah tidak tahu apabila ada penyelisihan terhadap diri? Rezeki kebenaran datang dengan jalan yang kita tidak sangka. Kita hidup di atas muka bumi milik Allah, bukan khayalan yang kita cipta.

Firman Allah Ta'ala : مِنَ النَّاسِ مَن يَعْبُدُ اللَّـهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ ﴿١١ "Sebahagian manusia ialah mereka yang menyembah Allah di tepi. Apabila dia memperoleh kebaikan, maka dia tenang dengannya. Apabila fitnah menimpanya, mereka berbalik ke belakang. Lalu dia rugi di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang nyata". (Surah al-Hajj ayat 11). Apakah kita hanya mengikuti al-Quran dan as-Sunnah apabila tokoh ikutan atau pendapat kita kebetulan berselaras dengannya? Tetapi mencari alasan, mengelak sedaya upaya dan berperasaan seolah-olah tidak wujud tatkala menyalahinya? Muhasabahlah ke arah mana keimanan kita.


コメント


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page