top of page

Makna Sebenar Ulil Amri

  • Writer: Yukio Haruaki
    Yukio Haruaki
  • Jun 14, 2017
  • 1 min read

Firman Allah Ta'ala :

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta orang yang memiliki perintah di antara kalian". (Surah an-Nisa' ayat 59).

Kebanyakan pendapat hanya menyempitkan Ulil Amri (أُولِي الْأَمْرِ) pada makna pemimpin dan ulama' sahaja, sedangkan maksud yang sebenar lebih luas lagi, iaitu merujuk kepada sesiapa yang memiliki hak terhadap sesuatu dan dia itu memiliki autoriti yang sebenar pada hak itu. Apabila hak itu melibatkan kewangan, maka Ulil Amri ialah pemilik wang. Apabila hak itu melibatkan perhambaan sahaya, maka tuan hamba sahaya itulah Ulil Amri baginya.

Apabila hak itu melibatkan rumah, maka Ulil Amri ialah pemilik rumah. Sebab itu apabila disuruh pulang, maka hendaklah dia pulang kerana dia ialah Ulil Amri yang kita perlu taat dan kita tiada hak serta autoriti sebenar pada rumah itu. "Ulu" (أولو) bermaksud yang mempunyai, manakala al-Amr (الأمر) bermaksud perintah. Apabila diidhafahkan, maka ia menjadi yang mempunyai perintah. Tentu sahaja yang mempunyai perintah itu ada hak bagi sesuatu dan mempunyai autoriti terhadapnya. Sedangkan sesuatu yang wujudnya perintah padanya bukan hanya merujuk kepada pemimpin dan ulama'.


Comments


Info
Laman ini merupakan laman tambahan dalam aktiviti blog bagi mengupas beberapa isu atau perkara menurut perspektif saya secara ikhtisar dan padat.
Laman Lain
  • unnamed
  • Blogger Social Icon
  • android-chrome-192x192
  • Tumblr Social Icon
  • webs.com_
  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
Kategori
Arkib

© 2023 by DO IT YOURSELF. Proudly created with Wix.com

bottom of page