Menutup Aurat Ketika Solat
- Yukio Haruaki
- Jun 4, 2017
- 2 min read
Rasulullah SAW bersabda : "وَخَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ الْمُقَدَّمُ وَشَرُّهَا الْمُؤَخَّرُ وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ الْمُؤَخَّرُ وَشَرُّهَا الْمُقَدَّمُ، يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ إِذَا سَجَدَ الرِّجَالُ فَاحْفَظْنَ أَبْصَارَكُنَّ ". "Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah yang terkehadapan dan seburuk-buruknya ialah yang terkebelakang. Sebaik-baik saf bagi wanita ialah yang terkebelakang dan seburuk-buruknya ialah yang terkehadapan. Wahai sekalian wanita. Jika lelaki bersujud, maka peliharalah pandangan kalian". (Sahih Ibn Khuzaimah, kitab as-Solah, no. 1480). Sahl berkata : كَانَ رِجَالٌ يُصَلُّونَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاقِدِي أُزْرِهِمْ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ كَهَيْئَةِ الصِّبْيَانِ وَقَالَ لِلنِّسَاءِ : "لَا تَرْفَعْنَ رُءُوسَكُنَّ حَتَّى يَسْتَوِيَ الرِّجَالُ جُلُوسًا". Dahulu para lelaki solat bersama Rasulullah SAW dengan mengikat pakaian mereka di atas leher mereka sepertimana kanak-kanak. Rasulullah SAW berkata kepada wanita, "Janganlah engkau mengangkat kepala-kepala kami sehingga para lelaki benar-benar duduk". (Sahih al-Bukhari, kitab as-Solah, no. 352). Dalil ini juga menjadi pegangan mazhab Malik dalam menetapkan bahawa menutup aurat bukanlah syarat sah solat, tetapi cuma sunat ditutup dalam solat sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1, m/s 122, Dar al-Hadits, al-Qahirah. Inilah pendapat yang benar. Dalil yang menyatakan sunat menutupnya ialah berdasarkan dalil berikut : "سِرْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ فَقَامَ يُصَلِّي وَكَانَتْ عَلَيَّ بُرْدَةٌ ذَهَبْتُ أُخَالِفُ بَيْنَ طَرَفَيْهَا فَلَمْ تَبْلُغْ لِي وَكَانَتْ لَهَا ذَبَاذِبُ فَنَكَّسْتُهَا ثُمَّ خَالَفْتُ بَيْنَ طَرَفَيْهَا ثُمَّ تَوَاقَصْتُ عَلَيْهَا لَا تَسْقُطُ ثُمَّ جِئْتُ حَتَّى قُمْتُ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ بِيَدِي فَأَدَارَنِي حَتَّى أَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَجَاءَ ابْنُ صَخْرٍ حَتَّى قَامَ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَنَا بِيَدَيْهِ جَمِيعًا حَتَّى أَقَامَنَا خَلْفَهُ" قَالَ : وَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْمُقُنِي وَأَنَا لَا أَشْعُرُ ثُمَّ فَطِنْتُ بِهِ فَأَشَارَ إِلَيَّ أَنْ أَتَّزِرَ بِهَا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : "يَا جَابِرُ". قَالَ : قُلْتُ : "لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ" قَالَ : "إِذَا كَانَ وَاسِعًا فَخَالِفْ بَيْنَ طَرَفَيْهِ وَإِذَا كَانَ ضَيِّقًا فَاشْدُدْهُ عَلَى حِقْوِكَ" . "Aku merantau bersama Nabi SAW pada suatu peperangan. Baginda pun berdiri untuk melakukan solat. Pada ketika itu, aku memiliki burdah yang aku cuba silangkan pada kedua-dua tepinya, tetapi tidak ia tidak kesampaian. Ia berumbai-umbai, lantas aku pun menaikkannya, kemudian aku menyilangkannya di antara kedua-dua tepinya. Kemudian, aku mengapitnya agar tidak jatuh. Kemudian, aku datang sehingga aku berdiri di sisi Rasulullah SAW. Baginda pun mengambil tanganku, lantas memindahkan aku sehingga dia berdiri di kanannya. Datang Ibn Sokhr sehingga berdiri di tepinya, baginda pun menolak kami kami semua dengan tangannya sehingga kami berdiri di belakangnya". Dia berkata; Rasulullah SAW menatap aku dan aku merasa tidak senang. Kemudian, aku memahaminya bahawa baginda mengisyaratkan agar aku menyarungkannya. Ketikamana Rasulullah SAW selesai, baginda berkata, "Wahai Jabir". Aku berkata, "Aku menyahut seruanmu wahai Rasulullah". Baginda berkata, "Jika ianya besar, maka silangkan di antara kedua-dua tepinya. Jika ianya kecil, maka ikatkanlah pada pinggangmu". (Sunan Abu Daud, kitab as-Solah, no. 539).
Comments