top of page

Analisis Pengharaman Khalwat

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • Jun 4, 2017
  • 4 min read

An-Nawawi mendakwa bahawa pengharaman khalwat ini adalah ijmak : تحريم الخلوة بالأجنبية وإباحة الخلوة بمحارمها وهذان الأمران مجمع عليهما "Pengharaman terhadap khalwat bersama ajnabi dan keharusan berkhalwat dengan mahramnya. Dua perkara ini adalah ijmak ke atasnya". (Al-Minhaj Syarh Sohih Muslim ibn al-Hujjaj, Abu Zakariyya Muhyiddn, jilid 14, m/s 153, Dar Ihya' at-Turats al-'Arabi, Beirut). Menariknya adalah bahawa di sana terdapat dalil lain yang menyatakan bahawa seakan-akan keharusan untuk berkhalwat. حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ ، حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ المُفَضَّلِ ، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ ذَكْوَانَ ، قَالَ : قَالَتِ الرُّبَيِّعُ بِنْتُ مُعَوِّذِ ابْنِ عَفْرَاءَ ، جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَخَلَ حِينَ بُنِيَ عَلَيَّ ، فَجَلَسَ عَلَى فِرَاشِي كَمَجْلِسِكَ مِنِّي ، فَجَعَلَتْ جُوَيْرِيَاتٌ لَنَا ، يَضْرِبْنَ بِالدُّفِّ وَيَنْدُبْنَ مَنْ قُتِلَ مِنْ آبَائِي يَوْمَ بَدْرٍ ، إِذْ قَالَتْ إِحْدَاهُنَّ : وَفِينَا نَبِيٌّ يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ ، فَقَالَ : دَعِي هَذِهِ ، وَقُولِي بِالَّذِي كُنْتِ تَقُولِينَ Telah menceritakan kepada kami Musaddad; Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin al-Mufadhdhol; Telah menceritakan ekapda kami Khalid bin Dzakwan, dia berkata; Ar-Rabi' binti Mu'awwidz bin 'Afra' berkata; Nabi SAW datang, lantas masuk ke rumah ketimana perkahwinanku. Dia pun duduk di atas katilku sepertimana duduk kamu di hadapanku. Kanak-kanak kami mula memukul rebana dan menyebut-nyebut ayah-ayah mereka yang terbunuh pada hari Badar. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata, "Kami ada Nabi yang mengetahui pada hari esok". Baginda berkata, "Tinggalkan yang ini dan sebutkanlah apa-apa yang kamu sebutkan tadi". (Sahih al-Bukhari, kitab an-Nikah, no. 4869). Ibn Hajar al-'Asqalani mengulas hadis ini : وضح لنا بالأدلة القوية أن من خصائص النبي صلى الله عليه وسلم جواز الخلوة بالأجنبية والنظر إليها وهو الجواب الصحيح عن قصة أم حرام بنت ملحان في دخوله عليها ونومه عندها وتفليتها رأسه ولم يكن بينهما محرمية ولا زوجية. "Yang tampak jelas bagi kami berdasarkan dalil-dalil yang sangat kuat bahawasanya hal ini termasuk dalam kategori kekhususan Nabi SAW pada bolehnya berkhalwat dengan wanita ajnabi dan memandangnya. Pendapat ini merupakan jawapan yang paling tepat dalam kisah Ummu Haram bin Milhan tentang kisah Nabi SAW masuk menemuinya dan menginap di rumahnya, bahkan Ummu Haram membersihkan kepala baginda. Padahal, tidak ada hubungan mahram mahupun ikatan pernikahan di antara keduanya". (Fath al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, Abu al-Fadhl Ahmad bin 'Ali, jilid 9, m/s 203, Dar al-Ma'rifah, Beirut). Namun, tidak ada sama sekali yang menetapkan kekhususan Nabi SAW. Asal 'ibrah itu adalah keumumannnya, bukan kekhususannya dan asal praktik fiqh diamalkan untuk setiap melainkan terdapat dalil yang mengkhususkannya. Oleh itu, hukum pengkhususan ini tidak ada sandaran dan lemah. Al-Qadhi 'Iyadh menyatakan : أَنَّ الْخَصَائِص لَا تَثْبُت بِالِاحْتِمَالِ وَثُبُوتُ الْعِصْمَةِ مُسَلَّمٌ لَكِنَّ الْأَصْل عَدَم الْخُصُوصِيَّة وَجَوَاز الِاقْتِدَاء بِهِ فِي أَفْعَاله حَتَّى يَقُوم عَلَى الْخُصُوصِيَّة دَلِيل "Pengkhususan tidak boleh ditetapkan dengan kemungkinan. Penetapan kemaksumannya adalah benar. Tetapi asalnya ketiadaan pengkhususan dan harus untuk meneladaninya pada perbuatannya sehingga ditegakkan dalil pengkhususannya". (Fath al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, Ibn Hajar al-'Asqalani, jilid 11, m/s 78, Dar al-Ma'rifah, Beirut).

Pengharaman khalwat dengan bukan mahram berdasarkan dalil berikut : عن ابن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال لا يخلون رجل بامرأة إلا مع ذى محرم Daripada Ibn Abbas, daripada Nabi SAW, baginda bersabda, "Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kalian berduaan dengan seorang perempuan kecuali bersama dengan mahramnya". (Sahih al-Bukhari, kitab an-Nikah, no. 4832 عن عقبة بن عامر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إياكم والدخول على النساء فقال رجل من الأنصار يا رسول الله أفرأيت الحمو قال الحمو الموت Daripada Uqbah bin Amir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Takutlah kamu semua masuk kepada wanita". Kemudian, seorang lelaki dari sahabat Ansar berkata, "Bagaimana kalau al-Hamwu (adik ipar)?". Rasulullah SAW bersabda, "al-Hamwu adalah menyebabkan kematian!". (Sahih al-Bukhari, kitab an-Nikah, no. 4832). Namun, pendapat ini lemah kerana berdasarkan fiqh daripada sabda Rasulullah SAW seperti berikut : الراكب شيطان والراكبان شيطانان وثلاثة ركب "Perantau berserorangan adalah syaitan, perantau berdua adalah syaitan dan tiga orang adalah perantau". (Sunan at-Tirmizi, kitab al-Jihad 'An Rasulillah, no. 1597; Sunan Abu Daud, kitab al-Jihad, no. 2240; Musnad Ahmad, no. 6460 dan Muwatta' Malik, kitab al-Jami', no. 1548). Pada hadis ini, sama sekali tidak menunjukkan pengharaman perantauan. Namun, pengharamannya disebabkan konteksnya sepertimana yang dinyatakan Umar Mohd Noor, "Kata syaitan bukan hakikat melainkan sebuah isyarat untuk menunjukkan marabahaya yang setiap saat dapat menimpa orang yang bermusafir seorang diri. Sebab jika hanya seorang diri atau berdua, musafir terancam untuk gangguan pencuri, perompak dan binatang buas. Namun, apabila bilangannya telah mencapai tiga orang atau lebih, maka mereka dapat saling membantu dalam kesulitan sehinggakan anacaman itu menjadi lebih kecil, bahkan hilang sama sekali". (Takwil Hadis. Umar M. Noor, m/s 111-112, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd). Begitu juga dengan hadis Ibn 'Abbas tadi kerana konteks pembawaan mahram supaya mengelakkan fitnah. Jika 'ilahnya tercapai sekalipun tanpa membawa mahram, maka tidak ada masalah untuk berkhalwat. Bukan semua yang mahram boleh memelihara kita daripada fitnah berdasarkan sabda Rasulullah SAW ini : مُرُوا أَبْنَاءَكُمْ بِالصَّلَاةِ لِسَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ "Perintahkanlah anak-anak kalian untuk bersolat pada tujuh tahun dan pukullah mereka kerananya pada tujuh tahun serta asingkanlah tempat tidur mereka antara mereka". (Musnad Ahmad, no. 6579). Pengasingan tempat tidur jelas bahawa sesama mahram pun bukan jaminan fitnah terpelihara. Manakala hadis 'Uqbah pula juga tidak menunjukkan pengharaman terhadap khalwat. Merujuk hadis tentang perantau tadi, penyifatan perantauan berseorangan dengan syaitan tidaklah mengharamkan merantau secara bersendirian. Maka, begitu juga dengan penyifatan kematian terhadap ipar.


Comments


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page