top of page

Analisis Hadis Tentang Liwat

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • Jun 4, 2017
  • 31 min read

Hadis Ancaman Bunuh Pada Pelaku Liwat.

Pertama :

حَدَّثَنَا أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ، قَالَ: أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي حَبِيبَةَ، عَنْ دَاوُدَ بْنِ الْحُصَيْنِ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " اقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ، فِي عَمَلِ قَوْمِ لُوطٍ، وَالْبَهِيمَةَ وَالْوَاقِعَ عَلَى الْبَهِيمَةِ، وَمَنْ وَقَعَ عَلَى ذَاتِ مَحْرَمٍ، فَاقْتُلُوهُ "

Telah menceritakan kepada kami Abu al-Qasim bin Abu az-Zinad, ia berkata; Telah mengkhabarkan kepada aku Ibn Abu Habibah daripada Daud bin al-Husoin daripada 'Ikrimah daripada Ibn 'Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Bunuhlah pelaku dan yang diperlakukan orang yang melakukan amalan kaum Luth (liwat) dan binatang (yang disetubuhi) dan yang melakukan persetubuhan ke atas haiwan. Dan barangsiapa yang menyetubuhi mahramnya, maka bunuhlah". (Musnad Ahmad, no. 2591).

Hadis ini munkar kerana periwayatan Daud bin al-Husoin daripada 'Ikrimah adalah munkar menurut 'Ali bin al-Madini sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 3, m/s 409. Yahya bin Ma'in menyatakan bahawa Malik bin Anas membencinya kerana riwayat 'Ikrimah sepertimana yang dinukilkan dalam Tarikh Ibn Ma'in riwayat ad-Dauri, jilid 3, m/s 194, Markaz al-Bahts al-'Ilmi wa Ihya' at-Turats al-Islami, Makkah al-Mukarramah, tahqiq Dr. Ahmad Muhammad Nur Sayf.

Kedua :

عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو , عَنْ عِكْرِمَةَ , عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ , فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ , وَالْمَفْعُولَ بِهِ "

Telah menceritakan kepada kami 'Amru bin Abu 'Amru, daripada 'Ikrimah, daripada Ibn 'Abbas, bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Sesiapa yang medapati melakukan amalan kaum Luth (Liwat), maka bunuhlah pelakunya dan yang dilakukannya (pasangannya)". (Sunan at-Tirmizi, no. 1372; Sunan Abu Daud, no. 3871; Sunan Ibn Majah 2553; Musnad Ahmad, no. 2629; al-Hakim dalam al-Mustadrak 'Ala Sahihain, no. 8117, no. 8120; Sunan ad-Daruquthni, no. 2841, al-Baihaqi dalam as-Sunan as-Saghir, no. 1481, as-Sunan al-Kubra, no. 15644; Mu'jam Ibn al-'Arabi, no. 43; Syarh as-Sunnah, no. 2597; al-Ahadits al-Mukhtarah, no. 4356, no. 4359 dan Musnad 'Abdu bin Hamid, no. 582).

Hadis ini munkar kerana periwayatan 'Amru bin Abu 'Amru pada periwayatan 'Ikrimah adalah munkar. Al-Bukhari menyatakan bahawa dia adalah kepercayaan, tetapi periwayatan daripada 'Ikrimah adalah munkar sepertimana yang dinukilkan oleh at-Tirmizi dalam al-'Ilal al-Kabir, m/s 236, 'Alim al-Kutub, Maktabah an-Nadhoh al-'Arabiyyah, Beirut.

Ketiga :

حدثنا عبد الله بن محمد بن علي النفيلي حدثنا عبد العزيز بن محمد عن عمرو بن أبي عمرو عن عكرمة عن ابن عباس قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من وجدتموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول به قال أبو داود رواه سليمان بن بلال عن عمرو بن أبي عمرو مثله ورواه عباد بن منصور عن عكرمة عن ابن عباس رفعه ورواه ابن جريج عن إبراهيم عن داود بن الحصين عن عكرمة عن ابن عباس رفعه

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin 'Ali an-Nufailiy; Telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Muhammad daripada 'Amru bin Abu 'Amru daripada 'Ikrimah daripada Ibn 'Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mendapati melakukan amalan kaum Luth, maka bunuhlah pelakunya dan yang dilakukan dengannya". Berkata Abu Daud, "Diriwayatkan juga oleh Sulaiman bin Bilal daripada 'Amru bin Abu 'Amru sepertinya dan riwayat 'Abbad bin Mansur daripada 'Ikrimah daripada Ibn 'Abbas dengan marfu'. Dan diriwayatkan juga oleh Ibn Juraij daripada Ibrahim daripada Daud al-Hussoin daripada 'Ikrimah daripada Ibn 'Abbas dengan marfu'". (Lafaz daripada Sunan Abu Daud, kitab al-Hudud, no. 3869. Rujuk juga pada riwayat al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, jilid 8, m/s 406, no. 17034, Dar al-Kutub al-'Alamiyyah, Beirut, Lubnan, tahqiq Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha; riwayat al-Ajurri dalam Dzam al-Liwath, m/s 56, no. 25, Maktabah al-Quran, tahqiq Majdi as-Sayyid Ibrahim dan riwayat at-Thobari dalam Tahzib al-Atasr, jilid 1, m/s 550, MAtba'ah al-Madini,, al-Qahirah, tahqiq Mahmud Muhammad Syakir).

Hadis ini dha'if kerana riwayat 'Abbad bin Mansur daripada 'Ikrimah adalah dha'if menurut Abu Hatim ar-Razi. Pada masa yang sama dia juga mendha'ifkannya. Abu Zur'ah juga berpandangan yang sama. Yahya bin Sa'id al-Qaththan tidak meredhainya. Yahya bin Ma'in menyatakan bahawa dia tidak bernilai. Semua ini dinyatakan oleh Ibn Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 6, m/s 86. An-Nasa'i mendha'ifkannya dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 74, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid. Ibn Syahin menyenaraikannya dalam kelompok dha'if dalam Tarikh Asma' ad-Dhu'afaa' wa al-Kadzdzabin, m/s 146, tahqiq 'Abdul Rahim Muhammad Ahmad al-Qashqari.

Keempat :

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ سَعِيدٍ الرَّازِيُّ ، ثنا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ يَحْيَى الْمَدَنِيُّ ، ثنا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلالٍ ، عَنْ حُسَيْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ " .

Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin Sa'id ar-Razi; Telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Yaya al-Madani; Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal, daripada Husain bin 'Abdullah daripada Ikrimah daripada Ibn 'Abbas, daripada Nabi SAW, baginda bersabda, "Sesiapa yang medapati melakukan amalan kaum Luth (Liwat), maka bunuhlah pelakunya dan yang dilakukannya (pasangannya)". (Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir, no. 11370).

Hadis ini dha'if kerana Husain bin 'Abdullah bin 'Ubaidullah bin al-'Abbas al-Hasyimi didha'ifkan oleh sejumlah nuqqadh. Ahmad bin Hanbal mennyatakan bahawa padanya sesuatu-sesuatu yang diingkari. Yahya bin Ma'in dan Abu Hatim ar-Razi mendha'ifkannya. Ibn al-Madini meninggalkan hadisnya. Abu Zur'ah menilainya sebagai tidak begitu. Demikian semua ini dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 3, m/s 57. An-Nasa'i dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 33, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid menyebutkan bahawa dia ditinggalkan hadisnya. Muhammad bin Sa'd dalam at-Thobaqot al-Kubra, jilid 5, m/s 383 Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha menyatakan bahawa dia banyak hadisnya, tetapi tidak satu pun yang dihujahkan hadisnya. Ibrahim bin Ya'qub al-Juzjani dalam Ahwal ar-Rijal, m/s 235, Hadits Akadami, Faisol Abad, Pakistan tahqiq 'Abdul 'Alim 'Abdul 'Azhim al-Bastawi menyatakan bahawa tidak disibukkan hadisnya. Al-Bukhari meninggalkan hadisnya sepertimana yang dinukilkan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 1, m/s 245, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji.

Kelima :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي دَاوُدَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ زَيْدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ حَفْصٍ ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَارْجُمُوهُ ، أَوْ قَالَ : فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ " .

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Daud; Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim bin Zaid, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Ya'qub, yakni Ibn Muhammad, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami 'Abdul Rahman bin Abdullah bin 'Umar bin Hafs, daripada Suhail bin Abu Solih, daripada ayahnya, dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang mendapati melakukan amalan kaum Luth, maka rejamlah mereka - atau berkata - Bunuhlah pelakunya dan yang dilakukannya". (At-Thahawi dalam Musykil al-Atsar, no. 28 dan Ibn al-Jauzi dalam Zamm Hawa, no. 434).

Hadis ini dha'if kerana 'Abdul Rahman bin 'Abdullah bin 'Umar bin Hafs tidak ditulis hadisnya menurut Abu Daud as-Sijistani sepertimana yang dinyatakan dalam Su-alat Abi 'Ubaid al-Ajurri Aba Daud as-Sijistani, m/s 108, 'Imadah al-Bahts al-'Ilmi Bi al-Jami'ah al-Islamiyyah, al-Madinah al-Munawwarah, tahqiq Muhammad 'Ali Qasim al-'Umari. An-Nasa'i menilainya sebagai orang yang ditinggalkan hadisnya di dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 66, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid. Ibn 'Adi menyatakan bahawa hadisnya secara umum adalah munkar sama ada pada sanadnya atau matannya dalam al-Kamil Fi Dhu'afaa' ar-Rijal, jilid 5, m/s 457, al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut. Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa dia tidak bernilai. Yahya bin Ma'in mendha'ifkannya. Abu Hatim ar-Razi menyatakan bahawa dia lebih dha'if daripada saudaranya, al-Qasim dan dia selalu berdusta. Abu Zur'ah menyatakan bahawa dia ditinggalkan hadisnya. Semua ini dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 5, m/s 253.

Keenam :

كَتَبَ إِلَيَّ أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ علي بْنِ أَبِي ذَرٍّ الصَّالْحَانِيُّ ، مِنْ أَصْبَهَانَ ، أَنْبَأَنَا أَبُو طَاهِرٍ مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدِ الرَّحِيمِ ، أَنْبَأَنَا أَبُو حَفْصٍ عُمَرُ بْنُ مُحَمَّد بنٍ جَعْفَرٍ الْمَغَازِلِيُّ ، أَنْبَأَنَا أَبُو الدَّحْدَاحِ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْمَاعِيلَ ، حَدَّثَنَا أَبُو الْخَيْرِ فَهْدُ بْنُ مُوسَى الإِسْكَنْدَرَانِيُّ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الْحَكَمِ ، أَنْبَأَنَا زَيْنُ بْنُ شُعَيْبٍ الإِسْكَنْدَرَانِيُّ، عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَارْجُمُوهُ ، وَارْجُمُوا مَنْ يُفْعَلُ بِهِ " .

Abu Bakar Muhammad bin 'Ali bin Abu Zar as-Solhani daripada Asbahan menuliskan untukku; Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Thohir Muhammad bin Ahmad bin Abdul Rahim; Telah mengkhabarkan kepad akami Abu Hafs 'Umar bin Muhammad bin Ja'far al-Maghaziliy; Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ad-Dahdah Ahmad bin Muhammad bin Isma'il; Telah menceritakan kepad akami Abu al-Khair Fahd bin Musa al-Iskandaraniy; Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abdul Hakam; Telah mengkhabarkan kepada kami Zain bin Syu'aib al-Iskandaraniy, daripada al-Qasim bin Abdullah, daripada Suhail bin Abu Solih, daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang melakukan amalan kaum Luth, maka rejamlah mereka. Rejamlah pada yang dilakukan bersamanya". (Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimsyaq, no. 52450).

Hadis ini dha'if kerana al-Qasim bin 'Abdullah bin 'Umar bin Hafs al-'Umari dinilai orang yang ditinggalkan hadisnya oleh Abu Zur'ah. Abu Zur'ah menyatakan bahawa dia adalah dha'if, orang yang ditinggalkan hadisnya dan orang yang munkar hadisnya. Ahmad bin Hanbal menilainya sebagai pendusta. Yahya bin Ma'in menyatakan bahawa dia tidak bernilai. Semua ini dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 7, m/s 111-112. Al-Bukhari menyatakan bahawa mereka mendiamkannya dan Ibrahim bin Ya'qub al-Jurjani menyatakan bahawa hadisnya sangat munkar sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi Dhu'afaa' ar-Rijal, jilid 7, m/s 150, al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut. Ibn 'Adi menyimpulkan bahawa bahawa hadisnya secara umum tidak dapat diikuti padanya. Ad-Daruquthni menyenaraikan dalam kelompok para dha'if dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, jilid 3, m/s 128, Majallah al-Jami'ah al-Islamiyyah Bi al-Madinah al-Munawwarah. Ya'qub bin Sufyan al-Farisi dalam al-Ma'rifah wa at-Tarikh, jilid 3, m/s 139, Muassasah ar-Risalah, Beirut, tahqiq Akram Dhiya' al-'Umari menyatakan bahawa dia ditinggalkan.

Ketujuh :

أَخْبَرَنَا الْمُبَارَكُ بْنُ عَلِيٍّ ، قَالَ : أَنْبَأَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَحْمَدَ السَّمَرْقَنْدِيُّ ، قَالَ : أَنْبَأَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ ، قَالَ : أَنْبَأَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ الْوَلِيدِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ السَّامَرِّيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ دَاوُدَ الْقَنْطَرِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ ، عَنْ عَبَّادِ بْنِ كَثِيرٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مُحَمَّدِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ ، حَدَّثَهُ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ عَمِلَ بِعَمَلِ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوهُ " .

Telah mengkhabarkan kepada kami al-Mubarak bin 'Ali, ia berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami 'Abdullah bin Ahmad as-Samarqandiy, ia berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin Abdul Wahid, ia berkata; Telah mengkhabarkan kepadak ami Muhammad bin Ahmad bin al-Walid, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far as-Samariy, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin Daud al-Qanthariy, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Solih, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub, daripada 'Abbad bin Katsir, bahawasanya 'Abdullah bin Muhammad bin Muhammad bin 'Aqil menceritakan kepadanya, daripada Jabir bin 'Abdullah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang melakukan amalan kaum Luth, maka bunuhlah mereka". (Ibn al-Jauzi dalam Zamm al-Hawa, no. 433).

Hadis ini dha'if kerana 'Abbad bin Katsir adalah orang yang ditinggalkan hadisnya sepertimana yang dinyatakan oleh an-Nasa'i dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 74, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid. Yahya bin Ma'ind mendha'ifkannya dan menganggap bahawa dia tidak mempunyai nilai. Abu Hatim ar-Razi mendha'ifkannya. Abu Zur'ah menyatakan bahawa dia tidak ditulis hadisnya. Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa dia meriwayatkan hadis-hadis yang dusta. Semua ini dinyatakan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 6, m/s 84. Al-Bukhari menyatakan bahawa mereka meninggalkannya sepertimana yang dinukilkan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 3, m/s 140, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji.

Kelapan :

عَنْ عَاصِمٍ ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " الَّذِي يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَارْجُمُوا الأَعْلَى وَالأَسْفَلَ ، ارْجُمُوهُمَا جَمِيعًا " .

Daripada 'Asim, daripada Suhail bin Abu Salih, daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi SAW bersabda, "Mereka yang melakukan amalan kaum Luth, lemparkanlah mereka berdua dari tempat yang tinggi ke cenuram. Rejamlah mereka berdua". (Musnad Abu Ya'la, no. 6647 dan At-Thohawi dalam Musykil al-Atsar, no. 3248).

Hadis ini dha'if kerana terdapat perawi yang bernama 'Asim bin 'Umar bin Hafs al-'Umari. Yahya bin Ma'in mendha'ifkannya dan menganggap bahawa dia tidak mempunyai apa-apa nilai sepertimana yang dinukilkan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 3, m/s 335, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji. An-Nasa'i menilainya sebagai orang yang ditinggalkan hadisnya dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 78, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid. Al-Bukhari menilainya sebagai munkar hadisnya dalam at-Tarikh al-Kabir, jilid 6, m/s 478-479, Da-irah al-Ma'arif al-'Utsmaniyyah, Haydar Abad, ad-Dakan. Muhammad bin Sa'd menyatakan bahawa dia didha'ifkan dalam at-Thobaqot al-Kubra, jilid 5, m/s 436, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha. Ahmad bin Hanbal mendha'ifkannya. Harun bin Musa al-Farawi dan Abu Hatim ar-Razi menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat. Abu Hatim menambah bahawa dia lemah hadisnya. Semua ini dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 6, m/s 346.

Kesembilan :

حَدَّثَنَا حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ الْمُحَبَّرِ , ثَنَا عَبَّادٌ , عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ , عَنْ جَابِرٍرَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ : " مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، فَاقْتُلُوهُ " .

Telah menceritakan kepada kami, Telah menceritakan kepada kami Daud bin al-Muhabbar; Telah menceritakan kepada kami 'Abbad daripada Abdullah bin Muhammad bin 'Aqil, daripada Jabir RA, dia berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar, "Sesiapa yang melakukan amalan kaum Luth, maka bunuhlah mereka". (Ibn Hajar al-'Asqlaani dalam Al-Mutholib al-'Aliyyah, no. 1911; Ahadits Abi Muhammad 'Abdul Khaliq bin Ahmad, no. 11 dan riwayat al-Busairi dalam Ithaf al-Khairah al-Muharrah, no. 2774.).

Hadis ini dha'if kerana Daud bin al-Muhabbar dilemahkan oleh sejumlah nuqqad. Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa dia menyerupai tidak bernilai. 'Ali bin al-Madini menyatakan bahawa dia kehilangan hadisnya. Abu Hatim ar-Razi menyatakan bahawa dia adalah orang yang hilang hadisnya lagi munkar hadisnya. Abu Zur'ah menyatakan bahawa dia lemah hadisnya. Hal ini dinyatakan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 3, m/s 424. Al-Bukhari menyatakan bahawa dia munkar hadisnya sepertimana yang dinyatakan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 2, m/s 35, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji.

Hadis Dilaknat Para Pelaku Liwat

Pertama :

عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَلْعُونٌ مَنْ سَبَّ أَبَاهُ ، مَلْعُونٌ مَنْ سَبَّ أُمَّهُ ، مَلْعُونٌ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ ، مَلْعُونٌ مَنْ غَيَّرَ تُخُومَ الأَرْضِ ، مَلْعُونٌ مَنْ كَمَهَ أَعْمَى عَنْ طَرِيقٍ ، مَلْعُونٌ مَنْ وَقَعَ عَلَى بَهِيمَةٍ ، مَلْعُونٌ مَنْ عَمِلَ بِعَمَلِ قَوْمِ لُوطٍ " .

Daripada 'Amru bin Abi 'Amru, daripada 'Ikrimah, daripada Ibn 'Abbas, ia berkata; Nabi SAW bersabda, "Terlaknat orang yang mencela bapanya, terlaknat orang yang mencela ibunya, terlaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah, terlaknat orang yang merubah batas tanah, terlaknat orang yang membisu terhadap orang yang buta yang mencari jalan, terlaknat orang yang mendatangi binatang dan terlaknat orang yang melakukan amalan kaum Luth (liwat)". (Musnad Ahmad, no. 1806, no. 2710, no. 2796, no. 2797, no. 2798; Sahih Ibn Hibban, no. 4509; Al-Hakim dalam al-Mustadrak 'Ala Sahihain, no. 8123; an-Nasa'i dalam as-Sunan al-Kubra, no. 7056; al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, no. 15643, Syu'ab al-Iman, no. 4969; Musnad Abu Ya'la, no. 2511; Musnad 'Abdu bin Humaid, no. 596; at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir, no. 11388 dan Al-Ajurri dalam Tahrim al-Liwath, no. 13).

Hadis ini munkar kerana perawi yang bernama 'Amru bin Abu 'Amru sepertimana yang telah dijelaskan kedudukannya berkenaan dengan riwayatnya daripada 'Ikrimah.

Kedua :

حَدَّثَنَا الْخَلِيلُ بْنُ زَكَرِيَّا , ثنا الْمُثَنَّى بْنُ الصَّبَّاحِ , عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ , عَنْ أَبِيهِ , عَنْ جَدِّهِ , أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ : " مَلْعُونٌ مَلْعُونٌ مَلْعُونٌ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ " .

Telah menceritakan kepada kami al-Khalil bin Zakariyya; telah menceritakan kepada kami al-Mutsanna bin as-Sobah, daripada 'Amru bin Syu'aib, daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya Nabi SAW melaknat sebanyak tiga kali (dengan berkata), "Terlaknat terlaknat terlaknat mereka yang mengerjakan perbuatan kaum Luth". (Bughyah al-Bahits 'An Zawaid Musnad al-Harits, no. 579 dan riwayat al-Busairi dalam Ithaf al-Khairah al-Muharrah, no. 2771).

Hadis ini dha'if kerana al-Khalil bin Zakariyya dinyatakan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 2, m/s 20, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji sebagai orang yang meriwayatkan kebatilan daripada para tsiqah. Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi Dhu'afaa' ar-Rijal, jilid 7, m/s 150, al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut. menyatakan bahawa hadis-hadisnya secara umum adalah munkar.

Ketiga :

أَخْبَرَنَا أَخْبَرَنَا أَبُو الْفَرَجِ الطَّنَاجِيرِيُّ فِي كِتَابِهِ ، أنا أَبُو بَكْرِ بْنُ شَاذَانَ ، نا أَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ بْنُ الْعَبَّاسِ بْنِ حَمَّوَيْهِ الْخَلالُ ، وَمَا رَوَى غَيْرَ هَذَا الْحَدِيثِ ، وَلا حَدَّثَ بِغَيْرِهِ ، نا الْحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الصَّبَّاحِ الزَّعْفَرَانِيُّ ، ناأَبُو مُعَاوِيَةَ الضَّرِيرُ ، نا الأَعْمَشُ ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَلْعُونٌ مَلْعُونٌ مَنْ سَبَّ أَبَاهُ ، مَلْعُونٌ مَلْعُونٌ مَنْ سَبَّ أَمَّهُ ، مَلْعُونٌ مَلْعُونٌ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، مَلْعُونٌ مَلْعُونٌ مَنْ أَغْرَى بَيْنَ بَهِيمَتَيْنِ ، مَلْعُونٌ مَلْعُونٌ مَنْ غَيَّرَ تُخُومَ الأَرْضِ ، مَلْعُونٌ مَلْعُونٌ مَنْ كَمَّهَ أَعْمَى عَنِ الطَّرِيقِ "

Telah mengkhabarkan kepada kami, Telah mengkhabarkan kepada kami Abu at-Thonajiriy dalam kitabnya; Telah mengkahbarkan kepada kami Abu Bakri bin Syazan; Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Bakr Ahmad bin al-'Abbas bin Hammawaih al-Khalal, tidak meriwayatkan hadis ini dan tidak menceritakan dengan selainnya; Telah mengkhabarkan kepada kami al-Hasan bin Muhammad bin as-Sobbah az-Za'faraniy; Telah mengkahbarkan kepada kami Mu'awiyyah ad-Dhorir; Telah mengkhabarkan kepada kami al-A'masy, daripada Abu Solih daripada Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Terlaknatlah! Terlaknatlah orang yang mencela bapanya. Terlaknatlah! Terlaknatlah orang yang mencela ibunya! Terlaknatlah! Terlaknatlah orang yang melakukan amalan kaum Luth. Terlaknatlah! Terlaknatlah orang yang mendatangi (bersetubuh) dengan haiwan. Terlaknatlah! Terlaknatlah orang yang merubah batas tanah. Terlaknatlah! Terlaknatlah mereka yang membisu terhadap orang buta di jalannya". (Abu Thohir as-Salafi dalam At-Tasi' wa al-'Isyrun, no. 40).

Hadis ini munkar kerana al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, jilid 5, m/s 540, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf menyatakan bahawa Ahmad bin al-'Abbas bin Hamwaih Abu Bakr al-Khallal meriwayatkan daripada al-Hasan bin Muhammad bin as-Sobbah az-Za'farani sebuah hadis yang munkar. Selepas membawakan hadis ini al-Khatib menyatakan bahawa tidak kukuh hadis ini dengan sanad ini.

Keempat :

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ دَاوُدَ الصَّاغَانِيُّ ، ثنا خَالِدُ بْنُ خِدَاشٍ . ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَابِرٍ الضَّرِيرُ ، ثنا أَبُو مُصْعَبٍ الزُّهْرِيُّ ، قَالا : ثنا مُحْرِزُ بْنُ هَارُونَ ، عَنِ الأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَعَنَ اللَّهُ مِنْ خَلْقِهِ سَبْعَةً مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتٍ ، فَرَدَّ اللَّعْنَةَ عَلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، وَلَعَنَ كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ لَعْنَةً لَعْنَةً ، فَقَالَ : مَلْعُونٌ ، مَلْعُونٌ ، مَلْعُونٌ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، وَمَلْعُونٌ مَنْ أَتَى شَيْئًا مِنَ الْبَهَائِمِ " .

Telah menceritakan kepada kami Nasr bin Daud as-Soghaniy; Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Khidash -riwayat lain- Dan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Jabir ad-Dhorir; Telah menceritakan kepada kami Abu Mus'ab az-Zuhriy, mereka berdua berkata; Telah menceritakan kepada kami Muhriz bin Harun, daripada al-A'raj, daripada Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat daripada penciptaannya tujuh di atas tujuh langit. Lalu Allah meletakkan laknatnya kepada setiap satu daripada dengan tiga kali. Dan Dia melaknat setiap satu daripadanya dengan sekali laknat sekali laknat". Maka Nabi SAW berkata, "Terlaknat! Terlaknat! Terlaknat sesiapa yang melakukan amalan kaum Luth dan terlaknat sesiapa yang mendatangi (bersetubuh) dengan haiwan". (Al-Khara-ithiy dalam Masawi-u al-Akhlaq, no. 415).

Hadis ini dha'if kerana Muhriz bin Harun adalah munkar hadisnya sepertimana yang disifatkan oleh an-Nasa'i dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 100, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid. Demikian juga penilaian al-Bukhari dalam ad-Dhu'afaa' as-Soghir, m/s 130, Maktabah Ibn 'Abbas, tahqiq Abu 'Abdullah Ahmad bin Ibrahin bin Abu al-'Ainain. Ad-Daruquthni menyenaraikannya dalam kelompok dha'if dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, jilid 3, m/s 132, Majallah al-Jami'ah al-Islamiyyah Bi al-Madinah al-Munawwarah.

Kelima :

عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ ، عَنْ عَطَاءٍ الْخُرَاسَانِيِّ ، قَالَ : " لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْعَةَ نَفَرٍ ، فَلَعَنَ وَاحِدَا مِنْهُمْ ثَلاثَ لَعَنَاتٍ ، وَلَعَنَ سَائِرَهُمْ لَعْنَةً لَعْنَةً ، فَقَالَ : مَلْعُونٌ ، مَلْعُونٌ ، مَلْعُونٌ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، مَلْعُونٌ مَنْ سَبَّ شَيْئًا مِنْ وَالِدَيْهِ ، مَلْعُونٌ مَنْ غَيَّرَ شَيْئًا مِنْ تُخُومِ الأَرْضِ ، مَلْعُونٌ مَنْ جَمَعَ بَيْنَ امْرَأَةٍ وَابْنَتِهَا ، مَلْعُونٌ مَنْ تَوَلَّى قَوْمًا بِغَيْرِ إِذْنِهِمْ ، مَلْعُونٌ مَنْ وَقَعَ عَلَى بَهِيمَةٍ ، مَلْعُونٌ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ " ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ ، قَالَ : بَلَغَنِي , عَنْ عِكْرِمَةَ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مِثْلَهُ , إِلا أَنَّهُ لَمْ يَذْكُرِ الْبَهِيمَةَ .

Daripada Ibn Juraij, daripada 'Atha' al-Khurasani, ia berkata, "Rasulullah SAW melaknat tujuh orang. Baginda melankat salah seorang daripadanya dengan tiga laknat dan melaknat selainnya dengan sekali laknat sekali laknat". Rasulullah SAW bersabda, "Terlaknatlah! Terlaknatlah! Terlaknatlah sesiapa yang mengerjakan amalan kaum Luth. Terlaknatlah mereka yang mencela sesuatu daripada ibu bapanya. Terlaknatlah sesiapa yang merubah batas-batas tanah. Terlaknatlah sesiapa yang mengumpulkan antara isterinya dan anak-anaknya. Terlaknatlah sesiapa yang menguruskan sesuatu kaum tanpa seizin mereka. Terlaknatlah sesiapa yang bersetubuh dengan haiwan. Terlaknatlah sesiapa yang menyembelih selain untuk Allah 'Azza Wajalla". Daripada Ibn Juraij, telah disampaikan kepadaku daripada 'Ikrimah daripada Ibn 'Abbas sepertinya tanpa menyebutkan tentang haiwan". (Musannaf 'Abdurrazaq, no. 13117).

Hadis ini dha'if kerana Ibn Juraij tidak pernah bertemu dengan 'Ikrimah sepertimana yang dinyatakan oleh 'Ali bin al-Madini dalam al-'Ilal, m/s 44, al-Maktab al-Islami, Beirut, tahqiq Muhammad Musthofa al-'Azhomi.

Hadis Balasan Untuk Pelaku Liwat

أَخْبَرَنَا أَبُو الْفَرَجِ الْحُسَيْنُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَحْمَدَ بْنِ أَبِي عَلانَةَ الْمُقْرِئُ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ جَعْفَرِ بْنِ حَمْدَانَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ الْقَاضِي الْبُورَانِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ عِيسَى ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبِي ، قَالَ : حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ ، عَنْ سُهَيْلٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ مَاتَ مِنْ أُمَّتِي يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ نَقَلَهُ اللَّهُ إِلَيْهِمْ حَتَّى يُحْشَرَ مَعَهُمْ " .

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu al-Faraj al-Husain bin Abdullah bin Ahmad bin Abu 'Alanah al-Muqri, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Ja'far bin Hamdan, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr Muhammad bin Ahmad al-Qadhi al-Buraniy, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Muslim bin 'Isa, ia berkata; Telah menceritakan ayahnya, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid, daripada Suhail daripada Anas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa daripada umatku yang mati dengan melakukan amalan kaum Luth, Allah membawakannya kepada mereka (kaum Luth) sehingga mereka bersama dengannya". (Al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, no. 3680).

Hadis ini dha'if kerana dua sebab. Yang pertama adalah pada Muslim bin 'Isa bin Muslim adalah orang yang ditinggalkan hadisnya menurut ad-Daruquthni sepertimana yang dinyatakan dalam Su-alat al-Hakim an-Naisaburi Li ad-Daraquthni, m/s 157, Maktabah al-Ma'arif, ar-Riyadh, tahqiq Dr. Maufiq bin 'Abdullah bin 'Abdul Qadir. Manaka al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, jilid 15, m/s 599, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf menyatakan dalam Tarikh Baghdad, jilid 12, m/s 483, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf bahawa pada hadisnya terdapat nakarah. Yang kedua adalah pada ayahnya. Al-Khatib al-Baghdadi menyatakan bahawa hadis-hadisnya adalah munkar.

Hadis Diangkat Rahmat Apabila Bertambahnya Kaum Luth

حدثنا يحيى بن عثمان بن صالح، ثنا نعيم بن حماد، ثنا عبد الخالق بن زيد بن واقد، عن أبيه، قال: سمعت بسر بن عبد الله يذكر عن جابر بن عبد الله، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "إذا ظلم أهل الذمة كانت الدولة دولة العدو، وإذا كثر الزنا كثر السباء، وإذا كثر اللوطية رفع الله عز وجل يده عن الخلق فلا يبالي في أي واد هلكوا".

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin 'Utsman bin Solih; Telah menceritakan kepada kami Nu'aim bin Hammad; Telah menceritakan kepada kami 'Abdul Khaliq bin Zaid bin Waqid, daripada ayahnya, ia berkata; aku mendengar Busr bin 'Abdullah menyebutkan daripada Jabir bin 'Abdullah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Apabila ahli zimmah berbuat zalim, maka negaranya adalah negara musuh. Jika bertambahnya zina, maka bertambahlah celaan. Jika bertambahnya kaum Luth, Allah 'Azza Wajalla mengangkat rahmat-Nya daripada makhluk dan Dia tidak peduli pada lembah mana untuk dihancurkan". (At-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir, no. 1752).

Hadis ini dha'if kerana 'Abdul Khaliq bin Zaid bin Waqid adalah tidak tsiqah sepertimana yang dinyatakan oleh an-Nasa'i dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 72, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid. Abu Nu'aim al-Asbahani dalam ad-Dhu'afaa', m/s 107, Dar ats-Tsaqafah, ad-Dar al-Baydha', tahqiq Faruq Hammadah menyatakan bahawa dia tidak ada nilai. Al-Bukhari menyatakan bahawa dia munkar hadisnya dalam at-Tarikh al-Kabir, jilid 6, m/s 26, Da-irah al-Ma'arif al-'Utsmaniyyah, Haydar Abad, ad-Dakan. Abu Hatim ar-Razi menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat lagi munkar hadisnya sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 6, m/s 37.

Hadis Pelaku Liwat Berubah Menjadi Khinzir Jika Tidak Bertaubat

أنبأنا ابن نصر، أنبأنا المبارك بن عبد الجبار، أنبأنا عبد الباقي بن أحمد الواعظ، أنبأنا محمد بن جعفر بن عجلان، أنبأنا أبو الفتح الأزدي، أنبأنا أحمد بن عامر النصيبي، حدثنا محمد بن أبي غسان، حدثنا سلمة ابن شبيب، حدثنا مروان بن محمد السخاوي عن مسلم بن أم درهم عن مجاهد، عن ابن عباس، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللوطي إذا مات ولم يتب مسخ في قبره خنزيرا.

Telah memberitahukan kepadakami Ibn Nasir; Telah memberitahukan kepada kami al-Mubarak bin 'Abdul Jabbar; Telah memberitahukan kepada kami 'Abdul Baqi bin Ahmad al-Wa'izh; Telah memberitahukan kepada kami Muhammad bin Ja'far bin 'Ajlan; Telah memberitahukan kepada kami Abu al-Fath al-Azdi; Telah memberitahukan kepada kami Ahmad bin 'Amir an-Nusaibi; Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abu Ghosan; Telah menceritakan kepada kami Salamah ibn Syabib; Telah menceritakan keapda kami Marwan bin Muhammad as-Sakhawi, daripada Muslim bin Ummu Dihram, daripada Mujahid, daripada Ibn 'Abbas, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Peliwat jika dia mati tanpa bertaubat, maka ditukar menjadi khinzir dalam kuburnya". (Al-Maudhu'at, Ibn al-Jauzi, jilid 3, m/s 113, tahqiq 'Abdul Rahman Muhammad 'Utsman).

Hadis ini dha'if kerana tiga kecacatan. Yang pertama pada Marwan bin Muhammad as-Sakhawi yang merupakan orang yang kehilangan hadisnya sepertimana yang disifatkan oleh ad-Daruquthni dalam Ta'liqat ad-Daraquthni 'Ala al-Majruhin Li Ibn Hibban, m/s 261, al-Faruq al-Haditstsiyyah Li at-Thoba'ah wa an-Nasyr, Dar al-Kutub al-Islami, tahqiq Khalil bin Muhammad al-'Arabi. Yang kedua pada Muslim bin Khalid az-Zanjibi yang mana 'Ali bin al-Madini menyatakan bahawa dia tidak mempunyai nilai dan al-Bukhari menyatakan bahawa dia munkar hadisnya sepertimana yang dinukilkan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 4, m/s 150, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji. Ahmad bin Hanbal mendha'ifkannya sepertimana yang dinyatakan dalam Min Kalam Ahmad ibn Hanbal Fi 'Ilal al-Hadits wa Ma'rifah ar-Rijal, m/s 40, Maktabah al-Ma'arif, ar-Riyadh, tahqiq Subhi al-Badri as-Samara-i. An-Nasa'i mendha'ifkannya dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 97, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid. Ibn Abu Hatim ar-Razi menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat, munkar hadisnya dan ditulis hadisnya tetapi tidak dihujahkan hadisnya sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 8, m/s 183.

Yang ketiga adalah Abu al-Fath al-Azdi, yakni Muhammad bin al-Husain bin Ahmad al-Mausili. Muhammad bin Ja'far bin 'Alan menyebutkan tentang hafalannya dan kebaikan pengetahuan hadisnya serta memujinya. Abu an-Najib 'Abdul Ghaffar bin 'Abdul Wahid al-Urwani menyatakan bahawa dia melihat penduduk Mausul tidak mempedulikannya walau sesuatu pun. Al-Burqani mengisyaratkan kedha'ifannya dan dia menyebutkan bahawa sekumpulan penduduk Madinah dan ahli hadis menjauhkannya. Demikian penukilan al-Khatib al-Baghdad dalam Tarikh Baghdad, jilid 3, m/s 36, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf dan dia menyatakan bahawa dia seorang hafiz yang menulis ilmu-ilmu hadis tetapi pada hadisnya terdapat keganjilan dan munkar.

Hadis Allah Tidak Menerima Kesaksian Syahadah Pada Peliwat

Pertama :

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مُحَمَّدِ الدَّرْمَسْتِينِيُّ الْقَاضِي ، بِقِرَاءَتِي عَلَيْهِ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنُ عُمَرَ بْنِ مُحَمَّدٍ الْحَرْبِيُّ الصَّيْرَفِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ دُلَيْلِ بْنِ بِشْرِ بْنِ سَابِقٍ الْإِسْكَنْدَرَانِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْمُؤْمِنِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ رَاشِدٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : " ثَلَاثَةٌ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُمْ شَهَادَةَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مِنْهُمُ الرَّاكِبُ وَالْمَرْكُوبُ ، وَالرَّاكِبَةُ وَالْمَرْكُوبَةُ ، وَالْإِمَامُ الْجَائِرُ " .

Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin 'Abdul Rahman bin Muhammad ad-Darmastini al-Qadhi dengan aku membaca kepadanya, ia berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Abu al-Hasan 'Ali bin 'Umar bin Muhammad al-Harbiy as-Soirofi, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr Muhammad bin Dulail bin Bisyr bin Sabiq al-Iskandari, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin 'Abdul Mu'min, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami 'Umar bin Rasyid, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin 'Urwah, daripada ayahnya, daripada 'Aisyah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Tiga orang yang Allah tidak menerima kesaksian tiada Tuhan selain Allah daripada mereka. Mereka adalah lelaki yang menunggang dan yang ditunggang, wanita yang menunggang dan yang ditunggang dan pemimpin yang menyeleweng". (Al-Amali al-Khomisiyyah Li asy-Syajari, no. 42).

Hadis ini dha'if kerana 'Umar bin Rasyid bin Syajarah al-Yamami adalah dikelompokkan sebagai orang yang dha'if sepertimana yang disifatkannya oleh ad-Daruquthni dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, jilid 2, m/s 164, Majallah al-Jami'ah al-Islamiyyah Bi al-Madinah al-Munawwarah. An-Nasa'i dalam ad-Dhu'afaa' wa al-Matrukun, m/s 84, Dar al-Wa'y, Halab, tahqiq Mahmud Ibrahim Zayid menyatakan bahawa dia tidaklah tsiqah. Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma'in dan Abu Zur'ah mendha'ifkannya. Hal itu dinyatakan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 6, m/s 107. Ya'qub bin Sufyan al-Fasawi dalam al-Ma'rifah wa at-Tarikh, jilid 2, m/s 453, Muassasah ar-Risalah, Beirut, tahqiq Akram Dhiya' al-'Umari menyatakan bahawa pada hadisnya terdapat kelemahan.

Kedua :

حَدَّثَنَا بَكْرٌ ، قَالَ : نا أَبُو عَطَاءٍ بِلالُ بْنُ عَمْرٍو ، عَنْ صَالِحِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ رَاشِدٍ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَرْمَلَةَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " ثَلاثَةٌ لا تُقْبَلُ لَهُمْ شَهَادَةُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ : الرَّاكِبُ وَالْمَرْكُوبُ ، وَالرَّاكِبَةُ وَالْمَرْكُوبَةُ ، وَالإِمَامُ الْجِائِرُ " ، لَمْ يَرْوِ هَذَا الْحَدِيثَ عَنِ ابْنِ حَرْمَلَةَ إِلا عُمَرُ بْنُ رَاشِدٍ ، وَلا عَنْ عُمَرَ إِلا صَالِحُ بْنُ أَبِي صَالِحٍ ، تَفَرَّدَ بِهِ : أَبُو عَطَاءٍ .

Telah menceritakan kepada kami Bakr, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu 'Atho' bin Bilal bin 'Amru, daripada solih bin Abu Solih, daripada 'Umar bin Rasyid, daripada 'Abdul Rahman bin Harmalah, daripada Sa'id bin al-Musayyib, daripada Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Tiga orang yang tidak diterima kesaksian bahawasanya tiada Tuhan selain Allah daripada mereka, iaitu lelaki yang menunggang dan yang ditunggang, wanita yang menunggang dan yang ditunggang dan pemimpin yang menyeleweng". Tidak meriwayatkan hadis ini daripada Ibn Harmalah melainkan 'Umar bin Rasyid, tidak juga daripada 'Umar bin Solih melainkan Solih bin Abu Solih, Abu 'Atho' bersendirian padanya. (At-Thabrani dalam al-Mu'jam a-Ausoth, no. 3199).

Hadis ini dha'if kerana Abu Hafs 'Umar bin Rasyid al-Jari adalah munkar hadisnya sepertimana penilaian Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 3, m/s 158, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji. Abu Nu'aim al-Asbahani dalam ad-Dhu'afaa', m/s 114, Dar ats-Tsaqafah, ad-Dar al-Baydha', tahqiq Faruq Hammadah menyatakan bahawa hadis-hadisnya munkar lagi tidak bernilai. Ad-Daruquthni menilainya sebagai orang yang ditinggalkan sepertimana yang dinyatakan dalam Su-alat al-Burqani, m/s 50, Kutub al-Khonah Jamili, Lahur, Pakistan, tahqiq 'Abdul Rahim Muhammad Ahmad al-Qashqari.

Hadis Pelaku Liwat Mendapat Kemurkaan Allah

حدثنا محمد بن ياسر الحذاء، ثنا دحيم، نا ابن أبي فديك، عن محمد بن سلام الخزاعي، عن أبيه، عن أبي هريرة، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "أربعون يصبحون في غضب الله ومسون في سخط الله". قلت، "ومن هم يا رسول الله؟". قال: "المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال، والذي يأتي البهيمة، والذي يأتي الرجال".

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yasir al-Hazza'; Telah menceritakan kepada kami Duhaim; Telah menceritakan kepada kami Ibn Abu Fudaik, daripada Muhamad bin Salam al-Khuza'i, daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda, "Empat orang yang ketika menjelang pagi harinya di dalam kemurkaan Allah dan ketika menjelangnya petang di dalam kemarahan Allah". Aku bertanya, "Siapakah mereka wahai Rasulullah?". Baginda bersabda, "Lelaki yang menyerupai wanita, wanita yang menyerupai lelaki, mereka yang menyetubuhi haiwan dan mereka yang menyetubuhi lelaki".

Hadis ini dha'if. Abu Ja'far Al-'Uqaili berkata tentang hadis ini :

هو، عن دحيم، عن ابن أبي فديك، لا يتابع عليه

"Dia (Muhammad bin Salam), daripada Duhaim, daripada Ibn Abu Fudaik tidak diikuti padanya". (Ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 4,, m/s 82, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qala'aji).

Al-Bukhari berkata :

محمد بن سلام الخزاعي عن أبيه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم في الذي يأتي البهيمة، والرجا يصبح في غضب الله. قاله دحيم عن ابن أبي الفديك قال حدثني محمد لا يتابع عليه

"Muhammad bin Salam al-Khuza'i, daripada ayahnya, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW tentang mereka yang menyetubuhi haiwan dan lelaki yang ketika menjelangnya pagi di dalam kemurkaan Allah. Duhaim berkata daripada Ibn Abu al-Fudaik, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Muhammad, tidak diikuti padanya". (At-Tarikh al-Kabir, jilid 1, m/s 110, Da-irah al-Ma'arif al-'Utsmaniyyah, Haydar Abad, ad-Dukkan).

Hadis Pelaku Liwat Dikumpulkan Dengan Rupa Kera Dan Babi

أخبرنا ابن منازل قال أنبأنا ابن عبد الجبار قال أنبأنا الخلال قال حدثنا العباس بن أحمد الهاشمي قال حدثنا علي بن أحمد بن نوح قال حدثنا محمد بن الرحمن قال حدثنا أبو أيوب بن سليمان عن طلحة بن زيد عن برد بن سنان عن أبي المنيب عن عبد الله بن عمرو قال يحشر اللوطيون يوم القيامة في صورة القردة والخنازير

Telah mengkhabarkan kepada kami Ibn Manazil, ia berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami Ibn 'Abdul Jabbar, ia berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami al-Khalal, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami al-'Abbas bin Ahmad al-Hasyimi, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin Ahmad bin Nuh, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Abdul Rahman, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Ayyub bin Sulaiman, daripada Tholhah bin Zaid, daripada Bard bin Sinan, daripada Abu al-Munayyib, daripada 'Abdullah bin 'Amru, ia berkata, "Kaum Luth akan dikumpulkan pada hari kiamat dengan rupa kera dan babi". (Dzamm al-Hawa, Ibn al-Jauzi, m/s 209, tahqiq Musthofa 'Abdul Wahid).

Hadis ini dha'if kerana terdapat perawi yang bernama Tholhah bin Zaid. Abu Hatim ar-Razi menyatakan bahawa hadisnya munkar, hadisnya dha'if dan tidak ditulis hadisnya sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 4, m/s 479. Ahmad bin Hanbal menyatakan bahawa dia tidak bernilai dan pereka cipta hadis sepertimana yang dinyatakan dalam Min Kalam Ahmad ibn Hanbal Fi 'Ilal al-Hadits wa Ma'rifah ar-Rijal, m/s 116, Maktabah al-Ma'arif, ar-Riyadh, tahqiq Subhi al-Badri as-Samara-i. Al-Bukhari menyatakan bahawa hadisnya munkar. An-Nasa'i menyatakan bahawa dia ditinggalkan hadisnya sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi Dhu'afaa' ar-Rijal, jilid 5, m/s 174, al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut. Ibn 'Adi menyimpulkan bahawa hadis-hadisnya adalah munkar.

Hadis Azab Pelaku Liwat Pada Hari Kiamat

حدثنا داود بن المحبر بن قحذم أبو سليمان البصري، ثنا ميسرة بن عبد ربة، عن أبي عائشة السعدي، عن يزيد بن عبد العزيز، عن أبي سلمة بن عبد الرحمن، عن أبي هريرة وابن عباس قالا : خطبنا رسول الله صلى الله عليه وسلم خطبة فبل وفاته وهي آخر خطبة خطبها بالمدينة :........ من نكح امرأة في دبرها أو رجلا أو صبيا ، حشر يوم القيامة ، وهو أنتن من الجيفة يتأذى به الناس حتى يدخل النار ، وأحبط الله أجره ، ولا يقبل منه صرفا ولا عدلا ، ويدخل في تابوت من نار ، ويشد عليه مسامير من نار ". قال أبو هريرة : هذا لمن لم يتب.

Telah menceritakan kepada kami Daud bin al-Muhabbar bin Qahzam Abu Sulaiman al-Basri; Telah menceritakan kepada kami Maisarah bin 'Abdu Robbah, daripada Abu 'Aisyah as-Sa'di, daripada Yazid bin 'Umar bin 'Abdul 'Aziz, daripada Abu Salamah bin 'Abdul Rahman, daripada Abu Hurairah dan Ibn 'Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW berkhutbah kepada kami, khutbah sebelum kewafatannya dan ini adalah khutbah terakhir. Baginda berkhutbah di Madinah...... "Barangsiapa yang menyetubuhi wanita pada duburnya atau lelaki atau pemuda, dikumpulkan pada hari kamat dalam keadaan ia sangat busuk daripada bangkai. Manusia membencinya sehingga ia masuk ke dalam neraka. Allah mengkhapuskan kebaikannya. Dan ia tidak menerimaa penolakan (dari azab) dan keadilan. Dan dia dimasukkan dalam kotak daripada api yang tersimpannya paku-paku daripada neraka". Abu Hurairah berkata, "Ini adalah untuk mereka yang tidak bertaubat". (Bughyah al-Bahits 'An Zawa-id Musnad al-Harits, Abu Muhammad al-Harits bin Muhammad bin Dahir at-Tamimi al-Baghdadi al-Khusaib, lebih dikenali sebagai Ibn Abu Usamah, jilid 1, m/s 309, Markaz Khidmah as-Sunnah wa as-Sirah an-Nabawiyyah, al-Madinah al-Munawwarah, tahqiq Dr. Husain Ahmad Solih).

Ibn Abu Usamah berkata selepas meriwayatkan hadis ini :

هذا حديث موضوع وإن كان بعضه في أحديث حسنة بغير هذا الإسناد فإن داود بن المحبر كذاب

"Ini hadis palsu. Dan jika sebahagiannya terdapat hadis-hadis yang baik, ia tidak mempunyai sanad. Sesungguhnya Daud bin al-Muhabbar seorang pendusta".

Hadis Kebimbangan Nabi SAW Terhadap Perlakuan Kaum Luth

Pertama :

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ , حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ , حَدَّثَنَا هَمَّامٌ , عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ الْوَاحِدِ الْمَكِّيِّ , عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عُقَيْلٍ , أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرًا , يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي عَمَلُ قَوْمِ لُوطٍ "

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani'; Telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun; Telah menceritakan kepada kami Hammam, daripada al-Qasim bin 'Abdul Wahid al-Makki, daripada 'Abdullah bin Muhammad bin 'Uqail, bahawasanya dia mendengar Jabir RA berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya yang paling ditakuti pada apa-apa yang aku takuti ke atas umatku ialah amalan kaum Luth". (Sunan at-Tirmizi, no. 1373).

Permasalahan hadisi ni terletak pada 'Abdullah bin Muhammad bin 'Uqail. Al-Baihaqi dalam al-Asma' wa as-Sifat, jilid 2, m/s 29, Maktabah as-Sawwadi, Jeddah menyatakan bahawa dia diperselisihkan pada kehujahannya kerana buruk hafalannya. Dia dijadikan hujah oleh Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Ibrahim dan al-Humaidi sepertimana yang dinyatakan oleh al-Bukhari. Dan al-Bukhari menambah bahawa hadisnya saling mendekati. Demikian penukilan at-Tirmizi dalam al-Jami' al-Kabir, jilid 1, m/s 54, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf. At-Tirmizi menambah bahawa dia adalah kepercayaan, sebahagian ahli ilmu memperkatakan pada sudut hafalannya. 'Amru bin 'Ali al-Falas menyatakan bahawa Yahya bin Sa'id al-Qaththan dan 'Abdul Rahman bin Mahdi meriwayatkan daripadanya serta orang ramai menyelisihinya sepertimana yang dinyatakan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 2, m/s 298, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji. Dia diriwayatkan oleh Sufyan ats-Tsauri, Sufyan bin 'Uyainah Za-idah bin Qudamah sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Tahzib at-Tahzib, jilid 6, m/s 13, Mathba'ah Da-irah al-Ma'arif an-Nizhomiyyah, al-Hind. Dikatakan bahawa Zakariyya bin Yahya as-Saji menyatakan dia adalah ahli kepercayaan, tetapi tidak kukuh pada hadisnya dan Ya'qub bin Syaibah menyatakan bahawa dia adalah kepercayaan tetapi pada hadisnya ada kelemahan yang berat sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Tahzib at-Tahzib, jilid 6, m/s 14-15, Mathba'ah Da-irah al-Ma'arif an-Nizhomiyyah, al-Hind.

Muhammad bin Sa'd dalam at-Thobaqot al-Kubra, jilid 5, m/s 392, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha menyatakan bahawa dia munkar hadisnya yang tidak dihujahkan hadisnya. Yahya bin Ma'in menyatakan bahawa dia lemah dalam setiap perkara. Abu Hatim menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat dan dia bukan orang yang dihujahkan hadisnya. Semua ini dinyatakan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 5, m/s 153. Malik bin Anas tidak meriwatkan daripadanya sepertimana yang dinyatakan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 2, m/s 298, Dar al-Maktabah al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji. Ibrahim bin Ya'qub al-Jurjani menyatakan bahawa apa-apa yang dia riwayatkan secara umumnya adalah ganjil dan Mu'awiyah bin Solih mendha'ifkannya sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi Dhu'afaa' ar-Rijal, jilid 5, m/s 206, al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut. Ad-Daruquthni menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat dalam al-'Ilal al-Waridah Fi al-Ahadits an-Nabawiyyah, jilid 1, m/s 128. Ibn Syahin menyenaraikannya dalam kelompok dha'if dalam Tarikh Asma' wa al-Kadzdzabin, m/s 118, tahqiq 'Abdul Rahim Muhammad Ahmad al-Qashqari.

Hadis ini berdarjat hasan.

Kedua :

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ جَرِيرٍ الصُّورِيُّ ، ثنا عُثْمَانُ بْنُ سَعِيدٍ الصَّيْدَاوِيُّ ، ثنا سُلَيْمَانُ بْنُ صَالِحٍ ، ثنا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتِ بْنِ ثَوْبَانَ ، عَنِ الْحَجَّاجِ بْنِ دِينَارٍ ، عَنْ مُحَمَّد بْنِ الْمُنْكَدِرِ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : أَلا وَإِنَّ أَشَدَّ مَا أَتَخَوَّفُ عَلَى أُمَّتِي مِنْ بَعْدِي عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

Telah menceritakan kepada kami al-Hasan bin Jarir as-Suri; Telah menceritakan keapda kami 'Utsman bin Sa'id as-Soidowi; Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Solih; Telah menceritakan kepada kami 'Abdul Rahman bin Tsabit bin Tsauban, daripada al-Hujjaj bin Dinar, daripada Muhammad bin al-Munkadir, daripada Jabir ibn 'Abdullah, dia berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda. "Ingatlah! Sesungguhnya paling aku takut sekali daripada umatku selepasku nanti adalah amalan kaum Luth, maka mendekatlah umatku terhadap azab". (At-Thabrani dalam Musnad asy-Syamiyyin, no. 151; Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq, no. 74694 dan Fawaid Tamam ar-Razi, no. 859 dengan ringkasan dan mengambil kepada isi penting).

'Hadis ini dha'if kerana Utsman bin Sa'id as-Soidawi adalah majhul.

Ketiga :

أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْبَاقِي الْبَزَّازُ ، قَالَ : أَنْبَأَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ الْفَرَّاءِ ، قَالَ : أَنْبَأَنَا عَلِيُّ بْنُ عُمَرَ السُّكَّرِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا حَامِدُ بْنُ بِلالٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي الْبُخَارِيَّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ النَّضْرِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا غُنْجَارُ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الصُّبْحِ ، عَنْ مُقَاتِلِ بْنِ حَيَّانَ ، عَنْ أَبِي الْجَارُودِ الْعَبْسِيِّ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : بَلَغَنِي حَدِيثٌ فِي الْقِصَاصِ وَكَانَ صَاحِبُ الْحَدِيثِ بِمِصْرَ فَاشْتَرْيَتُ بَعِيرًا وَشَدَدْتُ عَلَيْهِ رَحْلا ، ثُمَّ سِرْتُ شَهْرًا ، فَذَكَرَ الْحَدِيثَ إِلَى أَنْ ، قَالَ : فَلَقِيتُ الرَّجُلَ ، فَقَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي مِنْ بَعْدِي عَمَلُ قَوْمِ لُوطٍ ، أَلا فَلْيَرْتَقِبْ أُمَّتِي الْعَذَابَ إِذَا كَانَ الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ ، وَالنِّسَاءُ بِالنُّسَاءِ " .

Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin 'Abdul Baqi al-Bazzar; Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin al-Husain bin al-Farra', ia berkata; Telah mengkhabarkan kepada kami 'Ali bin 'Umar as-Sukkari, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Hamid bin Bilal, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Abdullah, yakni al-Bukhari, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin an-Nadhr, ia berkata; Telah meneritakan kepada kami Ghunjar, daripada 'Umar bin as-Subh, daripada Muqatil bin Hayyan, daripada Abu al-Jarud al-'Abasi, daripada Jabir bin 'Abdullah, ia berkata; Telah sampai hadis pada cerita-cerita kepadaku yang mana sahabat hadis di Mesir. Dia membeli unta tunggangan. Lantas, ia pun berlari kencang dalam perjalanannya. Kemudian, muncullah purnama, lalu ia menyebutkan hadis; maka aku terjumpa seorang lelaki, ia berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya yang paling ditakuti terhadap apa-apa yang aku takut pada umatku adalah selepasku, iaitu perbuatan kaum Luth. Ingatlah! Maka mendekatlah azab kepada umatku jika seorang lelaki bersama lelaki (meliwat) atau wanita dengan wanita (sihaq)". (Dzamm al-Hawa, Ibn al-Jauzi, no. 423).

Hadis ini dha'if kerana 'Umar bin as-Subh as-Samarqandi al-Khurasani adalah munkar hadisnya menurut Abu Hatim ar-Razi sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 6, m/s 116-117. Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi Dhu'afaa' ar-Rijal, jilid 6, m/s 47, al-Kutub al-'Ilmiyyah menyatakan bahawa hadisnya munkar dan hadisnya secara umum tidak mahfuz pada matan dan sanad. Ad-Daruquthni dalam Sunan miliknya, jilid 2, m/s 405 Muassasah ar-Risalah, Beirut menyatakan bahawa dia ditinggalkan. Abu Nu'aim al-Asbahani menyenaraikannya dalam kelompok dha'if dalam ad-Dhu'afaa', m/s 113, tahqiq Faruq Hammadah.

Hadis Allah Tidak Melihat Mereka Yang Menyetubuhi Lelaki Melalui Duburnya.

حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ ، عَنْ الضَّحَّاكِ بْنِ عُثْمَانَ ، عَنْ مَخْرَمَةَ بْنِ سُلَيْمَانَ ، عَنْ كُرَيْبٍ ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى رَجُلٍ ، أَتَى رَجُلًا أَوِ امْرَأَةً فِي الدُّبُرِ "

Telah menceritakan kepada kami Abu Khalid al-Ahmar, daripada ad-Dhohak bin 'Utsman, daripada Makhramah bin Sulaiman, daripada Kuraib, daripada Ibn 'Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Allah tidak memandang seorang lelaki yang menyetubuhi lelaki atau wanita pada duburnya". (Sunan at-Tirmizi, no. 1081; Sahih Ibn Hibban, no. 4510; Al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, no. 8760; Musnad Abu Ya'la, no. 2350 dan Musannaf Ibn Abu Syaibah, no. 12710. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih wa Dha'if al-Jami' as-Saghir, 28/259).

Lafaz menyetubuhi lelaki di sini adalah idhtirab kerana menyalahi periwayatan Waki' secara mauquf.

أَخْبَرَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ ، عَنْ وَكِيعٍ ، عَنِ الضَّحَّاكِ بْنِ عُثْمَانَ ، عَنْ مَخْرَمَةَ بْنِ سُلَيْمَانَ ، عَنْ كُرَيْبٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : " لا يَنْظُرُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى رَجُلٍ أَتَى بَهِيمَةً ، أَوِ امْرَأَةً فِي دُبُرِهَا " .

Telah mengkhabarkan kepada kami Hannad bin as-Siri, daripad Waki', daripada ad-Dhohak bin 'Utsman, daripada Mukhramah bin Sulaiman daripada Kuraib, daripada Ibn 'Abbas, ia berkata, "Pada hari kiamat, Allah tidak melihat pada lelaki yang menyetubuhi binatang atau wanita pada duburnya". (Riwayat an-Nasa'i dalam as-Sunan al-Kubra, 5/320/9002).

Punca idhtirab ini adalah kerana perawi yang bernama ad-Dhohhak bin 'Utsman. Sekalipun, dia dinilai tsiqah oleh sejumlah nuqqad, namun dia tidak terlepas daripda kritikan pada dhabitnya. Abu Hatim ar-Razi menyatakan bahawa dia ditulis hadisnya, tetapi tidak dihujahkan dengannya dan Abu Zur'ah menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 4, m/s 460. Maka, disebabkan berlakunya idhtirab sebegini, hadis ini dha'if.

Hadis KLelaki Yang Menyetubuhi Lelaki Lain Adalah Penzina

Pertama :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي دَاوُدَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ النَّضْرِ الأَصْبَهَانِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ ، عَنْ بِشْرِ بْنِ الْفَضْلِ الْبَجَلِيِّ ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ سِيرِينَ ، عَنْ أَبِي يَحْيَى الْمُعَرْقَبِ ، عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا أَتَى الرَّجُلُ الرَّجُلَ فَهُمَا زَانِيَانِ "

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Daud; telah menceritakan kepada Yahya bin an-Nadhr al-Asbahani, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Daud at-Thoyalasiy, daripada Bisyr bin al-Fadhl al-Bajali, daripada Khalid al-Hazza, daripada Anas bin Sirrin, daripada Abu Yahya al-Mu'arqab, daripada Abu Musa al-Asy'ari, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seorang lelaki menyetubuhi seorang lelaki yang lain, maka kedua-duanya berzina". (Al-Ajurri dalam Tahrim al-Liwath, no. 16).

Sanad ini idhtirab dengan sanad ini :

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ ، قَالَ : نا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عِمْرَانَ الأَصْبَهَانِيُّ ، قَالَ : نا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ ، قَالَ : نا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ الْبَجَلِيُّ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ سِيرِينَ ، عَنْ أَبِي يَحْيَى ، عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لا تُبَاشِرُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ إِلا وَهُمَا زَانِيَتَانِ ، وَلا يُبَاشِرُ الرَّجُلُ الرَّجُلَ إِلا وَهُمَا زَانِيَانِ " . لا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَبِي مُوسَى إِلا بِهَذَا الإِسْنَادِ ، تَفَرَّدَ بِهِ : أَبُو دَاوُدَ . وَأَبُو يَحْيَى الَّذِي رَوَى عَنْهُ أَنَسُ بْنُ سِيرِينَ فِي هَذَا الْحَدِيثِ ، هُوَ : مَعْبَدُ بْنُ سِيرِينَ .

Telah menceritakan kepada kami 'Ali, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin 'Imran al-Asbahani, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Abu Daud at-Thoyalasi, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin al-Mufaddhal al-Bajili, daripada ayahnya, daripada Khalid al-Hazzaa', daripada Anas bin Sirrin, daripada Abu Yahya, daripada Abu Musa al-Asy'ari, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah seorang wanita menyetubuhi seorang wanita yang lain kecuali kedua-duanya adalah penzina. Dan janganlah seorang lelaki mencampuri seorang lelaki yang lain melainkan kedua-duanya adalah penzina". At-Thabrani berkata, "Tidak diriwayatkan hadis ini daripada Abu Musa melainkan dengan sanad ini; yakni bersendirian padanya akan Abu Daud. Dan Abu Yahya yang diriwayatkan olehnya daripada Anas bin Sirin pada hadis ini, ia adalah Ma'bad bin Sirrin". (At-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausath, no. 4289).

Idhtirabnya adalah terletak pada Bisyr bin al-Fadhl al-Bajali dan Bisyr bin al-Mufadhdhol yang saling bercanggah. Begitu juga dengan riwayat Bisyr daripada ayahnya dan Bisyr daripada Khalid al-Hazza'. Bisyr bin al-Fadhl al-Bajali adalah majhul sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Lisan al-Mizan, jilid 2, m/s 31, Muassasah al-A'lami Li al-Mathbu'ah, Beirut. Manakala, Bisyr bin al-Mufadhdhol al-Basri dinilai tsiqah oleh sepertimana yang tertera qaul nuqqad tentang mereka dalam Tahzib al-Kamal Fi Asma' ar-Rijal, jilid 4, m/s 147-151, Muassasah ar-Risalah, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf.

Bahkan, kelemahan adalah lebih rajih untuk hal ini. Pertama, Bisyr bin al-Mufadhdhol tidak dikenali dengan nasab al-Bajali. Kedua, Ibn Abu Hatim ar-Razi menyatakan :

سمعت أبا زرعة يقول: ذكرت لأحمد بن حنبل حديث أبي داود عن بشر بن الفضل عن أبيه عن خالد الحذاء عن أنس بن سيرين بن أبي يحيى عن أبي موسى عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: لا يباشر الرجل الرجل إلا وهما زانيان، ولا تباشر المرأة المرأة إلا وهما زانيان. فقال لي أحمد بن حنبل: من بشر هذا؟ قلت: رأيت المصريين يحدثون عن بشر هذا. فقال أحمد: كأن هذا الشيخ بصري وقع إليهم.

Aku mendengar Abu Zur'ah berkata; aku menyebutkan kepada kepada Ahmad bin Hanbal tentang hadis Abu Daud, daripada Bisyr bin al-Fadhl, daripada ayahnya, daripada Khalid al-Hazza', daripada Anas bin Sirin, daripada Abu Yahya, daripada Abu Musa al-Asy'ari, daripada Nabi SAW, baginda bersabda, "Janganlah seorang lelaki menyetubuhi lelaki yang lain kecuali kedua-duanya penzina dan jangan seorang wanita menyetubuhi wanita yang lain kecuali kedua-duanya penzina". Ahmad bin Hanbal berkata, "Siapa Bisyr ini?". Aku berkata, "Aku melihat orang-orang Mesir meriwayatkan daripada Bisyr ini". Berkata Ahmad, "Seolah-olah syeikh ini adalah orang Basrah yang mempengaruhi mereka". (Al-Jarh wa at-Ta'dil, Abu Muhammad 'Abdul Rahman, jilid 1, m/s 342).

Ahmad bin Hanbal tidak mengenali Bisyr tersebut, sekaligus hal tersebut menyatakan bahawa Bisyr ini bukanlah Bisyr bin al-Mufadhdhol. Ketiga, ayahnya pula sepertimana yang dinyatakan dalam riwayat al-Ajurri juga tidak dikenali. Hadis ini adalah dha'if.

Kedua :

أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ ، وَأَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ ، ثنا أَبُو الْعَبَّاسِ مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ ، ثنا يَحْيَى بْنُ أَبِي طَالِبٍ ، أنا أَبُو بَدْرٍ ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ ، عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا أَتَى الرَّجُلُ الرَّجُلَ فَهُمَا زَانِيَانِ ، وَإِذَا أَتَتِ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ فَهُمَا زَانِيَانِ " .

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu 'Abdullah al-Hafiz dan Abu Bakr Ahmad bin al-Hasan; Telah menceritakan kepada kami Abu al-'Abbas Muhammad bin Ya'qub; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Abu Thalib; Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Dzar; Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Abdul Rahman, daripada Khalid al-Hazza', daripada Ibn sirin, daripada Abu Musa, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Apabila lelaki menyetubuhi lelaki, maka kedua-duanya penzina dan apabila wanita menyetubuhi wanita, maka kedua-duanya penzina". (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, no. 5045 dan as-Sunan al-Kubra, no. 15657 serta riwayat al-Ajurri dalam Tahrim al-Liwath, no. 16).

Selepas al-Baihaqi membawakan riwayat ini, dia menyebutkan :

مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ هَذَا لا أَعْرِفُهُ ، وَهُوَ مُنْكَرٌ بِهَذَا الإِسْنَادِ .

"Muhammad bin 'Abdul Rahman ini tidaklah aku mengenalinya dan dia munkar dengan sanad ini". (As-Sunan al-Kubra, Abu Bakr Ahmad bin al-Husain, jilid 8, m/s 406, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha).


Comments


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page