top of page

Al-Quran Dan Hadis Dalam Menerangkan Fenomena Alam Semula Jadi

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 29, 2017
  • 21 min read

Pertama : Langit Sebagai Atap Pelindung

Firman Allah Ta'ala :

وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَّحْفُوظًا ۖ وَهُمْ عَنْ آيَاتِهَا مُعْرِضُونَ ﴿٣٢

Dam Kami menjadikan langit sebagai atap yang terpelihara, namun mereka berpaling daripada tanda-tandanya". (Surah al-Anbiya' ayat 32).

Di sini Allah menerangkan bahawa langit mempunyai fungsi sebagai atap yang memelihara dan melindungi. Hal ini dapat dilihat daripada kefungsian atmosfera di atas permukaan bumi. Atmosfera di bumi terdapat pelbagai lapisan. Sebelum kita membincangkan lapisan-lapisan tersebut, kita perlu tahu terlebih dahulu sempadan yang dikira sebagai langit. Langit terletak di atas awan sepertimana yang dinyatakan dalam al-Quran :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿١٦٤

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di lautan dengan apa-apa yang bermanfaat bagi manusia serta apa yang Allah telah turun air daripada langit, lalu Dia menghidupkan bumi dengannya sesusah ia matinya. Dia menyebarkan dari segala jenis binatang di dalamnya (bumi). Dan pergerakan awan dan langit yang ditundukkan antara langit dan bumi benar-benar tanda-tanda bagi kaum yang berakal". (Surah al-Baqarah ayat 164).

Awan yang paling tinggi yang diketahui adalah awan jenis Noktiluken (Noctilucen Cloud) yang setinggi 82 kilometer daripada permukaan bumi dan ia terletak di lapisan atmosfera yang bernama Mesofera (Mesophere). (Rujuk : http://global.britannica.com/science/noctilucent-cloud dan http://earthsky.org/earth/night-shining-clouds-noctilucent-clouds-how-they-form-how-to-see-them).

Dengan itu, bahagian atmosfera yang kita dapat fokuskan adalah lapisan jenis Termosfera (Thermosphere). Ini kerana Termosfera terletak dalam 90 kilometer daripada permukaan bumi. (Rujuk : http://www.encyclopedia.com/topic/Thermosphere.aspx dan http://www.futurity.org/is-sun-causing-thermosphere-to-shrink/).

Adapun, lapisan Ekzosfera (Exosphere) yang terletak di atas Termosfera tidak mendapat kesepakatan saintis sama ada ia termasuk bahagian atmosfera bumi ataupun tidak. (Rujuk : http://scied.ucar.edu/shortcontent/exosphere-overview).

Dengan itu, saya merasakan ia tidak termasuk bahagian untuk difokuskan dalam perbincangan ini.

Temosfera lapisan atmosfera yang terpenting kerana ia adalah bahagian pertama matahari berinteraksi dengan lapisan atmosfera. (Rujuk : http://www.space.com/7685-earth-upper-atmosphere-cooling-dramatically.html dan http://www.futurity.org/is-sun-causing-thermosphere-to-shrink/).

Ia berfungsi sebagai pemintas dan penyerap foton Ultraviolet (EUV) dan X-Ray yang ekstrim daripada matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Apabila aktiviti solar meningkat dan mengeluarkan lebih banyak tenaga radiasi, Temosfera akan semakin panas, lalu ia menjadi kembang dan melontar radiasi itu. Hal ini kerana ia mengandungi molekul oksigen yang menyerap tenaga daripada sinaran matahari yang mana ia menyebabkan suhu di sana begitu panas sehingga mencapai 1000 darjah selsius dan ia melontar radiasi itu dalam bentuk tenaga infrared. (Rujuk : http://www.astrobio.net/topic/solar-system/earth/spaceship-earth/the-collapse-of-the-thermosphere/, http://www.space.com/7685-earth-upper-atmosphere-cooling-dramatically.html dan http://www.encyclopedia.com/topic/Thermosphere.aspx).

Tanpa lapisan ini, sudah tentu hidupan di bumi akan binasa. Khususnya bagi manusia akan mendapat katarak dan kanser kulit. (Rujuk : http://earthobservatory.nasa.gov/Features/UVB/).

Kesan-kesan yang lain adalah ia merosakkan proses fotosintesis bagi tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan terbantutnya saiz, produktiviti dan kualiti pada tumbuhan. Pada bahagian ekosistem akuatik pula, apabila ia menerima lebihan Ultraviolet, ia akan merosakkan produktiviti Phytoplankton. Dan banyak lagi kesan-kesan buruk tanpa adanya lapisan ini. (Rujuk : http://earthobservatory.nasa.gov/Features/UVB/uvb_radiation2.php)

Dengan itu, ini membuktikan mukjizat Rasulullah SAW yang benar-benar datang daripada Allah dalam mempamerkan kebenaran dan kekuasaan-Nya. Jikalau ianya suatu rekaan daripada khayalan atau pendapat peribadi semata-mata, boleh jadi bumi itu sama sekali tidak mempunyai atmosfera atau tanpa atap sepertimana lubang botol yang tidak mempunyai penutup. Namun, Allah tidak berkehendak untuk berlakunya hal tersebut bagi membuktikan kekuasaan dan kebenaran-Nya.

Hakikat pengetahuan atmosfera ini tidak digapai pada zaman dahulu kala seperti Aristotle dan Plato. (Rujuk : http://aerosols.ucsd.edu/classes/sio217a/ROASTpapersFa06.pdf dan http://education.seattlepi.com/discovered-earths-atmosphere-5984.html).

Kedua : Turunnya Besi

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّـهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴿٢٥

"Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan bukti yang nyata dan Kami turunkan kitab dan neraca bersama mereka agar manusia berdiri dengan adil. Dan Kami turunkan besi yang padanya kekuatan dan keras dan beberapa manfaat kepada manusia dan agala Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya dan Rasul-Nya dalam keadaan tidak terlihat. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Surah al-Hadid ayat 25).

Sebelum itu, perlulah kita tahu apabila merujuk kepada besi, maka di sini ada tiga perkataan yang perlu diperhatikan, iaitu logam (metal) besi (iron) keluli (steel)

Logam adalah elemen kimia yang asli yang mempunyai kondukter elektrik dan haba disebabkan cara atom berhubung (ikatan logan - metal bond). Kebanyakan logam boleh ditemui dalam bentuk pepejal pada semulajadi, kecuali merkuri yang mana ia adalah cecair. Dalam jadual elemen periodik, logam merangkumi dua per tiga elemen kimia yang diketahui. Manakala besi adalah elemen semulajadi yang mana mempunyai kilauan perak ketika keadaan yang asli dan ianya lembut secara relatif serta mempunyai simbol Fe (Ferum). Disebabkan adanya tindak balas semula kimia, pada semulajadinya ia boleh ditemui terutamanya pada mineral bercampur dengan elemen lain. Ianya tergolong dalam kumpulan asas logam. Memandangkan besi adalah logam, maka ia agak sukar untuk membezakan antara besi dan logam. Kesimpulan yang dapat dilakukan adalah besi termasuk daripada logam, manakala logam tidak semestinya hanya pada besi. (Rujuk : http://e-metallicus.com/en/metal/steel/metal-steel-and-iron-is-there-a-difference.html).

Manakala keluli adalah gabungan daripada dua atau lebih elemen yang berlainan. (Rujuk : http://pediaa.com/difference-between-iron-and-steel/).

Namun, saya mendapati tidak ada perbezaan, mahupun persamaan yang sangat ketara antara logam, besi dan keluli kerana masing-masing mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan masing-masing juga mempunyai pecahan antara satu sama lain. Perbezaan logam dan besi dengan keluli adalah logam dan besi adalah elemen kimia yang asli, sedangkan keluli bukanlah elemen kimia yang asli. Sebahagian mereka cuba membuang sepenuhnya bahawa keluli bukanlah kategori logam, namun bagi saya ia tidaklah dibuang sepenuhnya memandangkan keluli terdiri daripada elemen-elemen kimia yang asli, cuma ianya adalah gabungan daripada elemen yang berbeza, bukanlah keluli itu elemen asli yang tersendiri.

Apapun, jika kita ingin mengambil dua makna yang berbeza (iaitu logam dan besi dengan keluli), maka ini tetap menunjukkan mukjizat Rasulullah SAW. Telah kita dapati bahawa turunnya besi (dengan makna Metal ataupun Iron) itu adalah melalui meteorit. Meteorit menurut Oxford Advanced Learner's Centre Dictionary, edisi Kelapan, 2010 adalah serpihan batu daripada angkasa jatuh ke permukaan bumi. Ini membezakan antara meteor yang mana ia didefinisikan sebagai serpihan batu daripada angkasa yang menghasilkan garis bercahaya melewati pada waktu malam yang terbakar ketika jatuh ke atmosfera bumi. Namun, ia tidak menghempas ke permukaan bumi.

Komponen pada meteorit jenis meteorit besi adalah terdiri daripada nikkel yang asli dan juga besi dengan beberapa yang lain seperti grafit dan mineral trollite, yang mana ia berasal daripada di dalam inti metal asteoroid. (Rujuk : http://fireballsinthesky.com.au/fact-sheets/types-of-meteorite/).

Jika, kita ingin memakai makna keluli, ini juga membuktikan kebenaran mukjizat Rasulullah SAW. Sekalipun, keluli bukanlah elemen yang pernah direkodkan dalam karakteristik pada meteorit. Namun, ini adalah penggunaan majaz mursal sabbabiyyah sepertimana yang boleh difahami pada ungkapan ini :

بنى إسماعيل كثيرا من المدارس بمصر

"Isma'il membangunkan banyak madrasah di Mesir".

Isma'il tidaklah membangungkan sendiri madrasah di Mesir melainkan beliau hanya memerintahkan pembangunannya atau dengan bantuan pekerja di bawahnya untuk membangungkannya. Seperti juga dengan hal ini, Keluli yang bersifat keras sehingga boleh membina bangunan, kapal dan sebagainya adalah terdiri daripada besi. Penurunan besi yang bersifat lembut adalah majaz mursal bersifat sabbabiyyah kerana ia boleh menjadi sesuatu yang keras. Dan ini terbukti kerana Allah tidak menyebut "الحديد البأس الشديد" yang mana besi itu sememangnya bersifat kuat dan keras. Tetapi Allah menyebutkan "الحديد فيه بأس شديد", ia bermakna padanya ada sesuatu yang boleh menjadikan kuat dan keras. Ini boleh difahami melalui ayat ini :

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَىٰ وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلَائِكَةُ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٤٨

Para Nabi mereka berkata kepada mereka, "Sesungguhnya tanda-tanda kepimpinannya adalah akan datang sebuah kotak kepada kamu semua yang di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhan kalian dan sisa peninggalan daripada apa-apa yang ditinggalkan keluarga Musa dan keluarga Harun dibawa oleh malaikat". Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kamu semua jika kalian orang-orang yang beriman. (Surah al-Baqarah ayat 248).

Pada ayat ini menyatakan bahawa di dalam kotak tersebut bukanlah secara literalnya bermaksud terdapat ketenangan, tetapi ia bermaksud di dalam kotak itu ada sesuatu yang memberikan ketenangan kepada seseorang. Demikian juga untuk hal ini.

Jikalau ingin memakai bahawa besi itu benar-benar bersifat berat dan keras, ini tidak bertentangan apabila kerana meteorit besi tidaklah dihantar dengan jumlah yang sedikit. Apabila ia jatuh ke bumi, ia datang dengan kuantiti yang banyak sehingga menjadi berat. Sekaligus ia mempunyai kekerasan dan kekuatan. (Rujuk : http://geology.com/meteorites/meteorite-types-and-classification.shtml).

Bahkan saintis berpendapat bahawa kebanyakan unsur logam yang kita lihat hari ini adalah disebabkan impak asteroid pada bumi. Para saintis mengkaji batu kuno daripada Isua, Greenland untuk melihat bagaimana planet berubah sepanjang masa dan semenjak bila logam berharga ini masuk ke dalam bumi. Analisis mereka mendedahkan bahawa komposisi bumi telah berubah secara dramatik dalam 3.9 billion tahun yang lalu. Era yang penuh dengan violen ini dikenali sebagai "Bedilan Bertubi-tubi Kuno" (Late Heavy Bombardment) ketika segerombolan asteroid menghentam bumi dan beberapa bahagian dalaman planet. Kesemua segerombolan asteroid ini membawa sejumlah logam yang berharga. Matthias Willbord, seorang ahli geologi di Universiti Bristol di England berkata, "Ini adalah proses yang mana kita mempunyai kebanyakan elemen yang berharga yang boleh diakses di bumi pada hari ini". (Rujuk : http://www.livescience.com/15938-earth-precious-metals-space-origin.html).

Ketiga : Merasa Sesak Di Tempat Yang Tinggi

فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّـهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿١٢٥

"Barangsiapa yang Allah mengkehendaki untuk memberi petunjuk padanya, dilapangkan dadanya untuk Islam. Barangsiapa yang dikehendaki untuk disesatkannya, dijadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah seperti ia mendaki ke langit. Demikian Allah menimpakan seksa ke atas orang-orang yang tidak beriman". (Surah al-An'am ayat 125).

Ini adalah mukjizat yang sangat agung dan hal ini benar-benar kebenaran yang agung. Sesungguhnya, ini bukanlah pendapat peribadi semata-mata, tetapi wahyu yang benar. Kefahaman sebenar tentang sesaknya dada tatkala mendaki tempat yang tinggi belum dibuktikan secara saintifik melainkan pada zaman kini. Jikalau wujud sekalipun, kemungkinan sekali ia masih dalam andaian yang belum terbukti tepat, pengalaman peribadi dan juga pendapat peribadi semata-mata. Namun, Allah memperlihatkan bahawa Rasul-Nya berdiri di atas kebenaran.

Peratus oksigen di udara pada dua batu (3.2 kilometer) adalah sama dengan dengan paras laut, iaitu 21%. Walaubagaimanapun, tekanan udara menjadi lemah sebanyak 30% di tempat yang tinggi kerana atmosfera sangat kurang ketumpatannya, iaitu molekul udara semakin saling berjauhan. Apabila kita bernafas di paras laut, tekanan atmosfera adalah sekitar 14.7 pound per square (1.04 per cm^2) membolehkan oksigen sangat mudah untuk melepasi melalui pori yang bersifat selektif pada membran paru-paru ke dalam darah. Di tempat yang tinggi, tekanan udara yang rendah menyebabkan kesukaran bagi oksigen untuk memasuki ke dalam sistem vaskular. Ini menyebabkan Hypoksia atau kemelesetan oksigen. Ketika kita mendaki kawasan gunung yang tinggi, badan kita pada mulanya akan membentuk respons psikologi. Di situ berlakunya pertambahan dalam pernafasan dan degupan jantung sebanyak dua kali ganda, walaupun ketika berehat. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin kuat ketikamana jantung berdegup dengan pantas untuk mendapatkan oksigen. (Rujuk : http://anthro.palomar.edu/adapt/adapt_3.htm).

Oleh kerana disebabkkan kurangnya oksigen, badan kita perlu bernafas lebih banyak untuk mendapatkan amaun yang sama dengan molekul yang diperlukan. Ini menyebabkan pengurangan dalam pernafasan, kesakitan dan kepenatan sebagai penunjuk kesakitan ketinggian. Di tempat yang tinggi, tekanan udara di luar adalah rendah berbanding dengan di dalam paru-paru yang membuatkan lebih sukar untuk menarik udara yang nipis dan juga untuk jantung mengepam oksigen ke dalam badan. (Rujuk : http://scienceline.org/2015/02/why-do-you-feel-so-awful-at-high-altitudes/).

Keempat : Gunung Tidak Statik

Firman Allah Ta'ala :

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّـهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ ﴿٨٨

"Dan kamu melihat gunung, lalu kamu mengira ianya statik, walhal ia bergerak seperti bergeraknya awan. Allah memperbuat semua itu yang Dia sempurnakan segala sesuatu. Sesungguhnya Dia Maha Teliti terhadap apa yang kalian kerjakan". (Surah an-Naml ayat 88).

Ini adalah mukjizat yang agung dipersembahkan oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya ini bukanlah lagi kata-kata dongengan, bahkan ia wahyu yang agung daripada Allah Ta'ala. Pada zaman baginda, belum terbukti secara saintifik bahawa ia selari dengan hakikatnya serta belum ada kemampuan yang secukupnya untuk membuktikan hal ini secara fakta. Namun, pada hari ini, apa yang telah dikhabarkan selari dengan penemuan hari ini. Jikalau ianya batil, boleh jadi apa yang diutarakan Geosentrik itu lebih benar daripada apa yang dinyatakan oleh Heliosentrik. Namun, Allah tidak mengkehendaki akan hal itu kerana Dia berkehendak untuk mempamerkan kebenaran-Nya kepada hamba-Nya. Penerangan ini boleh dilihat pada dua penulisan ini yang membuktikan heliosentrik lebih tepat :

1. http://www.wired.com/2014/04/how-do-we-know-the-earth-orbits-the-sun/

2. http://scienceblogs.com/startswithabang/2012/09/18/how-the-earth-moves-and-how-do-we-know/

Sebahagian orang cuba menyanggah bahawa yang dimaksudkan adalah gunung itu sendiri, bukan pada bumi keseluruhannya. Maka, di sini ada dua jawapan terhadapnya.

Pertama, bersandarkan teori relatif khas yang dikemukakan oleh Albert Einstein, kita boleh menganalogikan dengan seorang penumpang di sebuah kereta api. Walaupun kereta api tersebut bergerak, penumpang masih berada di dalam kedudukan kordinat di dalam kereta api tersebut. Tetapi, penumpang itu hanya akan sedar kereta api tersebut sedang bergerak sekiranya melihat kepada titik rujukan di luar kereta pi itu sendiri. Oleh itu, dengan mengambil bumi sebagai titik rujukan, kita dan gunung-ganang berada dalam titik rujukan yang sama. Disebabkan itu, kita tidak dapat merasai sebarang perubahan dan mengandaikan pergerakan tidak berlaku. Sekiranya kita berada di luar daripada titik rujukan ini, iaitu di angkasa, kita dapat melihat gunung-ganang itu bergerak disebabkan bumi berputar dan beredar di atas paksinya. (Rujuk: Majalah Infiniti, edisi ke-31 Disember 2011, m/s 81, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd).

Kedua, dengan penjelasan tadi, maka fahamlah kita bahawa ia sebenarnya adalah majaz disebabkan titik rujukan. Umpama kita berada di atas kapal terbang, lalu seseorang berkata bahawa hakikatnya kerusi itu sedang bergerak, sedangkan audien yang melihat pada zahirnya melihat bahawa kerusi itu tidak bergerak. Demikianlah persamaan pada sudut maksud yang ingin disampaikan. Bahkan, sebenarnya tidak berhak seseorang mengatakan bahawa matahari itu terbenam, padahal pada hakikatnya bukan matahari itu terbenam, tetapi ia adalah disebabkan fenomena perubahan pusingan bumi sehingga sebahagian daripada area bumi tidak memperoleh cahaya matahari. Begitulah majaz yang diterima dan digunapakai seharian.

Atau kita boleh melihat dengan perspektif yang lain. Alfred Wegener, seorang ahli geofizik dan meteorologi memperkenalkan pergerakan benua kepada bidang geo-sains di samping memperkenalkan hanyutan benua (continental drift). Beberapa dekat kemudian, saintis mengesahkan beberapa idea Wegner, seperti kewujudan benua super yang mencantumi seluruh tanah menjadi satu. Pangea dahulunya benua super yang terbentuk lebih kurang 300 juta tahun dahulu. Antara benua super yang lain adalah yang dipanggil Rodinia yang terbentuk lebih kurang 1 bilion tahun yang lalu. Kemudian, ia terpisah disebabkan pengglasieran (glaciation) yang dipanggil Bumi Berbola Salji (Rujuk : http://www.livescience.com/37529-continental-drift.html dan http://www.livescience.com/37706-what-is-plate-tectonics.html).

Hanyutan benua boleh terjadi disebabkan letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami. Hari ini tektonik plat dan juga hanyutan benua membentuk rangka pembelajaran dalam gelogi dan bumi. Ia adalah haba yang dihasilkan oleh pereputan radioaktif di dalam bumi yang menjadi penyebab proses ini. Di pusat bumi terdapat uranium dan atom berat yang mereput dan melepaskan tenaga. Inilah sebab teras bumi begitu panas. Batuan panas di teras berubah menjadi cecair likat, iaitu magma yang boleh terangkut ke atas melalui batu yang lebih sejuk di atas magma. Magma terangkut ke atas melalui mantel dan menyebar ke permukaan untuk membentuk lantai laut. Ketika lantai laut bergerak, ia menolak benua bersama. (Rujuk : http://www.historyoftheuniverse.com/?p=condrift.htm).

Kelima : Bumi Itu Bukan Datar

Firman Allah Ta'ala :

رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ ﴿١٧

"Tuhan dua tempat matahari terbit dan dua tempat matahari terbenam". (Surah ar-Rahman ayat 17).

"Seandainya bumi itu datar, maka semestinya hanya ada satu tempat terbit dan satu pula tempat terbenam di atas permukaan bumi ini. Tetapi, disebabkan bumi ini bulat, maka ketika matahari berada di timur bumi, ia akan menyinari sisi bahagian timur bumi sahaja, lalu menjadikan gelap pada sisi bumi bahagian barat kerana terhalang mendapat cahaya. Demikian pula yang terjadi sebaliknya. Ketika matahari terbit pada bahagian barat bumi, ia hanya akan menyinari bahagian barat sahaja, sementara bahagian timur bumi mengalami kegelapan kerana terhalang mendapat cahaya matahari. Inilah kenyataan yang boleh terjadi apabila bumi ini bentuknya bulat sesuai dengan pernyataan ayat di atas". (Rujuk: Mukjizat Ilmiah Dalam al-Qur'an, Muhammad Kamil 'Abdushshamad m/s 72-73, terbitan Akbar Media Eka Sarana, 2003).

Keenam : Matahari Di Paksinya

Firman Allah Ta'ala

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ﴿٣٨

"Dan matahari bergerak di tempat baginya. Demikian itu ketetapan yang Maha Luhur lagi Maha Agung". (Surah Yasin ayat 38).

Ini telah pun jelas dalam penemuan hari ini yang membuktikan matahari bukanlah objek yang kaku di angkasa sekalipun bumi ini beredar di paksinya. Para astronomi menyatakan bahawa matahari mengambil 226 juta tahun bagi melengkapkan edaran orbitnya di galaksi Milky Way. (Rujuk : http://www.universetoday.com/18028/sun-orbit/).

Ketujuh : Cahaya Bintang Dan Sinaran Bulan

Firman Allah Ta'ala :

تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا ﴿٦١

"Maha Berkat yang menjadi bintang-bintang di langit dan dia menjadikan penyala baginya dan bulan sebagai sinaran". (Surah al-Furaqan ayat 61).

Firman Allah Ta'ala :

جَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا ﴿١٦

"Dia jadikan bulan yang bersinaran padanya dan Dia menjadikan matahari sebagai penyala". (Surah Nuh ayat 16).

Melalui kedua-dua ayat tersebut, Allah membezakan antara "Siraj" (سراج) dan "Munir" (منير) walaupun kedua-duanya mempunyai makna persamaan cahaya. Pembezaan ini pasti ada mesej dan mesej itu ialah masing-masing berbeza sumber cahayanya. Sebelum melanjutkan keterangan, Allah Ta'ala menyifatkan bintang sebagai lampu :

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ ۖوَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ ﴿٥

"Benar-benar sesungguhnya Kami perhiaskan langit dunia dengan lampu-lampu dan kami menjadikannya sebagai perejam untuk syaitan. Kami sediakan azab yang membara bagi mereka". (Surah al-Mulk ayat 5).

Bahkan, kamus Arab juga menyamakan antara "Misbah" (مصباح) dan "Siraj" (سراج), yakni kedua-duanya bermaksud lampu sepertimana dalam Kitab al-'Ain, al-Khalil bin Ahmad al-Basri, jilid 3, m/s 126, Dar wa Maktabah al-Hilal, tahqiq Dr. Mahdi al-Makhzumi dan Dr. Ibrahim as-Samara-i; Al-Munjid Fi al-Lughah, 'Ali bin al-Hasan al-Huna-i, m/s 331, 'Alim al-Kutub, Kaherah, tahqiq Dr. Ahmad Mukhtar 'Amru dan Dr. Dhohi 'Abdul Baqi; Mu'jam Diwan al-Adab, Ishaq bin Ibrahim al-Faribi, jilid 1, m/s 304, Muassasah Dar as-Sya'b Li as-Sohhafah wa at-Thoba'ah wa an-Nasyr, Kaherah; Tahzib al-Lughah, Abu Mansur al-Azhari, jilid 4, m/s 156, Dar Ihya' at-Turats al-'Arabi, Beirut, tahqiq Muhammad 'Audh Mar'ab; as-Sohhah Ta al-Lughah wa Sohhah al-'Arabiyyah, Abu Nasr al-Farabi, jilid 1, m/s 380, Dar al-'Ilmi Li al-Mulayin, Beirut, tahqiq Ahmad 'Abdul Ghafur 'Aththor; Al-Muhkam al-Muhith al-A'zhom, Abu al-Hasan 'Ali bin Isma'il, jilid 3, m/s 169, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Hamid Handawi dan banyak lagi.

Yang ingin dinyatakan bahawa sumber cahaya pada bintang adalah dirinya sendiri, manakala sumber cahaya bulan bukan dari dirinya sendiri. Ini terbukti bahawa cahaya bulan bukan berasal dari dirinya, tetapi ia pantulan dari matahari. (Rujuk : http://www.livescience.com/45979-why-does-the-moon-shine.html).

Manakala bintang, termasuk matahari terdiri daripada plasma yang panas kebanyakannya terdiri daripada hidrogen dan helium bersama beberapa jumlah elemen yang dikesan. Graviti yang kuat menahan bintang dan memadatkannya ke dalam. Tenaga graviti yang kuat menyebabkan keraknya menjadi hangat sehingga mencecah 15 juta kelvin dan pelakuran hidrogen mulai terjadi. Pada proses pelakuran ini, atom hidrogen saling melanggar melalui proses multiperingkat untuk membentuk helium. Tindak balas ini menghasilkan jumlah tenaga yang banyak berbentuk sinar gamma. Sinar gamma ini terperangkap di dalam bintang dan mereka menolak ke luar melawan kontraksi daya graviti. Sinar gamma melompat keluar di sekeliling bintang mencuba untuk keluar. Mereka diserap oleh satu atom dan memancarkan lagi. Ini boleh terjadi banyak kali dalam sesaat dan satu foton kadangkala mengambil masa 100,000 tahun untuk keluar dari kerak menuju ke permukaan. Apabila foton keluar dari keraknya, ia kehilangan sebahagian tenaga menjadi foton ringan yang terlihat jarak gelombangnya dan tidak menjadi sinar gamma sepertimana permulaannya. Foton ini melompat keluar dari permukaan bintang dan menuju terus ke angkasa. Mereka mampu bergerak selamanya selagimana tidak terhadang oleh apapun. Inilah asal usul cahaya. (Rujuk : http://www.universetoday.com/25179/what-is-the-light-from-stars/ dan http://www.universetoday.com/25334/why-do-stars-shine/).

Kelapan : Kemabukan Di Angkasa

Firman Allah Ta'ala :

وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا مِّنَ السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ ﴿١٤﴾ لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَّسْحُورُونَ ﴿١٥

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka salah satu pintu langit, lalu mereka terus naik ke atasnnya, pasti mereka berkata, "Bahawasanya pandangan kami dimabukkan, bahkan kami adalah orang yang terkena sihir". (Surah al-Hijr ayat 14-15).

Merasa kemabukan atau pening ini fenomena yang biasa berlaku bagi para astronaut ketikamana mereka berada di ruang angkasa pada tempoh permulaan. Hal ini kerana cecair di telinga mereka terapung di graviti kosong berbanding hanya kekal ketikaman di bumi. (Rujuk : http://www.popularmechanics.com/space/news/a21345/why-astronauts-cant-get-dizzy-in-space/).

Kesembilan : Kegelapan Laut Dan Ombak Internal

Firman Allah Ta'ala :

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّـهَ عِندَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّـهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿٣٩﴾ أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّـهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ ﴿٤٠

"Orang-orang yang kafir, pada amalan-amalan mereka seperti fatamorgan di tanah datang yang orang haus menyangka ia adalah air sehingga apabila ia datang kepadanya, tidaklah ia memperoleh sesuatu dan dia mendapati Allah di sisinya, lalu Allah menyempurnakan hitungannya. Allah Maha Pantas perhitungan-Nya. Atau seperti kegelapan di lautan yang dalam yang ombak menutupinya yang ombak lain menutupinya yang awan gelap di atasnya. Sebahagiannya adalah kegelapan di atas sebahagian yang lain. Jika dia mengeluarkan tangannya, maka hampir-hampir dia tidak melihatnya. Barangsiapa yang Allah tidak memberikan cahaya kepadanya, maka dia tidak mendapat cahaya baginya". (Surah an-Nur ayat 40).

Di sini Allah menggambarkan dua keadaan yang realitinya sememangnya wujud. Pertama, lautan dalam mempunyai bahagian kegelapan. Cahaya matahari mampu menembusi kedalaman lautan sejauh satu kilometer di bawah kondisi yang sesuai, tetapi sedikit sahaja cahaya yang menembusi pada kedalaman 200 meter. (Rujuk : http://oceanservice.noaa.gov/facts/light_travel.html).

Pembuktian ini sangat sukar untuk dilakukan memandangkan rekod penyelaman yang paling dalam oleh seseorang tanpa peralatan bantuan renang cumalah 100 meter. (Rujuk : http://www.livescience.com/29898-freediving-world-record-broken-101214.html).

Ini bermaksud, sangat sukar sekali kajian ini boleh dibuktikan secara tahqiq. Maka, jelas membuktikan bahawa pernyataan al-Quran selari dengan sains moden.

Manakala, lapisan ombak yang kedua atau ombak internal juga telah dibuktikan. Ombak itu boleh terjadi di bahagian mana-mana kedalaman dan mana-mana bahagian laut yang bergerak sepantas orang yang berjoging dan ketinggian itu boleh mencapai 305 meter serta mampu bergerak sejauh 2414 kilometer. Ia terjadi kerana ombak di permukaan yang membadai kembali ke laut dan ke bahagian dalam melewati pergunungan lautan dalam. (Rujuk : http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2929852/Mystery-underwater-waves-tall-SKYSCRAPERS-Scientists-unravel-happens-internal-waves-hit-land.html dan http://www.livescience.com/42459-huge-ocean-internal-waves-explained.html).

Kesepuluh : Tempat Berkembangnya Janin

Firman Allah Ta'ala :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

Wahai manusia! Jika kalian dalam keraguan tentang hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami menjadikan kalian daripada tanah, kemudian daripada nutfah, kemudian daripada darah, kemudian daripada sepotong daging yang diciptakan dan tidak diciptakan untuk menjelaskan kepada kalian. Dan Kami menetapkan apa-apa yang Kami kehendaki di rahim-rahim sehingga waktu yang ditentukan". (Surah al-Hajj ayat 5).

Arham (أرحام) merupakan jamak kepada rahim (رحم). Rahim juga mempunyai perkaitan dengan al-Mahbil (مهبل). Rahim terletak berdekatan dengan faraj sepertimana yang dinyatakan dalam al-Mukhassos, Abu al-Hasan 'Ali bin Isma'il al-Mursi, jilid 1, m/s 165, Dar Ihya' at-Turats al-'Arabi, Beirut, tahqiq Khalil bin Ibrahim Jaffal; Al-Kanz al-Lughawi Fi as-Lisan al-'Arabi, Abu Yusuf Ya'qub bin Ishaq, m/s 229, Maktabah al-Mutanabbi, Kaherah; Takammulah al-Ma'ajim al-'Arabiyyah, jilid 1, m/s 410, Wizarah ats-Tsaqafiyyah wa al-A'lam; Al-Mu'jam al-Wasith, jilid 2, m/s 970, Dar ad-Da'wah; Mu'jam Lughah al-Fuqaha', Muhammad Rawas Qal'aji dan Hamid Sodiq Qanibi, m/s 466, Dar an-Nafa-is Li at-Thoba'ah wa an-Nasyr wa at-Tauzi'; Khalq al-Insan al-Asma'i, m/s 23 dan Al-Muhith Fi al-Lughah, Abu al-Qasim Ibn 'Abbad, m/s 310.

Sememangnya janin berkembang pada bahagian rahim, iaitu uterus setelah berlakunya persenyawaan telur di tiub fallopian yang kemudian bergerak kepada bahagian itu. (Rujuk : http://www.webmd.com/baby/understanding-conception#1).

Kesebelas : Proses Perkembangan Janin

Firman Allah Ta'ala :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

Wahai manusia! Jika kalian dalam keraguan tentang hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami menjadikan kalian daripada tanah, kemudian daripada nutfah, kemudian daripada darah, kemudian daripada sepotong daging yang diciptakan dan tidak diciptakan untuk menjelaskan kepada kalian. Dan Kami menetapkan apa-apa yang Kami kehendaki di rahim-rahim sehingga waktu yang ditentukan". (Surah al-Hajj ayat 5).

Firman Allah Ta'ala :

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّـهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ ﴿١٤

"Kemudian, Kami jadikan darah selepas nutfah. Kemudian, Kami jadikan daging selepas darah. Kemudian, Kami jadikan tulang selepas daging. Kemudian, Kami meliputkan tulang belulang itu dengan daging. Kemudian, Kami jadikan penciptaan yang selanjutnya. Maka, Maha Berkat Allah yang sebaik-baik penciptaan". (Surah al-Mukminun ayat 14).

Pada minggu pertama hingga kedua, cakera embrio (embryonic disc) adalah permulaan peringkat perkembangan embrio yang awal. Pada waktu ini model baharu saluran darah mula disediakan ketika penempelan (implantation). Kemudian pada hujung minggu kedua dalam lingkungan hari ke-13 hingga ke-14 , vilus korioni (chorionic villi) trofoblas menawan desidua ibu menghasilkan tasik berdarah ibu. Waktu ini juga terdapat indikasi pembentukan pembuluh darah di vilus dan juga berlakunya pulau darah di vesikal umbilikus. Kemudian, pada minggu ketiga dalam lingkungan hari ke-19 hingga ke-21, somit yang menjadi pelopor kepada pembentukan struktur yang penting yang berkaitan dengan perancangan tubuh bertulang belakang dan akan membezakan dermis, otot rangka, rawan, tendon dan tulang belakang mulai terbentuk. Pada waktu ini juga, terdapat tiga sel berbeza dapat dibahagikan. (Rujuk : https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_5, https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_6, https://embryo.asu.edu/pages/somites-formation-and-role-developing-body-plan dan http://www.scienceclarified.com/El-Ex/Embryo-and-Embryonic-Development.html)

Pertama, ektoderma yang menghasilkan sistem saraf, lapisan kulit, sel berpigmen, kawasan kepala yang menjadikan sistem deria dan endokrin pada waktu ini mula terzahirnya plat saraf kawasan otak yang mula mengembang serta melipat notokord. Kedua, mesoderma yang menghasilkan tulang, otot rangka, pembuluh darah, rawan, kelenjar endokrin, otot jantung, korteks ginjal, sendi, organ urogenital, testikal, tiub Fallopio dan lain-lain pada waktu ini dapat dilihat akan meoderma splanknik prakord mula membentuk kawasan kardiogenik yang merupakan jantung julung (primordial heart) yang akan membangun. Ketiga, endoderma yang menghasilkan epitilia dan kelenjar bagi saluran gastrousus, saluran pernafasan dan pundi renal pada waktu ini masih membuka luas kantung yolka dan sel germa membentuk bahagian lapisan ini. Lebihan mesoderma embrio pada permukaan kantung yolka mula menghasilkan pulau darah. (Rujuk : https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Ectoderm, http://www.sciencedirect.com/topics/page/Mesoderm, https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Endoderm dan https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_9).

Pada minggu keempat dalam lingkungan hari ke-22 dan ke-23, bahagian saraf pada endoderma mula melipat lebih dalam hampir mendekati garis tengah, saraf lipatan melakur, plat saraf melipat secara ventral pada kawasan otak. Manakala, pada bahagian mesoderma pula, simitogenesis meneruskan pensegmenan mesoderma parapaksi Waktu ini juga korda spinal terhasil. Pada hari lingkungan ke-23 hingga ke-26, tiub saraf mula menutup pada bahagian esdoderma dan mula mengembangkan korda spinal serta mengembangkan tulang belakang. Pada hari lingkungan hari ke-26 hingga ke-30 , jantung, hati, umbilikal dan anggota atas yang awal mula tampak. Pada minggu ke-5 dalam lingkungan hari ke-31 hingga ke-35, jantung, hati, tali pusat dan mesonfrik mula menebal. Begitu juga bahagian anggota atas dan bawah mula bertunas. Pada hari ke-35 hingga ke-38, bahagian anggota atas dan bawah mula menyadur. Pada minggu kelima juga, janin telah memperoleh kesemua bahagian organ internal. Mulut, perut dan pundi kencing mulai terbentuk. Batang hidung dan lensa mata mulai mewujud. Bahagian otak dan kepala berkembang pada waktu ini(Rujuk : https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_10, https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_11, https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_12#Events, https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_15 dan http://www.scienceclarified.com/El-Ex/Embryo-and-Embryonic-Development.html)

Kesimpulan yang dapat dilakukan ialah proses perkembangan janin ialah darah dijadikan selepas nutfah. Kemudian, penciptaan daging khususnya bahagian otak dan jantung mula membangun.

Kemudian, tulang, iaitu tulang belakang pula yang berkembang. Allah menggunakan 'Izhom (عظام) yang merupakan jamak kepada 'Azhm (عظم) yang merujuk kepada banyak tulang. Sememangnya tulang belakang mempunyai 33 batang tulang. (Rujuk : https://www.mayfieldclinic.com/PE-AnatSpine.htm).

Kemudian, tulang itu dilitupi pula oleh daging yang lain.

Kedua Belas : Proses Perkembangan Janin Dalam Tempoh Empat Puluh Hari

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ الْهَمْدَانِيُّ - وَاللَّفْظُ لَهُ - حَدَّثَنَا أَبِي ، وَأَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، قَالُوا : حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ : بِكَتْبِ رِزْقِهِ ، وَأَجَلِهِ ، وَعَمَلِهِ ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، فَيَدْخُلُهَا ، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، فَيَدْخُلُهَا

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; Telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dan Waki' -riwayat lain- Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Abdullah bin Numair al-Hamadani -lafaz ini miliknya- Telah menceritakan keapda kami ayahku, Abu Mu'awiyah dan Waki', mereka berkata; Telah menceritakan kepada kami al-A'mash, daripada Zaid bin Wahb, daripada 'Abdullah, dia berkata; Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami dan baginda ialah orang yang benar lagi dibenarkan, "Sesungguhnya setiap daripada kalian dijadikan penciptaannya di perut ibu selama empat puluh hari. Kemudian terjadinya darah dalamnya tempoh itu juga. Kemudian, terjadinya daging di dalamnya tempoh itu juga. Kemudian, diutuskan malaikat, lalu ditiupkan ruh kepadanya. Kemudian dia ditetapkan empat perkara, iaitu ditulis rezekinya, mautnya, amalannya, sengsara atau bahagia. Demi yang tiada tuhan melainkan-Nya! Sesungguhnya salah seorang daripada kamu beramal dengan amalan ahli syurga serta tidak terjarak antara dia dengan syurga melainkan sejengkal, lalu ditetapkan takdir ke atasnya, kemudian dia beramal dengan ahli neraka, lalu dia masuk ke dalamnya. Sesungguhnya salah seorang daripada kalian beramal dengan amal ahli neraka sehingga tidak terjarak antara dia dengan neraka melainkan sejengkal, lalu ditetapkan takdir ke atasnya, lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga dan dia masuk ke dalamnya". (Sahih Muslim, kitab al-Qadr, no. 4910).

حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ الْمَكِّيِّ ، أَنَّ عَامِرَ بْنَ وَاثِلَةَ ، حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ ، يَقُولُ : الشَّقِيُّ مَنْ شَقِيَ فِي بَطْنِ أُمِّهِ وَالسَّعِيدُ مَنْ وُعِظَ بِغَيْرِهِ ، فَأَتَى رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَالُ لَهُ : حُذَيْفَةُ بْنُ أَسِيدٍ الْغِفَارِيُّ ، فَحَدَّثَهُ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِ ابْنِ مَسْعُودٍ فَقَالَ : وَكَيْفَ يَشْقَى رَجُلٌ بِغَيْرِ عَمَلٍ ؟ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ : أَتَعْجَبُ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : إِذَا مَرَّ بِالنُّطْفَةِ ثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً ، بَعَثَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكًا ، فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا وَلَحْمَهَا وَعِظَامَهَا ، ثُمَّ قَالَ : يَا رَبِّ أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى ؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَقُولُ : يَا رَبِّ أَجَلُهُ ، فَيَقُولُ رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَقُولُ : يَا رَبِّ رِزْقُهُ ، فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَخْرُجُ الْمَلَكُ بِالصَّحِيفَةِ فِي يَدِهِ ، فَلَا يَزِيدُ عَلَى مَا أُمِرَ وَلَا يَنْقُصُ

Telah menceritakan kepadaku Abu at-Thohir Ahmad bin 'Amru bin Sarh; Telah mengkhabarkan kepada kami Ibn Wahb; Telah mengkhabarkan kepadaku 'Amru bin al-Harits, daripada Abu az-Zubair al-Makki, bahawasanya 'Amir bin Watsilah menceritakan kepadanya bahawasanya dia mendengar 'Abdullah bin Mas'ud berkata, "Sesungguhnya kesengsaraan itu ialah sesiapa yang sengsara di perut ibunya dan kebahagian itu ialah sesiapa yang diselamatkan dari selain itu". Lalu dia datang kepada seorang lelaki daripada sahabat Rasulullah SAW yang dipanggil Hudzaifah bin Usaid al-Ghifari, lalu dia menceritakan kepadanya tentang itu daripada perkataan Ibn Mas'ud. Lantas, dia berkata, "Bagaimana seseorang sengsara dengan selain beramal?". Orang itu berkata kepada dia; Engkau hairan dengan itu? Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Apabila berlalunya nutfah selama empat puluh dua malam, Allah mengutuskan malaikat, lantas dia membentuknya serta menciptakan pendengaannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya dan tulangnya. Kemudian, dia berkata, "Wahai tuhanku, apakah dia ini lelaki atau wanita?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan malaikat pun mencatatnya. Kemudian, dia berkata, "Wahai tuhanku, ajalnya?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang dia kehendaki dan malaikat mencatatnya. Kemudian, dia berkata, "Wahai tuhanku, rezekinya?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang dia kehendaki dan malaikat mencatatnya. Kemudian, malaikat membentangkan catatannya pada tangannya. Tidaklah dia menambah atas apa yang diperintah mahupun mengurangkannya. (Sahih Muslim, kitab al-Qadr, no. 4912).

Keterangan sains telah pun diterangan bahawa pembentukan nutfah sehingga daging sememangnya berlaku dalam lingkungan empat puluh hari.

Ketiga Belas : Gunung Menahan Gegaran

Firman Allah Ta'ala :

وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٥

"Kami tegakkan gunung-gunung pada bumi agar ia tidak bergegar bersama kalian. Juga sungai-sungai dan jalan-jalan agar kalian mendapat petunjuk". (Surah an-Nahl ayat 15).

Kerak bumi dan bahagian atas mantel bumi terpecah kepada beberapa ketul yang dipanggil plat tektonik. Ia sering bergerak pada beberapa sentimeter setiap tahun. Plat ini bergerak kerana arus perolakan di mantel bumi. Ini disebabkan haba yang dihasilkan oleh pereputan elemen radiokatif dan haba yang tersisa daripada pembentukan bumi. Pembentukan gunung terjadi disebabkan plat tektonik yang berlakunya tenaga pemampatan apabila kerak bumi tidak stabil dan pertembungan plat tektonik yang melanggar antara satu sama lain, lalu ia mendampar ke atas dan menjadilah bentuk tanah yang lebih tinggi daripada sekeliling. (Rujuk : http://www.bbc.co.uk/schools/gcsebitesize/science/aqa_pre_2011/oils/changesrev2.shtml, http://www.nationalgeographic.com/science/earth/surface-of-the-earth/mountains/ dan https://www.universetoday.com/29833/how-mountains-are-formed/).

Keempat Belas : 360 Sendi

حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْحُلْوَانِيُّ ، حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ الرَّبِيعُ بْنُ نَافِعٍ ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ يَعْنِي ابْنَ سَلَّامٍ ، عَنْ زَيْدٍ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَلَّامٍ ، يَقُولُ : حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ فَرُّوخَ ، أَنَّهُ سَمِعَ عَائِشَةَ ، تَقُولُ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِنَّهُ خُلِقَ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْ بَنِي آدَمَ عَلَى سِتِّينَ وَثَلَاثِمِائَةِ مَفْصِلٍ ، فَمَنْ كَبَّرَ اللَّهَ ، وَحَمِدَ اللَّهَ ، وَهَلَّلَ اللَّهَ ، وَسَبَّحَ اللَّهَ ، وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ ، وَعَزَلَ حَجَرًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ ، أَوْ شَوْكَةً أَوْ عَظْمًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ ، وَأَمَرَ بِمَعْرُوفٍ أَوْ نَهَى عَنْ مُنْكَرٍ ، عَدَدَ تِلْكَ السِّتِّينَ وَالثَّلَاثِمِائَةِ السُّلَامَى ، فَإِنَّهُ يَمْشِي يَوْمَئِذٍ وَقَدْ زَحْزَحَ نَفْسَهُ عَنِ النَّارِ

Telah menceritakan kepada kami Hasan bin 'Ali al-Khulwani; Telah menceritakan kepada kami Abu Tawwabah Ar-Rabi' bin Nafi'; Telah menceritakan kepada kami Mu'awiyah, yakni Ibn Sallam, daripada Zaid, bahawasanya dia mendengar Abu Salam berkata; Telah menceritakan kepadaku 'Abdullah bin Farrukh, bahawasanya dia mendengar 'Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya pada penciptaan setiap insan pada setiap anak-anak Adam mempunyai tiga ratus enam puluh sendi. Sesiapa yang mengagungkan Allah, memuji Allah, menafikan ketuhanan selain Allah, bertasbih kepada Allah, memohon ampun kepada Allah, mengasingkan batu daripada jalanan manusia atau duri atau tulang daripada jalanan manusia, menyuruh kepada kebaikan atau melarang daripada kemungkaran, maka dihitung tiga ratus enam puluh bersamaan kerana dia berjalan pada hari itu dalam keadaan dirinya terselamat daripada neraka". (Sahih Muslim, kitab az-Zakah, no. 1749).

Institut Minneapolis Orthopaedics mengesahkan jumlah sendi pada manusia mempunyai 360. (Rujuk : http://www.mplsortho.com/faq/#how-many-joints).


Commentaires


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page