Hukum Melancap
- Yukio Haruaki
- Jun 2, 2017
- 16 min read
Hukum melancap diperselisihkan hukumnya[1]. Para sahabat RA[2], sebahagian mazhab Abu Hanifah, sebahagian mazhab Ahmad bin Hanbal dan sebahagian mazhab Malik[3] serta asy-Syaukani[4], juga dakwaan terhadap pendapat Abu Hamid al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumiddin[5] menyatakan tentang keharusan melancap. Manakala mazhab asy-Syafi'i[6] serta yang berbaki dari mazhab Malik[7], yang berbaki daripada mazhab Ahmad[8] dan yang berbaki mazhab Abu Hanifah[9] mengharamkannya. Ibn Hazm tidak mengharamkannya, tetapi ia dibenci kerana dianggap bukan termasuk akhlak yang mulia[10]. [1]Hakikat ikhtilaf ini wujud semenjak dahulu lagi sepertimana yang dinyatakan oleh golongan terawal seperti Abu Bakr Muhammad bin Ibrahim bin al-Mundzir an-Naisaburi dalam al-Isyraf 'Ala Madzahib al-'Ulama', jilid 5, m/s 180, Maktabah Makkah ats-Tsaqafiyyah, tahqiq Soghir Ahmad al-Ansari Abu Ahmad; Abu Ja'far at-Thobari dalam Ikhtilaf al-Fuqaha', m/s 303, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah dan Ibn Hazm dalam Muratib al-Ijma' Fi al-'Ibadat wa al-Mu'amalat wa al-I'tiqadat, m/s 131, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. [2]Tidak ada satu riwayat pun yang para sahabat RA melarang praktik lancap. Antara riwayat yang sahih berkenaan dengannya ialah, yang pertama : عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ ، عَنْ عَمَّارٍ الدُّهْنِيِّ ، عَنْ مُسْلِمٍ ، قَالَ : رَأَيْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ ، لَقِيَ أَبَا يَحْيَى فَتَذَاكَرَا حَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ , فَقَالَ لَهُ أَبُو يَحْيَى : سُئِلَ ابْنُ عَبَّاسٍ ، عَنْ رَجُلٍ يَعْبَثُ بِذَكَرِهِ حَتَّى يُنْزِلَ ؟ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ : إِنَّ نِكَاحَ الأَمَةِ خَيْرٌ مِنْ هَذَا ، وَهَذَا خَيْرٌ مِنَ الزِّنَا Dari Ibn 'Uyainah, dari 'Ammar ad-Duhniy, dari Muslim katanya; Aku melihat Sa'id bin Jubair berjumpa dengan Abu Yahya lalu mereka berdua berbincang mengenai hadis-hadis Ibn 'Abbas, lalu Abu Yahya berkata pada Sa'id; Ibn 'Abbas ditanya mengenai lelaki yang bermain-main dengan zakarnya hingga keluar mani, maka Ibn 'Abbas berkata, "Menyetubuhi hamba perempuan lebih baik dari ini dan ini lebih baik dari zina". (Musannaf 'Abdurrazzaq, kitab at-Thalaq, Bab al-Istimna', no. 13590). Yang kedua : أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ ، عَنْ مُجَاهِدٍ ، قَالَ : " كَانَ مَنْ مَضَى يَأْمُرُونَ شُبَّانَهُمْ بِالاسْتِمْنَاءِ ، وَالْمَرْأَةُ كَذَلِكَ تُدْخِلُ شَيْئًا " . Ibn Juraij telah mengkhabarkan kepada kami, dia berkata; Ibrahim bin Abu Bakr telah mengkhabarkan kepadaku daripada Mujahid, dia berkata, "Dahulu orang-orang yang sebelum ini menyuruh pemuda-pemuda mereka untuk melancap dan wanita juga sedemikian dengan mereka memasukkan sesuatu". (Musannaf 'Abdul Razzaq, no. 13213). Abu Ja'far Muhammad bin Jarir at-Thobari dalam Ikhtilaf al-Fuqaha', m/s 303, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah mendakwa bahawa Anas bin Malik melaknat perbuatan sedemikian. Namun, riwayat ini tidak ada asalnya. Manakala, Sayyid Sabiq dalam Fiqh as-Sunnah, jilid 2, m/s 434, Dar al-Kitab al-'Arabi, Beirut mendakwa bahawa Ibn 'Umar membencinya. Kemungkinan ini didasari dengan riwayat berikut : عن الثوري، عن عبد الله بن عثمان، عن مجاهد، قال: سئل ابن عمر عنه، قال: ذلك نائك نفسه. Daripada ats-Tsauri, daripada 'Abdullah bin 'Utsman, daripada Mujahid, dia berkata; Ditanya Ibn 'Umar tentangnya (iaitu lancap), dia berkata, "Itu adalah persetubuhan dirinya sendiri". (Musannaf 'Abdul Razzaq, no. 13587). Namun, tidak diketahui sama ada itu lafaz celaan atau neutral. Saya fikir menganggapnya sebagai celaan adalah berlebihan dan kenyataan tersebut masih samar sama ada menunjukkan celaan atau sebaliknya. [3]Fath al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, Ibn Hajar al-'Asqalani, jilid 9, m/s 112, Dar al-Ma'rifah, Beirut dan Subul as-Salam, Muhammad bin 'Isma'il as-Son'ani, jilid 2, m/s 161, Dar al-Hadits. [4]Dia merajihkan pendapat keharusannya dalam al-Fath ar-Rabbani, jilid 7, m/s 3379, Maktabah al-Jil al-Jadid, Son'a, Yaman, tahqiq Abu Mus'ab Muhammad Subhi Hasan Hallaq. [5]Muwahib al-Jail Fi Syarh Mukhtasor Kholil, Syamsuddin Abu 'Abdulah al-Maghribi al-Maliki, jilid 1, m/s 374, Dar al-Fikr. Dakwaan ini mungkin berdasarkan dari penyebutan teks berikut : الخامس الإمساك عن الاستمناء وهو إخراج المني قصدا بجماع أو بغير جماع فإن ذلك يفطر ولا يفطر بقبلة زوجته ولا بمضاجعتها ما لم ينزل لكن يكره ذلك إلا أن يكون شيخا أو مالكا لإربة فلا بأس بالتقبيل وتركه أولى. "Yang kelima ialah menahan daripada lancap. Ia merupakan pengeluaran air mani bertujuan untuk persetubuhan atau selain persetubuhan. Sesungguhnya itu membatalkan puasa. Tidaklah terbatal puasa dengan ciuman pasangannya atau berbaringan dengannya selagimana tidak keluar air mani. Tetapi itu dibenci kecuali bagi yang tua atau mampu menahan ghairahnya. Maka, tidaklah mengapa untuk perciuman dan lebih baik meninggalkannya". (Ihya' 'Ulumiddin, Abu Hamid al-Ghazali, jilid 1, m/s 233, Dar al-Ma'rifah, Beirut). Namun, saya fikir dakwaan ini tidak berasas kerana di tempat lain, al-Ghazali tidak menganggap perbuatan itu baik. Selepas membawakan riwayat Ibn 'Abbas tadi, dia mengulas : فهذا تنبية على أن العزب المغتلم مردد بين ثلاثة شرور أدناها نكاح الأمة وفيه إرقاق الولد وأشد منه الاستمناع باليد وأفحشه الزنا ولم يطلق ابن عباس الإباحة في شيء منه لأنهما محذوران يفزع إليها حذرا من الوقوع في محذور أشد منه كما يفقزع إلى تناول الميتة حذرا من هلاك النفس فليس ترجيح أهون الشرين في معنى الإباحة المطلقة ولا في معنى الخير المطلق وليس قطع اليد المتآكلة من الخيرات وإن كان يؤذن فيه عند إشراف النفس على الهلاك. "Maka, ini peringatan bagi yang remaja bujang akan terumbang-ambing di antara tiga kejahatan selepas pernikahan hamba sahaya wanita. Padanya ialah pemerhambaan seseorang itu, yang lebih dahsyat daripadanya ialah lancap dan yang lebih keji padanya ialah zina. Ibn 'Abbas tidak menyatakan keharusan pada sesuatu daripadanya kerana kedua-duanya (pemerhambaan seseorang dan lancap) merupakan sesuatu yang diwaspadai oleh seseorang yang berlindung dengannya sebagai kewaspadaan daripada ketimpaannya dalam sesuatu yang diwaspadai yang lebih dahsyat daripadanya sepertimana seseorang takut daripada memakan bangkai kerana berwaspada daripada membinasakan diri. Tidaklah ia penguatan bagi yang lebih ringan terhadap dua kejahatan pada makna keharusan yang mutlak juga pada makna kebaikan yang mutlak. Tidaklah pemotongan tangan yang rosak termasuk perbuatan yang baik walaupun diizinkan ketika mengawasi diri daripada kebinasaan. (Ihya' 'Ulumiddin, Abu Hamid al-Ghazali, jilid 2, m/s 29, Dar al-Ma'rifah, Beirut). Dengan itu, dakwaan tersebut tidaklah benar. [6]Al-Umm, Muhammad bin Idris asy-Syafi'i, jilid 5, m/s 101, Dar al-Ma'rifah, Beirut. Rujuk juga al-Majmu' Syarh al-Muhadzdzab, an-Nawawi, jilid 20, m/s 31, Dar al-Fikr. [7]Muwahib al-Jail Fi Syarh Mukhtasor Kholil, Syamsuddin Abu 'Abdulah al-Maghribi al-Maliki, jilid 3, m/s 166, Dar al-Fikr dan Ats-Tsamar ad-Dani Syarh Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairawani, Solih bin 'Abdul as-Sami' al-Azhari, m/s 663, al-Maktabah ats-Tsaqafiyyah, Beirut. [8]Al-Mughni, Ibn Qudamah, jilid 3, m/s 156-157, Maktabah al-Qahirah. [9]Al-Jauharah an-Niyarah, Abu Bakr bin 'Ali al-Baghdadi al-Hanafi az-Zabidi al-Yamani, jilid 2, m/s 155, al-Mathba'ah al-Khairiyyah. [10]Al-Muhalla Bi al-Atsar, Ibn Hazm, jilid 12, m/s 407, Dar al-Fikr, Beirut.
Tarjih
عن جابر أن رجلا أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال إن لي جارية هي خادمنا وسانيتنا وأنا أطوف عليها وأنا أكره أن تحمل فقال اعزل إن شئت فإنه سيأتيها ما قدر لها فلبث الرجل ثم أتاه فقال إن الجارية قد جبلت فقال قد أخبرتك أنه سيأتيها ما قدر لها Daripada Jabir, bahawasanya seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, lalu berkata, "Sesungguhnya aku memiliki Jariah. Dia berkhidmat denganku dan yang menyiram pokok kurma kami. Dan aku selalu menggaulinya dan aku tidak suka jika dia hamil". Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Ber'azallah kamu jika kamu suka. Sesungguhnya akan datang apa yang telah ditentukan baginya". Lalu dia pun melakukannya. Kemudian dia datang kepada baginda, lantas berkata, "Sesungguhnya jariah ku telah hamil!". Rasulullah SAW bersabda, "Bukankah aku telah khabarkan kepadamu bahawasanya akan datang apa yang telah ditentukan baginya?". [Hadis Riwayat Muslim (no. 1439) kitab an-Nikaah, Abu Daud (no. 2173) kitab an-Nikah, Ibnu Majah (no. 89), kitab al-Muqaddimah dan Ahmad (no. 13936)]. Ini menjadi dalil bolehnya melancap kerana ia mempunyai 'illah yang sama dengan 'azl, yakni mengeluarkan mani daripada faraj isteri sepertimana pendapat yang dikemukakan oleh Saif Muhammad al-Amrin. (Rujuk : https://saif1924.wordpress.com/2008/08/04/hukum-onani/). Ada yang berkata bahawa ini dibenarkan apabila rangsangan itu muncul dengan keberadaan isteri atau seumpamanya. Penghujahan ini tidak tepat kerana asal tiap-tiap 'ibrah diambil pada keumumannya sehingga terbukti kekhususannya. Tidak semestinya lafaz teks menyatakan kalimah tertentu dan berlatar belakang yang khusus menyebabkan 'ibrah praktikal fiqh tersepit pada hal tersebut. Dengan itu, melancap diperbolehkan dan halal. Info yang menarik bagi selingan keterangan ini ialah sebahagian orang mengharamkan melancap dengan menggunakan qiyas daripada hadis al-'Azl sepertimana yang dinyatakan oleh asy-Syaukani dalam al-Fath ar-Rabbani, jilid 7, m/s 3378, Maktabah al-Jail al-Jadid, Son'a, tahqiq Abu Mus'ab Muhammad Subhi bin Hasan Hallaq. Namun, hal tersebut tertolak kerana telah jelas terdapat dalil yang membolehkan 'azl.
Adapun, kenyataan yang menyatakan bahawa melancap merupakan perbuatan yang bukan akhlak mulia, maka ini penafsiran yang tidak global dan tekal. Ini kerana ia merupakan perkara subjektif sehingga ia terdedah dengan pelbagai penafsiran. Terpulang pada mana-mana individu untuk menentukan keputusan dirinya. Tambahan pula, penghalalan yang dikeluarkan oleh sebahagian fuqaha' tidak ada sama sekali mereka menyatakan bahawa hal itu merupakan akhlak yang tercela. Jelaslah bahawa penafsiran itu berbeza-beza mengikut individu.
Jawapan Dalil-Dalil Bantahan
Pertama :
وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ﴿٤﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾
“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba perempuan yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-Mukminun ayat 5-7).
Mereka beristidlal bahawa rangsangan syahwat untuk kemaluan tidak boleh dilakukan oleh sesiapa melainkan dengan bersama pasangan.
Jawapan :
Pertama, bukan semestinya apabila adanya nas yang mengecualikan terhadap sesuatu bermakna ia hanya dibolehkan untuk apa yang dinyatakan itu. Hal ini berdasarkan dalil berikut :
حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، قَالَ : حَدَّثَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " لَا حَسَدَ إِلَّا عَلَى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ ، وَرَجُلٌ أَعْطَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ " .
Telah menceritakan kepada kami Abu al-Yaman; Telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib, daripada az-Zuhri, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Salim bin 'Abdullah, bahawasanya 'Abdullah bin 'Umar RA berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Tidak boleh hasad kecuali dua perkara. (Pertama), seorang lelaki yang dikurniakan al-Quran oleh Allah dan ia berjaga dengannya pada waktu siang dan malam. (Kedua), seorang lelaki yang diberikan harta oleh Allah, lalu ia bersedekah dengannya pada waktu siang dan malam". (Sahih al-Bukhari, no. 4662).
Jika ditinjau daripada dalil ini, tidak semestinya yang dibenarkan hanya seperti apa yang telah disebutkan di dalamnya. Boleh sahaja untuk hasad kepada yang lain terhadap perkara-perkara makruf yang lain yang tidak dinyatakan. Orang yang mengambil selain daripada ini, tidaklah dianggap tercela. Bahkan, telah dibuktikan dalil keharusannya untuk selain itu, yakni melancap. Maka, hal itu tidak tercela.
Kedua, yang lebih tepat adalah pengharaman yang telah jelas dalilnya seperti zina. Perbuatan inilah yang dikira melampaui batas dan tidak diperbolehkan. Hukum asal kemaluan adalah sama seperti anggota yang lain, iaitu harus pada hukum asalnya, maka ia tidak diharamkan melainkan telah sarih dalilnya. Adapun, ini tidak jelas sama ada sarihnya pengharaman lancap ataupun tidak. Yang lebih dekat dengan kebenarannya adalah pengharaman zina dan inilah yang lebih kuat.
Kedua :
Rasulullah SAW bersabda :
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء
“Wahai sekalian pemuda, barangsiapa yang mampu bernikah, hendaklah dia bernikah keranaa hal itu lebih dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang belum mampu untuk itu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu adalah perisai baginya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 4778 dan Muslim no. 1400; dan lafaz ini adalah lafaz Muslim).
Kalau bolehnya melancap, sudah tentu Rasulullah SAW memberitahu, "barangsiapa yang belum mampu untuk bernikah, maka hendaklah ia melancap.
Jawapan : Memadailah jawapan untuk pendalilan seperti ini dijawab dengan perkataan ini asy-Syaukani ini :
أما كون النبي صلى الله عليه وسلم لم يرشد أبا هريرة إلى الاستمناء فلم يقل أحد من علماء أن كل ما لم يرشد النبي صلى الله عليه وسلم إليه يكون حراما وإنما السنة قوله وفعله وتقريره وليس منها ترك إرشاده.
"Adapun perbuatan Nabi SAW tidak membimbing Abu Hurairah untuk melancap. Tidak ada seorang pun daripada ulama' Islam bahawasanya apa-apa yang tidak dibimbing Nabi SAW padanya menjadi haram. Sunnah cumalah perkataannya, perbuatannya dan pengakuannya. Tidak ada meninggalkan bimbingannya padanya". (Al-Fath ar-Rabbani, Muhammad bin 'Ali bin Muhammad bin 'Abdullah al-Yamani, jilid 7, m/s 3385, Maktabah al-Jail al-Jadid, Son'a, Yaman, tahqiq Abu Mus'ab Muhammad Subhi Bin Hasan Hallaq).
Ketiga :
Rasulullah SAW bersabda :
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، وَعَبْدُ بْنُ حميد ، واللفظ لإسحاق ، قَالَا : أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ ، عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا ، قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا ، أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ ، فَزِنَا الْعَيْنَيْنِ النَّظَرُ ، وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ "
Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim dan 'Abdu bin Humaid. Lafaz ini milik Ishaq. Mereka berdua berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami 'Abdul Razzaq; Telah menceritakan kepada kami Ma'mar, daripada Ibn Thowus, daripada ayahnya, daripada Ibn 'Abbas, dia berkata; Aku tidak pernah melihat sesuatu yang menyerupai dengan al-Lamam pada apa-apa yang Abu Hurairah katakan bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Sesungguh Allah telah menetapkan bahagian daripada zina ke atas anak Adam yang dia akan menempuhi yang tidak mungkin dielak. Maka zina mata adalah melihat, zina lidah adalah percakapan dan hati menginginkan dan menggemari. Kemaluan yang membenarkan itu atau mendustakannya". (Sahih Muslim, kitab al-Qadr, no. 4807).
Hadis ini menunjukkan zina tangan adalah menyentuh, yakni yang boleh dimaksudkan adalah memegang kemaluan. Begitu juga zina hati dengan memiliki keinginan untuk memuaskan syahwat kemaluan. Dan juga kemaluanlah yang akan membenarkannya atau mendustakannya, yakni mereka yang melancap ataupun tidak akan menjadi tanda.
Jawapan : Ada dua penjelasan berkenaan dengan hal ini. Pertama, itu adalah berupa khabar, bukan perintah. Rasulullah SAW menjelaskan khabar tentang ketetapan yang ada pada anak Adam, bukan untuk menyatakan apa-apa makna penghukuman syar'i fiqh padanya. Hal ini seumpama dengan hadis berikut :
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي زِيَادٍ ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ ، حَدَّثَنَا أَبِي ، عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ لَأَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا ، وَلَا يَمْلَأُ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Abu Zinad; Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim bin Sa'd; Telah menceritakan kepada kami ayahku, daripada Solih bin Kaisan, daripada Ibn Syihab, daripada Anas bin Malik, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Jika anak Adam memiliki satu lembah emas, pasti dia akan menyukai untuk memiliki yang kedua. Tidak ada yang mampu memenuhi mulutnya melainkan tanah. Allah menerima taubat bagi sesiapa yang bertaubat". (Sunan at-Tirmizi, kitab az-Zuhd, no. 2271).
Pada hadis ini, Rasulullah SAW mengkhabarkan tentang sifat manusia terhadap kekayaan harta, bukan untuk menyatakan keharaman dalam mengaut kekayaan. Maka, seseorang tidak salah untuk mengambil keuntungan yang banyak selagimana di atas landasan syariat.
Kedua, Rasulullah SAW menyatakan bahawa yang membenarkan mata, telinga, tangan dan kaki yang berzina atau mendustakannya adalah pada kemaluan. Zina adalah persetubuhan antara lelaki dan wanita yang bukan di atas ikatakan pernikahan yang sah. Jika kemaluan mendustakannya, yakni tidak melakukan zina, bagaimana mungkin kesemua itu dapat dikatakan berzina? Jika melancap dianggap berzina, ini adalah kefahaman yang salah terhadap definisi yang ditetapkan dalam agama ini.
Keempat :
أَخْبَرَنَا أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الآجُرِّيُّ بِمَكَّةَ ، ثنا الْفِرْيَابِيُّ ، ثنا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، ثنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زِيَادِ بْنِ أَنْعَمَ ، عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " سَبْعَةٌ لا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا يُزَكِّيهِمْ ، وَيَقُولُ : ادْخُلُوا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ : الْفَاعِلُ وَالْمَفْعُولُ بِهِ ، وَالنَّاكِحُ يَدَهُ ، وَنَاكِحُ الْبَهِيمَةِ ، وَنَاكِحُ الْمَرْأَةِ فِي دُبُرِهَا ، وَجَامِعٌ بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَابْنَتِهَا ، وَالزَّانِي بِحَلِيلَةِ جَارِهِ ، وَالْمُؤْذِي لِجَارِهِ حَتَّى يَلْعَنَهُ " .
Telah mengkhabarkan kepada kami, Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Bakar bin Muhammad ibn al-Husain bin 'Abdullah al-Ajurri di Makkah; Telah menceritakan kepada kami al-Firyabi; Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id; Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Luhai'ah, daripada 'Abdul Rahman bin Ziyad bin An'am, daripada Abu 'Abdul Rahman al-Jubulli, daripada 'Abdul Rahman bin 'Amru, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda; Allah 'Azza Wajalla tidak melihat melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak pula menyucikan mereka. Dia (Allah) berkata, "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan!". (Iaitulah), pelaku dan yang diperlakukannya (orang yang meliwat dan orang yang diliwat), orang yang bernikah dengan tangannya (melancap), orang yang menyetubuhi binatang, orang yang menyetubuhi wanita pada duburnya, orang yang bersetubuh isterinya dengan anak perempuannya, orang yang berzina dengan isteri jirannya dan orang yang menyakiti jirannya sehingga melaknatnya". [Hadis riwayat Ibn Bisyran dalam Amali, no. 484. Diriwayatkan juga oleh Imam al-Baihaqi dalam asy-Syu'aib (5087), Al-Hasan bin 'Arafah dalam juznya (no. 14).].
وفي جزء الحسن بن عرفة: حدثنا علي بن ثابت الجزري، عن مسلمة بن جعفر، عن حسان بن حميد، عن أنس بن مالك، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سبعة لا ينظر الله إليهم يوم القيامة ولا يزكيهم ولا يجمعهم مع العالمين ويدخلهم النار أول الداخلين إلا أن يتوب إلا أن يتوب إلا أن يتوب فمن تاب تاب الله عليه؛ الناكح يده والفاعل والمفعول به ومدمن الخمار والضارب أبويه حتى يستغيثا والمؤذي جيرانه حتى يلعنوه والناكح حليلة جاره.
Dalam juzuk al-Hasan bin 'Arafah: Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin Tsabit al-Jazari, daripada Maslamah bin Ja'far, daripada Hassan bin Humaid, daripada Anas bin Malik, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Tujuh golongan yang Allah tidak memandangnya pada hari kiamat dan tidak Dia menyucikan mereka dan Dia tidak mengumpulkan bersama orang yang 'alim. Allah memasukkan mereka ke dalam neraka yang lebih awal dari kalangan penghuni. Kecuali mereka yang bertaubat kepada Allah. Kecuali mereka yang bertaubat kepada Allah. Kecuali mereka yang bertaubat kepada Allah. Sesiapa yang bertaubat, maka Allah menerima taubat untuknya. Orang yang bernikah dengan tangannya, peliwat dan yang diliwat, orang yang selalu minum arak, orang yang memukul kedua-dua orang tuanya sehingga mereka berdua mendoakan keburukannya, pencela jirannya sehingga mereka melaknatnya dan orang yang berzina dengan isteri jiwannya". (Al-Badr al-Munir Fi Takhrij al-Ahadits wa al-Atsar al-Waqi'ah Fi asy-Syarh al-Kabir, Sirajuddin asy-Syafi'i, jilid 7, m/s 662, Dar al-Hijrah Li an-Nasyr wa at-Tauzi', ar-Riyadh, tahqiq Musthofa Abu al-Ghaith, 'Abdullah bin Sulaiman dan Yasir bin Kamil).
Jawapan : Hadis 'Abdullah bin 'Amru adalah dha'if kerana dua sebab. Pertama, 'Abdullah bin Lahi'ah didha'ifkan sejumlah para nuqqad. An-Nasa'i mendha'ifkannya sepertimana di dalam karyanya ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 64, Dar al-Wa'y, Halb, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid. Abu Zur'ah dan Abu Hatim ar-Razi mendha'ifkannya sepertimana yang dinukil oleh Ibn Abu Hatim dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 5, m/s 145. At-Tirmizi menyatakan bahawa dia adalah dha'if di sisi ahli hadis. Yahya bin Sa'id al-Qaththan dan selainnya mendha'ifkannya sepertimana yang dinyatakan dalam al-Jami' al-Kabir, jilid 1, m/s 61, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf. Al-Khatib al-Baghdadi menyatakan bahawa 'Abdullah bin Lahi'ah buruk hafalannya dan terbakar kitab-kitabnya dan dia bermudah-mudahan dalam mengambilnya. Mana-mana sahaja kitab yang datang kepadanya, dia meriwayatkan daripadanya. Lantas, daripada sana menjadi banyak munkar pada hadisnya. Hal itu diungkapkan dalam al-Kifayah Fi 'Ilm ar-Riwayah, m/s 152, al-Maktabah al-'Ilmiyyah, al-Madinah al-Munawwarah, tahqiq Abu 'Abdullah as-Sawaraqi dan Ibrahim Hamdi al-Madini. Abu Bakr al-Baihaqi berkata bahawa Ibn Lahi'ah adalah dha'if hadisnya yang tidak dihujahkan hadisnya sepertimana yang dinyatakan dalam as-Sunan al-Kubra, jilid 1, m/s 15, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha.
Kedua, 'Abdul Rahman didha'ifkan oleh Yahya al-Qaththan, 'Abdul Rahman bin Mahdi, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma'in dan lain-lain sepertimana yang dinyatakan oleh al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, jilid 2, m/s 199, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha. At-Tirmidzi menyatakan bahawa di dha'if di sisi ahli hadis. Yahya bin Sa'id al-Qaththan danlain-lain mendha'ifkannya sepertimana yang dinyatakan dalam al-Jami' al-Kabir, jilid 1, m/s 273, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf. Abu Zur'ah menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat sepetimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 5, m/s 235. Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi Dhu'afaa' ar-Rijal, jilid 5, m/s 457, al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut menyatakan bahawa hadisnya secara umum tidak boleh diikuti padanya.
Manakala, hadis Anas bin Malik juga dha'if kerana Hassan bin Humaid tidak dikenali.
Kelima :
Perbuatan melancap boleh membawa kepada jalan penzinaan.
Jawapan : Bukan semua kaedah Sadd az-Zara'i dipakai. Misalnya pada hadis berikut :
حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ ، عَنْ أَنَسٍ ، " أَنَّ الْيَهُودَ ، كَانُوا إِذَا حَاضَتِ الْمَرْأَةُ فِيهِمْ ، لَمْ يُؤَاكِلُوهَا ، وَلَمْ يُجَامِعُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ ، فَسَأَلَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ سورة البقرة آية 222 إِلَى آخِرِ الآيَةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ ، إِلَّا النِّكَاحَ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ الْيَهُودَ ، فَقَالُوا : مَا يُرِيدُ هَذَا الرَّجُلُ ، أَنْ يَدَعَ مِنْ أَمْرِنَا شَيْئًا ، إِلَّا خَالَفَنَا فِيهِ ، فَجَاءَ أُسَيْدُ بْنُ حُضَيْرٍ ، وَعَبَّادُ بْنُ بِشْرٍ ، فَقَالَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ الْيَهُودَ ، تَقُولُ : كَذَا وَكَذَا ، فَلَا نُجَامِعُهُنَّ ، فَتَغَيَّرَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، حَتَّى ظَنَنَّا أَنْ قَدْ وَجَدَ عَلَيْهِمَا ، فَخَرَجَا ، فَاسْتَقْبَلَهُمَا هَدِيَّةٌ مِنْ لَبَنٍ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَرْسَلَ فِي آثَارِهِمَا ، فَسَقَاهُمَا فَعَرَفَا أَنْ لَمْ يَجِدْ عَلَيْهِمَا " .
Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami 'Abdul Rahman bin Mahdi; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah; Telah menceritakan kepada kami Tsabit, daripada Anas; Bahawasanya orang Yahudi pada dahulunya jika isterinya datang haidh padanya, mereka tidak makan bersama dengannya dan mereka tidak berkumpul dengannya di rumah. Lalu para Sahabat Nabi SAW bertanya kepada Nabi SAW. Kemudian, Allah Ta'ala turunkan ayat: {Dan mereka bertanya tentang orang yang hadih. Katakanlah; Ianya kotor, maka hendaklah kamu semua menjauhi wanita ketika haidh} (Surah al-Baqarah ayat 222 sehingga akhir ayat. Lantas, Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua perbuatlah semua sesuatu kecuali persetubuhan". Lalu sampai tentang itu kepada Yahudi dan mereka pun berkata, "Tidaklah lelaki ini berkehendak untuk menyeru sesuatu kepada hal kami kecuali ia menyelisihi dengan kami padanya". Kemudian, Usaid bin Hudhair dan 'Abbad bin Bisy berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Yahudi berkata sedemikian sedemkian, maka kami tidak berkumpul dengan mereka". Tiba-tiba, berubah wajah Rasulullah SAW sehingga mereka berdua menyangka bahawa ia sedang marah terhadap mereka berdua. Mereka berdua pun keluar lalu memberikan hadiah daripada susu kepada Nabi SAW. Lalu, baginda mengutuskan seseorang untuk mengikut mereka berdua dan baginda memberi air kepada mereka berdua. Maka, tahulah mereka berdua bahawsanya baginda tidak memarahi mereka berdua.
Melalui dalil ini, Rasulullah SAW mengizinkan untuk berbuat apa-apa sahaja terhadap isteri yang haidh kecuali persetubuhan. Jika Sad az-Zara'i wajar dipakai untuk mengelakkan terjerumus kepada kancah laraangan, iaitu persetubuhan ketika haidh, maka tidak wajar seseorang itu melakukan apa-apa sahaja terhadap isterinya, bahkan tidak boleh sama sekali tinggal serummah semata-mata untuk mengelakkan diri daripada keharaman. Tetapi, Rasulullah SAW tidak menyatakan hal sedemikian kerana Sadd az-Zara'i bukan dipakai untuk semua keadaan.
Keenam :
Melancap mempunyai kesan memudaratkan.
Jawapan :
Tentang masalah kesihatan, saya akui ia memang membawa mudarat jika berlebihan dan secara rakus. Benar, pelbagai kajian menunjukkan buruknya akibat bagi aktiviti melancap yang berterusan. Sudah tentu apa sahaja perbuatan yang berlebihan akan membawa fasad dan rosak. Makan ubat yang berlebihan pun tetap akan memudaratkan walaupun asalnya ia baik dan menyihatkan. Namun saya tegaskan ada juga kebaikan dari melancap menurut Medical Daily :
Walaupun di sana ada perkembangan faktor untuk sebab terjadinya tabiat melancap yang berlaku di sekeliling untuk sekian lama, terdapat senarai kebaikan daripada aktiviti keseronokan sendiri dan tidak diakhiri dengan persenyawaan. Berahi seksual (orgasm) selalu didapati dengan keberhasilan melancap yang melepaskan Endorphin ke dalam badan. Everyday Health melaporkan, hormon ini membantu untuk meredakan stres, meredakan gelora seksual, membantu menghalang insomnia dan meningkatkan metabolisma. LiveScience melaporkan, berahi seksual diperoleh daripada dirinya sendiri atau dengan bantuan pasangan lain yang mana ia juga dijumpai untuk mengatasi kesakitan migrain dan dalam masa yang sama menghentikan proses migrain yang sebenar bersama. "Di sana [sesuatu] daripada pesakit migrain, yang daripada satu pertiga daripadanya yang mengalami kelegaan daripada serangan migrain dengan aktiviti seksual", kata kajian daripada pengkaji Stefan Evers, seorang neurologis dan spesialis sakit kepala di Munster Universiti di Jerman. Alexender Masukop, seorang neurologis dan pengarah New York Headache Center menambahkan di LiveScience bahawa, "Mendapatkan berahi seksual dalam apa jua bentuk atau cara membantu untuk kelegaan migran. (Rujuk : http://www.medicaldaily.com/masturbation-myths-debunked-why-do-we-masturbate-and-what-are-pros-and-cons-293730).
Tambahan Medical Daily dalam menjelaskan fakta melancap pada lelaki adalah :
3. Melancap adalah bagus untuk meningkatkan ketahanan seksual kerana kamu berkemampuan untuk mengawal tubuh kamu dan memahami tubuh kamu apabila kamu bersendirian.
5. Aktiviti swa-seronok boleh meningkatkan kualiti sperma di dalam masalah persenyawaan.
Sumber : http://www.medicaldaily.com/sex-one-please-15-facts-about-female-and-male-masturbation-289764
Begitu juga yang dilaporkan dalam WebMD :
Secara umumnya, komuniti perubatan memperhitungkan bahawa melancap adalah semula jadi (tabiat biasa) dan tidak ekspresi seksual yang tidak memudaratkan untuk lelaki dan wanita. Ia tidak menyebabkan kecederaan fizikal atau memudaratkan badan, serta ia boleh dilakukan dengan sederhana sepanjang hayat seseorang sebagai bahagian perlakuan seksual yang normal. Sebahagian budaya dan agaam menentang melancap atau menganggap ianya adalah dosa. Ini boleh menyebabkan tanggapan rasa bersalah dan rasa malu akan perlakuan ini. Sebahagian pakar menyatakan bahawa melancap sebenarnya boleh meningkatkan kesihatan seksual dan perhubungan. Dengan meneroka badan kamu sendiri melalui melancapi, kamu boleh menentukan apa yang membolehkan keseronokan godaan untuk kamu dan boleh berkongsi hal ini kepada pasangan kamu. Sebahagian pasangan menggunakan kaedah melancap bersama untuk mengenalpasti teknik yang mampu memberikan kepuasan perhubungan seksual dan menambahkan hubungan intim kepada pasangan. (Rujuk : http://www.webmd.com/sex-relationships/guide/masturbation-guide?page=2).
Dan kesan yang buruk akibat daripada berlebihan dalam melancap adalah :
Melancap secara berlebihan, yakni melancap setiap hari, beberapa kali dalam sehari untuk beberapa tahun boleh mengakibatkan Acetylcholine atau Parasympathetic dalam fungsi saraf. Hasil daripada ini menyebabkan keterlebihan hormon seks dan Neurotransmitter. Mengakibatkan kesan sampingan pada badan yang menyebabkan lesu, keguguran rambut, kehilangan memori, pandangna kabur dan "Groin pain". Ianya juga membawa kepada kehausan seksual atau ketidakmampuan atau ketegangan yang tidak berfungsi. Askmen juga melaporkan kebocoran seminal merupakan sebahagian yang lain masalah utama yang berkaitan dengan melancap secara ekstrim. (Rujuk : http://www.medicaldaily.com/masturbation-myths-debunked-why-do-we-masturbate-and-what-are-pros-and-cons-293730).
Maka jelas di sini adanya kebaikan dan keburukan daripada perbuatan melancap. Sarananya adalah tidak terlalu kerap, tidak berlebihan dan sentiasa keada
תגובות