Melihat Aurat Sesama Jantina
- Yukio Haruaki
- Jun 4, 2017
- 1 min read
Rasulullah SAW bersabda : "وَخَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ الْمُقَدَّمُ وَشَرُّهَا الْمُؤَخَّرُ وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ الْمُؤَخَّرُ وَشَرُّهَا الْمُقَدَّمُ، يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ إِذَا سَجَدَ الرِّجَالُ فَاحْفَظْنَ أَبْصَارَكُنَّ ". "Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah yang terkehadapan dan seburuk-buruknya ialah yang terkebelakang. Sebaik-baik saf bagi wanita ialah yang terkebelakang dan seburuk-buruknya ialah yang terkehadapan. Wahai sekalian wanita. Jika lelaki bersujud, maka peliharalah pandangan kalian". (Sahih Ibn Khuzaimah, kitab as-Solah, no. 1480). Sahl berkata : كَانَ رِجَالٌ يُصَلُّونَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاقِدِي أُزْرِهِمْ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ كَهَيْئَةِ الصِّبْيَانِ وَقَالَ لِلنِّسَاءِ : "لَا تَرْفَعْنَ رُءُوسَكُنَّ حَتَّى يَسْتَوِيَ الرِّجَالُ جُلُوسًا". Dahulu para lelaki solat bersama Rasulullah SAW dengan mengikat pakaian mereka di atas leher mereka sepertimana kanak-kanak. Rasulullah SAW berkata kepada wanita, "Janganlah engkau mengangkat kepala-kepala kalian sehingga para lelaki benar-benar duduk". (Sahih al-Bukhari, kitab as-Solah, no. 352). Ini adalah isyarat bahawa aurat lelaki terbuka sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Baththol dalam Syarh Sohih al-Bukhari, jilid 2, m/s 24, Maktabah ar-Rusyd, as-Su'udiyyah, tahqiq Abu Tamim Yasir bin Ibrahim; Ibn Rajab al-Hanbali dalam Fath al-Bari, jilid 2, m/s 370, Maktabah al-Ghuraba' al-Atsariyyah, al-Madinah a-Munawwarah; 'Umdah al-Qari Syarh Sohih al-Bukhari, Badruddin al-Hanafi, jilid 4, m/s 169, Dar Ihya' at-Turats al-'Arabi, Beirut; Irsyad as-Sari Li Syarh Sohih al-Bukhari, Syihabuddin al-Qostholani, jilid 1, m/s 392, al-Mathba'ah al-Kubra al-Umairah, Mesir; Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Fath al-Bari, jilid 1, m/s 473, Dar al-Ma'rifah, Beirut dan juga An-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, jilid 4, m/s 60, Dar Ihya' at-Turats al-'Arabi, Beirut. Persoalannya adalah mengapa para lelaki tidak juga diperintahkan sama sepertimana wanita? Ini merupakan dalil bahawa bolehnya melihat aurat sesama jantina. Tidak ada dalil yang menunjukkan pembatalan hukumnya.
Bình luận