top of page

Sentuhan Pada Bukan Mahram

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • Jun 4, 2017
  • 6 min read

Anas bin Malik RA berkata : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ عَلَى أُمِّ حَرَامٍ بِنْتِ مِلْحَانَ فَتُطْعِمُهُ وَكَانَتْ أُمُّ حَرَامٍ تَحْتَ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ فَدَخَلَ عَلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَطْعَمَتْهُ وَجَعَلَتْ تَفْلِي رَأْسَهُ فَنَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Dahulu Rasulullah SAW masuk ke rumah Ummu Haram binti Milhan, lalu dia (Ummu Haram) memberi makan kepadanya. Pada masa itu Ummu Haram di bawah (penjagaan) 'Ubadah bin as-Somit. Rasulullah SAW datang kepadanya, lalu Ummu Haram memberi makan kepadanya, kemudian ia menyisir kepalanya dan Rasulullah SAW pun tidur. (Sahih al-Bukhari). Ini dalil keharusan untuk sentuhan dengan bukan mahram. Mana-mana dakwaan yang menyatakan bahawa Ummu Haram merupakan mahram tidak dapat dipegang kerana tiada sandaran baginya. Hal tersebut telah dibantah oleh ad-Dimyathi : ذَهِلَ كُلّ مَنْ زَعَمَ أَنَّ أُمّ حَرَام إِحْدَى خَالَات النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الرَّضَاعَة أَوْ مِنْ النَّسَب وَكُلّ مَنْ أَثْبَتَ لَهَا خُؤُولَةً تَقْتَضِي مَحْرَمِيَّةً ؛ لِأَنَّ أُمَّهَاته مِنْ النَّسَب وَاَللَّاتِي أَرْضَعْنَهُ مَعْلُومَات لَيْسَ فِيهِنَّ أَحَد مِنْ الْأَنْصَار الْبَتَّة سِوَى أُمّ عَبْد الْمُطَّلِب وَهِيَ سَلْمَى بِنْت عَمْرو بْن زَيْد بْن لَبِيدِ بْن خِرَاش بْن عَامِر بْن غَنْم بْن عَدِيِّ بْن النَّجَّار ، وَأُمّ حَرَام هِيَ بِنْت مِلْحَان بْن خَالِد بْن زَيْد بْن حَرَام بْن جُنْدُب بْن عَامِر الْمَذْكُور فَلَا تَجْتَمِع أُمّ حَرَام وَسَلْمَى إِلَّا فِي عَامِر بْن غَنْمٍ جَدّهمَا الْأَعْلَى ، وَهَذِهِ خُؤُولَةٌ لَا تَثْبُت بِهَا مَحْرَمِيَّةٌ لِأَنَّهَا خُؤُولُةٌ مَجَازِيَّة ، وَهِيَ كَقَوْلِهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِسَعْدِ بْن أَبِي وَقَّاص " هَذَا خَالِي " لِكَوْنِهِ مِنْ بَنِي زُهْرَة وَهُمْ أَقَارِب أُمّه آمِنَة ، وَلَيْسَ سَعْد أَخًا لِآمِنَةَ لَا مِنْ النَّسَب وَلَا مِنْ الرَّضَاعَة Telah bingung semua yang mendakwa bahawa Ummu Haram salah seorang daripada makcik Nabi SAW daripada susuan atau nasab. Begitu juga dengan menetapkan kemakcikan sebagai kemahraman. Hal ini kerana ibu-ibunya daripada nasab dan mereka yang menyusuinya telah pun maklum dan tidak ada seorang pun daripada Ansar melainkan Ummu 'Abdul Muthallib dan dia ialah Salma binti 'Umar bin Zaid bin Lubaid bin Khirash bin 'Amir bin Ghonam bin 'Adi bin an-Najjar. Ummu Haram pula binti Milhan bin Khalid bin Zaid bin Haram bin Jundub bin 'Amir yang telah pun dinyatkaan. Tidaklah bertemu Ummu Haram dan Salma melainkan pada 'Amir bin Ghanam yang moyang mereka berdua sangat jauh. Dan kemakcikan ini tidak sesekali menetapkan kemahramannya kerana ia kemakcikan secara majaz. Ia sepertimana kata SAW kepada Sa'id bin Abu Waqqas, "Ini pakcikku" disebabkan dia daripada bani Zahrah dan mereka sangat berdekatakan dengan ibunya, iaitu Aminah. Bukanlah Sa'd adik kepada Aminah, tidak juga pada nasab dan penyusuan. (Fath al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, Ibn Hajar al-'Asqalani, jilid 11, m/s 78, Dar al-Ma'rifah, Beirut). Manakala yang beranggapan itu merupakan suatu kekhususan tidaklah tepat kerana asal 'ibrah itu pada keumumannya, bukan kekhususannya melainkan terdapat dalil yang menetapkan kekhususannya. Serta pensyariatan ini diamalkan untuk semua Muslimin pada asalnya melainkan terdapat dalil yang mengehadkannya. Al-Qadhi al-'Iyadh menyatkaan : أَنَّ الْخَصَائِص لَا تَثْبُت بِالِاحْتِمَالِ وَثُبُوتُ الْعِصْمَةِ مُسَلَّمٌ لَكِنَّ الْأَصْل عَدَم الْخُصُوصِيَّة وَجَوَاز الِاقْتِدَاء بِهِ فِي أَفْعَاله حَتَّى يَقُوم عَلَى الْخُصُوصِيَّة دَلِيل "Pengkhususan tidak boleh ditetapkan dengan kemungkinan. Penetapan kemaksumannya adalah benar. Tetapi asalnya ketiadaan pengkhususan dan harus untuk meneladaninya pada perbuatannya sehingga ditegakkan dalil pengkhususannya". (Fath al-Bari Syarh Sohih al-Bukhari, Ibn Hajar al-'Asqalani, jilid 11, m/s 78, Dar al-Ma'rifah, Beirut). Sebahagian mereka juga berkata bahawa Ummu Haram menyentuh rambutnya, bukan kulitnya. Akan tetapi, pendapat ini tidak benar kerana tiada dalil yang membezakan antara kulit dan rambut.

Ramai yang menggunakan hadis ini sebagai pengharaman sentuhan bukan mahram. حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ هَارُونَ ، ثنا إِسْحَاقُ بْنُ رَاهَوَيْهِ ، أَنَا النَّضْرُ ابْنُ شُمَيْلٍ ، ثنا شَدَّادُ بْنُ سَعِيدٍ الرَّاسِبِيُّ ، قَالَ : سَمِعْتُ يَزِيدَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ " . Telah menceritakan kepada kami Musa bin Harun; Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Rahuyah; Telah menceritakan kepada kami an-Nadhr bin Syumail; Telah menceritakan kepada kami Syaddad bin Sa'id ar-Rabasi, ia berkata; aku mendengar Yazid bin 'Abdullah bin asy-Syakhir, ia berkata; aku mendengar Ma'qal bin Yasar berkata berkata; Rasulullah SAW bersabda, "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu". (At-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir, no. 16910). Namun, hadis yang marfu' seperti ini tidak sahih kerana yang lebih sahih adalah periwayatan secara mauquf : حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ بَشِيرِ بْنِ عُقْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ، عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ، قَالَ: " لَأَنْ يَعْمِدَ أَحَدُكُمْ إلَى مِخْيَطٍ فَيَغْرِزُ بِهِ فِي رَأْسِي أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ أَنْ تَغْسِلَ رَأْسِي امْرَأَةٌ لَيْسَتْ مِنِّي ذَاتَ مَحْرَمٍ " Telah menceritakan kepada kami Abu Usamah, dari Basyir bin ‘Uqbah, ia berkata; Telah menceritakan kepadaku Yazid bin ‘Abdullah bin Asy-Syikhir, dari Ma’qil bin Yasar, ia berkata, “Salah seorang di antara kalian menusukkan jarum hingga menancap di kepalaku lebih aku senangi daripada seorang wanita yang bukan mahramku mencuci kepalaku”. (Musannaf Ibn Abu Syaibah, no. 13182). Adapun periwayatan secara marfu', terdapat dua jalan daripadanya. Salah satunya adalah sepertimana yang dinyatakan di atas. Abu Tholhah Syaddad ar-Rasibi seorang yang tsiqah, namun terdapat kritikan daripada sebahagian nuqqad tentang kekuatan hafalannya. Al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, jilid 2, m/s 620, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muhammad 'Abdul Qadir 'Atha menyebutkan bahawa dia tidak begitu kuat. Al-Bukhari berkata bahawa 'Abdul Somad mendha'ifkannya dan al-Bukhari menyatakan bahawa dia adalah kepercayaan yang pada sebahagian hafalannya terdapat sesuatu sepertimana yang dinukilkan oleh Abu Ja'far al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afaa' al-Kabir, jilid 2, m/s 185, Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Beirut, tahqiq 'Abdul Mu'thi Amin Qal'aji. Selepas Abu Ja'far membawakan satu hadis, dia menyatakan bahawa padanya bukan hadis yang tidak boleh diikuti atas sesuatu daripadanya. Dan kesilapan tersebut adalah menyalahi riwayat yang mauquf ini. Adapun jalan kedua adalah sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi : أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدَانَ ، أنا أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدٍ ، ثنا الأَسْفَاطِيُّ ، ثنا سَعِيدُ بْنُ سُلَيْمَانَ النَّشَطِيُّ ، ثنا شَدَّادُ بْنُ سَعِيدٍ أَبُو طَلْحَةَ الرَّاسِبِيُّ ، عَنِ الْجُرَيْرِيِّ ، عَنْ أَبِي الْعَلاءِ ، عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : لأَنْ يَكُونَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ مُشْطٌ مِنْ حَدِيدٍ حَتَّى يَبْلُغَ الْعَظْمَ خَيْرًا مِنْ أَنْ تَمَسَّهُ امْرَأَةٌ لَيْسَتْ لَهُ بِمَحْرَمٍ " . Telah mengkhabarkan kepada kami 'Ali bin Ahmad bin 'Abdan; Telah mengkhabarkan kepada kami Ahmad bin 'Ubaid; Telah menceritakan kepada kami al-Asqathi; Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin Sulaiman an-Nasyathi; Telah menceritakan kepada kami Sa'id Abu Tholhah ar-Rasibi, daripada al-Jarir, daripada Abu al-'Alaa', daripada Ma'qal bin Yasar; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Seorang lelaki yang menyisir kepalanya dengan besi sehingga ke tulang lebih baik daripada menyentuh wanita yang bukan mahram". (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, no. 5042). Hadis ini dha'if kerana Sa'id bin Sulaiman an-Nasyathi merupakan seorang yang dha'if. Abu Daud menyatakan bahawa dia tidak meriwayatkan daripadanya sepertimana dalam Su-alat Abu 'Ubaid al-Ajurri Aba Daud as-Sijistani, m/s 312-313, 'Imadah al-Bahts al-'Ilmi Bi al-Jami'ah al-Islamiyyah, al-Madinah al-Munawwarah, tahqiq Muhammad 'Ali Qasim al-'Umari. Abu Hatim ar-Razi mengatakan, "Kami tidak redha terhadap Sa'id ibn Sulaiman an-Nasyithi dan padanya perlu diperhatikan" dan Abu Zur'ah ar-Razi menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abu Hatim ar-Razi dalam al-Jarh wa at-Ta'dil, jilid 4, m/s 26. Dengan itu, pendapat yang mauquf tidak boleh dijadikan hujah kerana ia adalah pendapat sahabat semata-mata yang boleh ditolak ataupun diterima. Kalaupun kita menerima kesahihan hadis ini, maka "مس" di sini bukan bermakna dengan makna yang hakikatnya, iaitu sentuhan. Tetapi pada makna majazinya, iaitu persetubuhan. لَّا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ "Tidak ada dosa bagi kamu jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu yang belum kamu sentuh...". (Surah al-Baqarah ayat 236). وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ "Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu sentuh mereka...". (Surah al-Baqarah ayat 237). قَالَتْ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ Berkata (Maryam), "Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku mempunyai anak sedangkan aku tidak pernah menyentuh seorang manusia pun..". (Surah Ali Imran ayat 47). قَالَتْ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَامٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ وَلَمْ أَكُ بَغِيًّا Berkata (Maryam), "Bagaimana mungkin aku mempunyai anak sedangkan aku tidak pernah menyentuh manusia pun dan aku bukan seorang penzina". (Surah Maryam ayat 20). Semua makna "مس" (mass) di sini adalah jimak, setubuh atau hubungan biologis. Untuk konteks hadis Ma'qal ini, lebih kuat makna "مس" di sini dengan makna persetubuhan, bukan sentuhan. Jika difahami dengan persentuhan biasa, tidak ada petunjuk jelas apakah yang dimaksudkan tidak halal baginya. Jika dimaksudkan sentuhan yang haramnya sentuhan pada selain mahramnya, apakah dalil bahawa hanya mahram sahaja yang dihalalkan untuk sentuhan? Jika didasari dengan qiyas dengan mahramnya perkahwinan seseorang, apakah 'illatnya sehingga ia menjadi halal untuk disentuh? Tidak ada! Maka jika lafaz "مس" difahami dengan makna persetubuhan dengan terjemahannya "lebih baik daripada bersetubuh dengan wanita yang bukan halal baginya" adalah lebih dekat dengan kebenaran dan keserasian pemahaman nas tersebut.


Comentários


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page