Sikap Kita Apabila Diajak Untuk Berhukum Dengan Kitab Allah Dan Sunnah Rasul-Nya
- Yukio Haruaki
- May 29, 2017
- 2 min read
Apabila diajak untuk berhukum dengan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, adakah kita termasuk golongan ini? Firman Allah Ta'ala :
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَن يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا ﴿٦٠﴾ وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا ﴿٦١
Tidakkah engkau melihat terhadap orang yang mengaku bahawasanya mereka beriman dengan apa-apa yang diturunkan kepadamu dan apa-apa yang diturunkan sebelum kamu menginginkan untuk berhukum terhadap taghut? Padahal mereka diperintahkan untuk mengingkari akannya dan syaitan berkehendak untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh. Apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah kalian kepaa apa-apa yang Allah turunkan dan kepada Rasul", engkau akan melihat orang munafik berpaling dengannya sejauh-jauhnya. (Surah an-Nisa' ayat 60-61).
Firman Allah Ta'ala :
وَإِذَا دُعُوا إِلَى اللَّـهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ ﴿٤٨﴾ وَإِن يَكُن لَّهُمُ الْحَقُّ يَأْتُوا إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ ﴿٤٩﴾ أَفِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ ارْتَابُوا أَمْ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ اللَّـهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُ ۚ بَلْ أُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴿٥٠
"Apabila diserukan kepada Allah dan Rasul-Nya untuk mengadili antara mereka, tiba-tiba sekelompok daripada mereka berpaling. Jika ada kebenaran di sisi mereka, mereka datang kepadanya dengan rela. Adakah pada hati mereka ada penyakit atau mereka ragu-ragu atau mereka takut bahawa Allah dan Rasul-Nya menganiaya mereka? Bahkan mereka itulah orang yang zalim". (Surah an-Nur ayat 48-50).
Firman Allah Ta'ala :
يَسْمَعُ آيَاتِ اللَّـهِ تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا ۖ فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٨
"Dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya, kemudian dia dibelenggu kesombongan seolah-olah dia belum pernah mendengarnya. Maka, khabarkanlah tentang azab yang pedih". (Surah al-Jatsiyah ayat 8).
Firman Allah Ta'ala :
وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّـهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ ۚ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ ﴿٢٠٦
Apabila dikatakan kepadanya, "Bertakwalah kepada Allah", mereka pun menjadi congkak dengan dosanya. Cukuplah jahanam untuknya dan benar-benar seburuk-buruk tempat". (Surah al-Baqarah ayat 206).
Maka, muhasabahlah diri masing-masing.
Comments