top of page

Antara Psikologi Iblis

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • May 29, 2017
  • 3 min read

Antara psikologi iblis adalah seperti berikut :

1) Membuat qiyas yang salah atau rosak dalam hujahnya. Perhatikan dalam ayat berikut bagaimana sikap takabbur mengheret Iblis kepada qiyas (perbandingan) yang rosak :

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴿١٢

Allah berfirman, “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku memerintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya dan Engkau jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah”. (Surah al-A’raf ayat 12).

Kita bertanya kepada Iblis, "Apa kaitan perbezaan api dan tanah dengan arahan mutlak dari Allah SWT?". Maka manusia yang berdolak dalih dengan qiyas yang rosak demi melarikan diri dari ketaatan terhadap arahan Allah SWT telah pun mengikuti jejak langkah Iblis. Pelbagai qiyas dan dalih dicipta oleh manusia untuk mengelak dari taat kepada sunnah Rasulullah SAW dalam setiap amalannya walaupun tahu Allah SWT itu tuhan sekalian alam. Penyakit ini sering menyerang Ahli Bid'ah sehingga ia lupa pada firman Allah :

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١

"Katakanlah: Jika kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Ali 'Imran ayat 31)

Wahai ahli bid'ah ! Terimalah kenyataan bahawa Rasulullah SAW telah dilantik oleh Allah SWT sebagai penyampai syariat yang tunggal. Tundukkan ego dan berpalinglah terhadap firkah-firkah ciptaan manusia yang kalian agungkan. Sesungguhnya Iblis benar-benar tersungkur apabila gagal memahami konsep ini. Al-Quran juga telah merakamkan kebodohan kaum terdahulu apabila ingkar terhadap kebenaran hanya kerana tidak mahu nenek moyang mereka dipersalahkan.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ﴿١٠٤

Apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kalian keapada apa-apa yang telah Allah turunkan dan kepada Rasul” Mereka menjawab, “Cukuplah untuk kami apa-apa yang kami warisi dari nenek moyang kami” Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?”. (Surah al-Maidah ayat 104)

2) Menghina makhluk Allah yang lainnya:

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا ﴿٦١

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam”, maka mereka bersujud melainkan iblis, ia berkata, “Patutkah aku sujud kepada yang Engkau jadikan dari tanah?”. (Surah al-Isra’ ayat 61).

Tidak diragukan lagi apabila kita menghina orang lain, kewarasan akal kita pasti tertutup. Maka mudahlah takabbur, hasad dan amarah bercampur baur dalam jantung hati. Padahal itu sifat tradisi yang cuba diwariskan kepada kita oleh Iblis laknatullah. Apabila diseru kepada seseorang untuk kembali kepada kebenaran lantas orang itu memandang lekeh kebenaran yang dibawa kepadanya (padahal semua itu daripada Allah dan Rasul), maka orang itu pasti dipalingkan dari kebenaran yang tidak menjadi pilihannya itu.

3) Memilih kesesatan :

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٣٩

Iblis berkata, “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, benar-benar pasti aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”. (Surah al-Hijr ayat 39).

Dalam perenggan perkataan “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat”, seolah-olah Iblis menyandarkan segala kesalahannya dari awal (enggan sujud) hinggalah yang terkini (diusir dari langit) berpunca dari Allah SWT. Kemudian, perkataan Iblis itu tidak pula dibantah oleh Allah.

Tanpa adanya bantahan dari Allah, apakah dengan itu perkataan Iblis adalah benar dan ia bukan tuduhan semata-mata? Adakah sememangnya Allah yang sengaja menjadikan Iblis takabbur dan sesat sehingga diusir dari langit?

Persoalan ini dijawab bahawa kesalahan Iblis secara keseluruhannya berpunca dari dirinya sendiri. Kesalahan tersebut bermula dari Iblis yang memilih untuk bersikap takabbur sehingga melawan perintah Allah untuk sujud kepada Adam. Atas pilihan Iblis inilah Allah menyesatkannya. Ini kerana merupakan peraturan Allah (sunnatullah) bahawa sesiapa yang memilih untuk berpaling, melawan atau membantah dari perintah-Nya, maka Allah akan memaling orang tersebut dari hidayah-Nya sehingga menjadilah dia orang yang sesat. Ayat berikut menjadi rujukan:

فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّـهُ قُلُوبَهُمْ ۚ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ ﴿٥

"Maka ketika mereka berpaling, Allah memalingkan hati mereka dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang fasik". (Surah as-Saf ayat 5)

Wallahua'lam.


תגובות


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page