Satu Perkara Ketika Ingin Beramal Hadis Sahih
- Yukio Haruaki
- Jun 7, 2017
- 2 min read
Ibn Wahb berkata :
لو لا مالك بن أنس والليث بن سعد هلكت، كنت أظن أن كل ما جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم يفعل به
"Kalau bukan kerana Malik bin Anas dan Laits bin Sa'd, nescaya aku binasa. Dahulu aku menyangka bahawa semua yang datang daripada Nabi SAW perlu beramal dengannya". (Tarikh Baghdad, Al-Khatib al-Baghdadi, jilid 14, m/s 524, Dar al-Gharab al-Islami, Beirut, tahqiq Dr. Basysyar 'Awwad Ma'ruf).
Abu 'Abdulllah Muhammad berkata :
قال ابن عيينة: الحديث مضلة إلا للفقهاء. يريد: أن غيرهم قد يحمل شيئًا على ظاهره، وله تأويل من حديث غيره. أو دليل يخفي عليه، أو متروك أوجب تركه غير شيء مما لا يقوم به إلا من استبحر وتفقه.
Ibn 'Uyainah berkata, "Hadis itu menyesatkan kecuali pada fuqaha'". Yang dimaksudkan ialah selain mereka kadangkala berhujah sesuatu pada zahirnya, walhal padanya ada takwil daripada hadis yang lainnya atau dalil yang tersembunyi padanya atau ditinggalkan atau menetapkan peninggalannya yang bukannya sesuatu daripada yang dapat menjustifikasikan dengannya melainkan orang yang berilmu dan faqih". (Al-Jami' Fi as-Sunan wa al-Adab wa al-Maghazi wa at-Tarikh, ibn Abi Zaid Al-Qairawani, m/s 118-119, Muassasah ar-Risalah, Beirut, tahqiq Muhammad Abu al-Ajfan dan 'Utsman Biththikh).
Apakah sememangnya ada hadis sahih yang kita tidak beramal dengannya dan penggunaannya tidak tekal sepanjang masa serta ia mempunyai takwilan dan makna tersembunyi? Ya, ada. Misalnya seperti hadis berikut :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، "أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمُبَاشَرَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ فَنَهَاهُ فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ".
Daripada Abu Hurairah, "Bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW tentang penciuman untuk berpuasa, maka baginda membenarkan. Datang kepada baginda yang lain, lantas bertanya tentangnya, maka bagida pun melarangnya. Ternyata yang baginda berikan keizinan adalah seorang lelaki tua dan yang baginda menegahnya adalah pemuda". (Sunan Abu Daud, kitab as-Soum, no. 2042).
الراكب شيطان والراكبان شيطانان وثلاثة ركب
"Pengembara sendiri adalah syaitan, pengembara dua bersamaan adalah syaitan dan tiga orang adalah pengembara". (Sunan at-Tirmizi, kitab al-Jihad 'An Rasulillah, no. 1597; Sunan Abu Daud, kitab al-Jihad, no. 2240; Musnad Ahmad, no. 6460 dan Muwatta' Malik, kitab al-Jami', no. 1548).
الوَزْنُ وَزْنُ أَهْلِ مَكَّةَ وَالْمِكْيَالُ مِكْيَالُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ
"Timbangan menurut timbangan ahli Makkah dan sukatan mengikut sukatan ahli Madinah". (Sunan Abu Daud, no. 2902; Musannaf 'Abdul Razzaq, no. 13917; Sahih Ibn Hibban, no. 3365; Mu'jam Ibn al-'Arabi, no. 1675; Musnad 'Abdu bin Humaid, no. 811; riwayat al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra, no. 7130, dalam Mar'ifah as-Sunan al-Atsar, no. 2018 dan riwayat at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir, no. 13276. Dinilai sahih oleh al-Albani dalam as-Silsilah as-Sahihah, 1/267).
له فراش للرجال وفراش لإمرأته والثالث للضيف والرابع للشيطان
"Satu katil untuk tidur seorang lelaki, satu lagi katil untuk wanita dan katil yang satu lagi untuk tetamu. Dan katil keempat untuk syaitan". (Sahih Muslim, kitab al-Libas wa az-Ziinah, no. 3886; Sunan Abu Daud, kitab al-Libas, bab Tentang Katil, no. 3613; Sunan an-Nasa'i, kitab an-Nikah, bab Katil, no. 3332 dan Musnad Ahmad, no. 13951).
Fikirkan sendiri fiqh hadis tersebut.
Comentaris